omniture

Keupayaan Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP) Straive ditampilkan di dalam Laporan Penyelesaian & Perkhidmatan AS 2021 -- Automasi Pintar Provider Lens™ ISG

Straive (erstwhile SPi Global)
2022-01-27 23:38 43

SINGAPURA, 27 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global), peneraju pasaran dalam teknologi yang dipacu Teknologi Pendidikan (EdTech), kandungan dan penyelesaian data, telah dinobatkan sebagai pencabar oleh firma penasihat dan teknologi penyelidikan global terkemuka Information Services Group (ISG) di dalam Laporan Penyelesaian & Perkhidmatan AS 2021 — Automasi Pintar Provider Lens™. Straive telah diiktiraf dalam laporan tersebut kerana penyelesaian pemprosesan dokumennya yang membolehkan pengekstrakan automatik, tafsiran, klasifikasi dan pengendalian dokumen berdigit yang lebih pantas dan pada skala yang besar.

Provider LensTM ISG ialah perbandingan bagi penyedia perkhidmatan berpandukan pengamal bidang. Laporan penyelidikannya menyediakan penilaian vendor yang bebas dan pembahagian tingkah laku belian perusahaan.  

Keupayaan IDP Straive disokong oleh platform data tidak berstruktur proprietarinya iaitu Platform Data Straive (SDP), yang dibangunkan dengan seni bina berasaskan perkhidmatan mikro dengan modul pengekstrakan, pemerkayaan, transformasi dan penghantaran data yang boleh disesuaikan. Penyelesaian pemprosesan dokumen Straive menggunakan teknologi kognitif untuk mengautomasikan pengekstrakan, pemerkayaan dan transformasi data serta menyampaikan cerapan yang boleh diambil tindakan daripada dokumen sarat teks dalam mana-mana format seperti PDF teks, e-mel, fail Word dan PDF yang diimbas.

Straive telah menubuhkan satu unit R&D khusus yang dikenali sebagai Straive Innovation Labs untuk menyepadukan penyelesaian generasi seterusnya ke dalam tawaran SDP secara berterusan. Pelanggan Straive mendapat manfaat daripada model komersial yang fleksibel, termasuk penetapan harga berasaskan keluaran bagi setiap dokumen yang menguruskan kedua-dua operasi dan teknologi.

Mengulas tentang ciri tersebut, Ratan Datta, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Straive berkata, "Permintaan yang semakin meningkat untuk memproses dokumen separa struktur dan tidak berstruktur dalam kuantiti yang banyak dengan ketepatan dan kelajuan yang lebih tinggi telah memangkinkan keperluan untuk pemprosesan dokumen yang lebih baik dan secara automatik. Ciri Straive dalam laporan Provider Lens™ ISG merupakan bukti keupayaan kami dalam skop IDP. Melalui gabungan kepakaran subjek yang tepat, teknologi terkini seperti AI dan ML serta fokus yang mendalam terhadap R&D, Platform Data Straive terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pelbagai industri termasuk Kewangan, Penyelidikan & Sains Hayat, Hartanah serta Undang-Undang & Kawal Selia."

Laporan ISG menyatakan, "Sebagai syarikat data yang berasaskan platform dan dipacu automasi, Straive sedang giat berusaha untuk memperkukuhkan penyelesaian SDP bagi menyokong lebih banyak format dokumen, kes penggunaan yang kompleks dan liputan industri yang lebih luas untuk merangkum insurans, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal."

Straive membawakan kelainan dengan fokusnya untuk menyelesaikan kes penggunaan industri yang memerlukan kepakaran domain yang disokong oleh pasukan dengan lebih 500 PKS di pelbagai disiplin seperti sains hayat, kimia, bioperubatan, kelestarian, perundangan, perkhidmatan kewangan dan lain-lain. Kepakarannya yang mendalam membolehkan Straive mencapai tahap automasi yang jauh lebih tinggi dalam kes penggunaan yang kompleks dan memanfaatkan SDP sebagai pendaya untuk memacu hasil perniagaan.

Untuk membaca laporan penuh, sila Klik Di Sini.

Tentang Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global)
Straive merupakan sebuah perusahaan teknologi kandungan peneraju pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, kepakaran subjek khusus (SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-Pembelajaran/Teknologi Pendidikan (EdTech) dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, kumpulan sumber pelbagai geografi Straive terletak di lapan buah negara: Filipina, India, AS, China, Nicaragua, Vietnam, United Kingdom dan ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Singapura. 

Untuk pertanyaan media , sila hubungi Kshitiz Ahuja, Ketua Jenama dan Perhubungan Awam (kshitiz.ahuja@straive.com)

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1486326/Straive_Logo.jpg?p=medium600

Source: Straive (erstwhile SPi Global)
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Survey, Polls & Research Data Analytics