omniture

Global Youth Readers Diperkenal Secara Rasmi

China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
2022-01-28 00:07 67

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 22 Januari, Festivals-festival Cina di Jalan Sutera – Salun Festival Musim Bunga dilancarkan di Kuala Lumpur dan Beijing secara serentak melalui pautan video. Acara ini telah disertai oleh Lin Liying, Presiden China National Publications Import & Export (Group) Co., Ltd.; Song Qiang, Pengarah Eksekutif (Presiden) dan Ketua Sidang Pengarang China Publishing & Media Journal; Xu Zechen, Timbalan Editor majalah People's Literature, penulis; Zhang Xin, Ketua Editor CITIC Press Group; Zhang Song, ahli Chinese Folk Literature and Art Association, Naib Presiden Panjin Federation of Literary and Art Circles, Presiden Panjin Folk Literature and Art Association; Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia Mohd Khair Ngadiron; dan Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting. Mereka turut disertai oleh khalayak – secara peribadi dan dalam talian – seramai lebih 80, termasuk para pelajar Itali dan golongan muda dari Hong Kong serta Taipei Cina belajar di tanah besar dan pelajar Malaysia serta ilmuwan muda di Kuala Lumpur.

Peserta-peserta Cina dan Malaysia memperkenalkan secara rasmi kelab Malaysia, iaitu kelab Global Youth Readers pertama dibuka di luar negara. KB Asia, bagi pihak penganjur bersama Cina dan Malaysia, menyampaikan buku berbahasa Cina bagi pihak Global Youth Readers kepada Selangor Public Library Corporation. Di salun membaca, peserta bertukar-tukar pandangan mengenai buku-buku seperti The 24 Solar Terms in Poems dan Hi I'm China. Di lapangan, persembahan 24 Festive Drums – warisan budaya tak ketara Malaysia, tulisan kaligrafi dan sesi merasa makanan perayaan dipersembahkan, yang mendorong acara ini mencapai kemuncaknya.

Menurut Lin Liying, Presiden China National Publications Import & Export (Group) Co., Ltd., persahabatan antara China dan Malaysia menjangkau ribuan tahun lamanya dan kedua-dua negara ini mempunyai warisan sejarah yang mendalam serta identiti budaya yang juga mendalam. Penerbit bagi kedua-dua negara ini, melalui Pesat Buku Antarabangsa Beijing dan Pesta Buku Kuala Lumpur, telah mengekalkan pertukaran dan kerjasama budaya yang baik. Global Youth Readers, dimulakan oleh China National Publications Import & Export (Group) Co., Ltd., akan membolehkan belia dari kedua-dua negara ini meningkatkan lagi persefahaman serta persahabatan sesama mereka.

Pengarah Majlis Buku Kebangsaaan Malaysia Mohd Khair Ngadiron berkata: "Global Youth Readers akan menjadi penghubung antara kedua-dua negara ini bagi mengukuhkan pertukaran budaya dan meningkatkan pemahaman budaya. Melalui aktiviti-aktiviti pembacaan dan perkongsian, pembaca muda di Malaysia akan dapat mempelajari lebih lanjut mengenai sastera yang indah dari China."

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting berkata: "Sebuah buku yang baik ibarat seorang guru dan rakan yang bijak. Puisi-puisi dinasti-dinasti Tang dan Song serta ayat-ayat daripada dinasti Yuan merupakan santapan yang berharga untuk minda yang ditinggalkan oleh nenek moyang dan patut dibaca dengan bersemangat."

Wakil-wakil daripada pembaca belia Malaysia berkata bahawa acara ini benar-benar menunjukkan kepada mereka keindahan landskap budaya dan alam semula jadi China serta budaya tradisional China yang cemerlang.

Global Youth Readers ialah platform pertukaran antarabangsa untuk pembaca muda yang dilancarkan secara bersama oleh China National Publications Import & Export (Group) Co., Ltd. dan rakan-rakan niaga luar negaranya. Ia bermatlamat untuk menganjurkan pelbagai jenis aktiviti yang menarik untuk membantu pembaca muda memahami dengan lebih baik budaya Cina dari dimensi yang berbeza dan menggalakkan pertukaran serta pembelajaran bersama. Ini merupakan acara pertama kelab ini pada tahun 2022, dengan lebih banyak lagi akan menyusul di negara-negara lain.

 

Source: China National Publications Import and Export (Group) Co., Ltd.
Keywords: Art Publishing/Information Service