omniture

DEAC dan Neste bekerjasama dalam penyelesaian penyimpanan data lestari

DEAC; NESTE
2022-01-27 23:33 41

HELSINKI dan RIGA, Latvia, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- DEAC dan Neste bergabung tenaga untuk bekerjasama dalam penyelesaian penyimpanan data lestari. DEAC merupakan salah sebuah pusat data bebas terbesar di Eropah Utara, yang telah memperoleh elektrik boleh baharu bermula dari tahun 2021. Kerjasama dengan Neste, pengeluar diesel boleh baharu yang terkemuka di dunia, bahan api penerbangan lestari dan penyelesaian stok suapan boleh baharu untuk pelbagai kegunaan polimer dan industri bahan kimia, akan menandakan matlamat DEAC untuk beralih kepada tenaga boleh baharu secara 100% seawal tahun 2022. Dengan menggunakan Neste MY Renewable Diesel™, DEAC akan meningkatkan kelestarian penyimpanan data semasa gangguan elektrik yang mungkin berlaku. 

Menurut satu kajian pada tahun 2020 dalam Jurnal Sains AAAS, pusat data menyumbang sekitar 1% daripada penggunaan elektrik global. Sesetengah analisis mencadangkan bahawa penggunaan tenaga pusat data global akan meningkat tiga kali ganda atau empat kali ganda menjelang dekad akan datang.

"Pada tahun 2021, DEAC telah beralih kepada 100% tenaga elektrik boleh baharu dari ladang angin untuk menguruskan penyimpanan data harian. Kami juga menaik taraf infrastruktur untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan memperkenalkan sistem penyejukan yang lebih baik. Kerjasama kami dengan Neste dan pembekalan Neste MY Renewable Diesel membolehkan penjana diesel kami melindungi data secara lestari dalam keadaan kecemasan, seperti gangguan kuasa. Dengan ini, kami amat teruja untuk menandakan peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu secara 100%," kata Andris Gailitis Ketua Pegawai Eksekutif DEAC. 

"Kami gembira kerana pusat data global yang merupakan tulang belakang dunia digital, mengikuti lebih banyak industri yang intensif dengan sumber dalam mencari penyelesaian untuk masa depan yang lebih lestari. Kerjasama dengan DEAC menandakan kerjasama pertama kalinya Neste dengan pusat data untuk menyediakannya sebagai penyelesaian - Neste MY Renewable Diesel - yang mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 90%* berbanding penggunaan diesel fosil," kata Heidi Peltonen, bertanggungjawab untuk perkongsian lestari dalam Pemasaran & Perkhidmatan, Neste.

DEAC merupakan salah sebuah pengendali pusat data bebas terbesar di Eropah Utara milik sebuah dana infrastruktur pelaburan Switzerland yang diuruskan oleh Quaero Capital. DEAC mempunyai kedudukan di bandar-bandar utama Eropah Tengah dan Timur. DEAC memberikan perkhidmatan kepada beribu-ribu pelanggan di lebih 40 buah negara dengan menawarkan perkhidmatan IT yang inovatif dan menggunakan pendekatan perniagaan individu dan teknologi terbaik.

*) Metodologi untuk mengira pelepasan kitaran hayat dan pengurangan pelepasan mematuhi Arahan Tenaga Boleh Baharu Kesatuan Eropah (2018/2001/EU). 

 

Source: DEAC; NESTE
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Joint ventures New products/services Financial Technology