omniture

Hisense Komited Capai Sasaran Pengurangan Emisi GHG: Pengurangan 202.6% daripada Paras 2021 menjelang 2022

Hisense
2022-01-27 19:00 127

QINGDAO, China, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Hisense mengumumkan komitmennya untuk menetapkan sasaran bagi mengurangkan 230,000 ton emisi gas rumah hijau (GHG) pada tahun 2022 dan melancarkan video pembangunan mampannya "Hisense, Towards a Greener Future" ("Hisense, Menuju Masa Depan Lebih Hijau"). Menurut Hisense, sistem pembuatannya telah dikurangkan sebanyak 76,000 tan emisi gas karbon dioksida pada tahun 2021. Usaha mencapai objektif ini secara global pada tahun 2022 akan memerlukan strategi yang pelbagai, transformasi akan dilaksanakan daripada perniagaan B2B hingga B2C bagi menerima kelestarian.

 

Hisense GHG Emissions Reduction Target
Hisense GHG Emissions Reduction Target

 

Hisense B2B
Hisense B2B

Membangunkan model B2B baharu yang selaras dengan pembangunan mampan

Memfokuskan kepada aspek "berorientasikan-orang ramai, berorientasikan-aplikasi", pembangunan pintar dan pemerkasaan yang mampan telah menjadi trend umum. Hisense berdedikasi untuk membangunkan dan menghasilkan teknologi canggih, berjaya memperluaskan jejaknya dalam bahagian B2B, memfokuskan kepada penyelesaian Bandar Pintar yang cerdas, paparan perubatan dan sebagainya.

Penyelesaian Bandar Pintar cerdas Hisense menggunakan dwi-otak awan iaitu "otak awan bandar+otak awan Hisense" sebagai bahagian utamanya bagi melaksanakan pembinaan bandar pintar. Ia berusaha untuk mengurangkan emisi CO2 dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Usaha ini merupakan langkah pertama dalam membangunkan dan mengaplikasikan teknologi bandar pintar. Sehingga kini, penyelesaian Bandar Pintar cerdas Hisense telah berjaya digunakan di 169 bandar. Hisense bertegas untuk memperluaskan pembangunan B2Bnya dan mencapai susun atur strategi globalisasinya.

Bertindak ke atas B2C untuk menggalakkan penjimatan tenaga dan pengurangan emisi 

Kejayaan penting daripada teknologi membawakan kualiti yang tinggi dalam pembangunan produk serta teknologi. Perkakas rumah Hisense menuntut perhatian yang berterusan dari segi "Reka Bentuk Hijau, Perolehan Hijau, Pembuatan Hijau, Logistik Hijau, Kitar Semula Hijau", bagi membantu mempercepatkan transformasi mesra alam dalam sektor perkakas isi rumah.

Pada tahun 2022, Hisense akan terus melaksanakan "Inisiatif hijau, mewujudkan prospek", termasuk penggunaan bahan-bahan mesra alam yang banyak, menggunakan tenaga solar sebagai alternatif kepada kuasa arang batu tradisional dengan pencemaran yang tinggi, memudahkan proses pembuatan pengeluaran melalui teknologi Suntikan Kitaran Terma Pantas, menambah penandaan produk plastik guna sekali bagi meningkatkan kecekapan penggunaan bahagian peti sejuk dan sebagainya.

Teknologi Hijau untuk pembangunan mampan merupakan langkah yang paling penting dalam perjalanan Hisense ke arah menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi. Hisense komited terhadap pelaksanaan untuk memajukan kelestarian dan mencipta masa depan yang lebih mesra alam dan lebih lestari. Hisense percaya usaha dalam pembangunan mampan ini akan membawa kemakmuran kepada keluarga dan juga masyarakat.

 * Rujukan Data untuk China Sahaja

Source: Hisense
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail