omniture

CGTN: Xi hantar surat ucapan tahniah kepada Forum CMG

CGTN
2022-01-27 18:50 104

BEIJING, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping menghantar surat ucapan tahniah kepada Forum China Media Group (CMG) yang dibuka pada malam Rabu di Beijing.

Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang semakin menghampiri, dalam surat beliau, Xi berkata bahawa China akan membawakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang lancar, selamat dan hebat untuk dunia.

Menyatakan bahawa forum tersebut bertemakan "Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk Berteknologi-tinggi", Xi menyuarakan harapan beliau agar peserta-peserta di forum tersebut dapat mengumpul pengetahuan melalui perbincangan dan menyumbang untuk mempersembahkan daya tarikan unik sukan ais dan salji, meneruskan semangat Olimpik dan mempercepatkan pembangunan sukan musim sejuk.

Huang Kunming, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat CPC menyampaikan ucapan tahniah Presiden Xi.

Surat ucapan tahniah daripada Presiden Cina Xi Jinping menunjukkan keyakinan China dalam menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berjaya dan dalam masa yang sama menyuarakan harapan beliau terhadap peranan media dalam menyebarkan Pergerakan Olimpik dan mendorong semangat Olimpik, kata Huang yang turut menyampaikan ucapan.

China bersiap sedia sepenuhnya untuk menyediakan "perkhidmatan yang komprehensif, amat cekap dan mudah" untuk outlet media dari serata dunia, kata Huang, menambah bahawa beliau berharap agar kakitangan outlet media melaporkan Sukan Beijing 2022 dengan "konsep, kaedah dan cara yang inovatif supaya dapat mewujudkan persekitaran pendapat umum antarabangsa yang objektif, adil, positif dan sihat."

Beliau menekankan kepentingan untuk meningkatkan solidariti dan kerjasama media serta menggalakkan inovasi dalam menghadapi perubahan yang belum pernah dilihat selama 100 tahun, yang didasari oleh pandemik yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Beliau turut memuji peranan media dalam mewujudkan jambatan untuk mengadakan pertukaran dan pembelajaran bersama selain mengeratkan ikatan sesama individu.

Di bawah tema "Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk Berteknologi-tinggi", forum ini dianjurkan oleh CMG dan dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Olimpik Cina dan Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di bawah sokongan Kementerian Sains dan Teknologi China.

Ia telah dihadiri secara dalam talian dan luar talian oleh wakil-wakil daripada 145 outlet media dan organisasi antarabangsa dari 78 negara serta wilayah.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-26/Xi-sends-congratulatory-letter-to-CMG-Forum-178RLEomYZW/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Trade show news Future Events