KUALA LUMPUR, Malaysia, January 28, 2022 /PRNewswire/ -- H3C mengumumkan pelancaran acara H3C Channel Kickoff tahunannya di Malaysia dengan tema "Mempercepatkan pertumbuhan perniagaan anda". Acara ini menawarkan maklumat berharga kepada rakan-rakan kongsi H3C untuk memanfaatkan produk dan perkhidmatan H3C demi memacu kejayaan perniagaan mereka. Sepanjang tahun lalu, pembangunan saluran global H3C telah menyaksikan pertumbuhan hasil tahun-ke-tahun (YoY) yang mantap di mana syarikat tersebut berjaya mengesahkan sejumlah 488 rakan kongsi dan 830 jurutera.
Semasa acara tersebut, H3C memaparkan lima matlamat penting untuk mengukuhkan hubungan bersama rakan kongsi tempatan. Syarikat tersebut bermatlamat untuk menggiatkan pelaburannya dalam pengembangan perniagaan global termasuk menubuhkan pejabat serantau baharu dan pasukan perniagaan tempatan. Kunci untuk kolaborasi perniagaan yang berjaya adalah menyediakan pelbagai jenis barisan produk dan penyelesaian bersepadu hujung ke hujung kepada rakan kongsi, meningkatkan pensijilan produk luar negara, meningkatkan penerokaan terhadap mod kerjasama dan pembangunan penyelesaian bersama.
Dalam masa yang sama, H3C berusaha untuk mempercepatkan keupayaan perkhidmatannya dengan meningkatkan liputan perkhidmatannya, menyediakan sokongan perkhidmatan yang mudah dan profesional serta menyediakan platform pemerkasaan yang praktikal dan sistematik. Satu lagi matlamat penting adalah untuk mempercepatkan pemupukan bakat digital melalui sistem pemerkasaan yang bertujuan untuk melatih dan memberi motivasi kepada pihak pelatih bakat. Kaedah ini dapat meningkatkan keupayaan praktikal rakan kongsi dalam menggunakan produk H3C dan juga matlamatnya dalam mempromosi rakan kongsi.
Asas kejayaan H3C bersama rakan kongsi tempatan bergantung kepada pembinaan platform digital yang dipercepatkan. Bagi melangkah maju bersama rakan kongsinya, syarikat ini telah mewujudkan pelbagai platform termasuk PRM: Channel Business Lifecycle Platform, platform H3Club, platform latihan individu, platform insentif dan pemerkasaan individu. Sebagai penyedia penyelesaian digital, platform-platform ini membantu rakan kongsi dan pengguna memahami produk H3C dengan lebih baik dan dapat menarik minat bakal pelanggan untuk bekerjasama dengan H3C.
Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C berkata, "H3C telah menjadi salah satu penyedia ICT yang berkembang paling pantas dalam pasaran Cina. Perniagaan awan, industri pintar dan perniagaan bandar pintar kami juga telah menjadi 3 pembekal terunggul. Selain daripada mencapai kejayaan hebat dalam pasaran Cina, pembangunan pasaran luar negara juga diiktiraf dan berkembang dengan pesat. Melalui pengumpulan berterusan kami sejak tiga tahun yang lalu, kapasiti pengembangan pasaran kami sangat diperkukuh sementara hasil pasaran luar negara pada tahun 2021 mencapai pertumbuhan yang pesat dan mantap tahun-ke-tahun (YoY). Menjelang penghujung tahun 2021, kadar pengaktifan rakan kongsi penting kami akhirnya meningkat dengan 488 rakan kongsi menyertai kami pada tahun 2021.
"H3C sentiasa melabur untuk memperluaskan pasaran global dan kami telah mewujudkan beberapa entiti undang-undang baharu pada 2021. Ketika ini, H3C mempunyai 11 pejabat perwakilan luar negara. Menjelang penghujung 2022, kami akan terus berusaha untuk berkembang ke seluruh dunia, hampir meliputi Asia, Eropah, Amerika Latin, CIS, Afrika dan pasaran-pasaran lain. Oleh itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada rakan kongsi kami atas sokongan dan kepercayaan mereka sepanjang tahun lalu," kata Gary dalam ucapannya.
Di acara tersebut, H3C memberi penghormatan kepada rakan-rakan kongsi Malaysianya menerusi Anugerah Rakan Kongsi Elit H3C 2021 di upacara penganugerahan. Dalam majlis tersebut, sembilan rakan kongsi Malaysianya telah disampaikan dengan Anugerah Elit Jualan Terunggul, Anugerah Pembangunan Pasaran Perindustrian, Anugerah Elit Jualan Penyelesaian, Anugerah Jualan dan Penyampaian Perkhidmatan Terunggul, Anugerah Kerjasama Terbaik dan Anugerah Pertumbuhan Terbaik, sebagai penghargaan kepada sokongan padu dan usaha berterusan mereka dalam mempercayai H3C sepanjang perjalanan pendigitalisan mereka.
Salah seorang wakil rakan kongsi yang memenangi satu anugerah mengulas bahawa, "Sepanjang perkongsian kami bersama H3C, kami mendapat manfaat daripada perkhidmatan mereka yang tiada tandingan, terutamanya suis H3C yang telah menyokong kami dengan menyediakan sambungan yang lebih baik untuk syarikat kami. Kami amat menghargai H3C dan kami tidak sabar-sabar untuk berusaha setahun lagi dengan bekerjasama erat bersama H3C."
Rockies Ma, Pengurus Besar H3C Malaysia mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi dan pengguna H3C, "Kami dapat melihat bahawa pendigitalisan merupakan pemacu yang penting dalam pasaran ICT Malaysia. Ia telah membuka banyak peluang perniagaan yang baharu untuk perusahaan bersaiz kecil, sederhana dan besar. Kami akan terus menyokong rakan kongsi kami melalui strategi "Partners First" ("Rakan Kongsi Didahulukan") dan "Win-Win-Win" ("Menang-Menang-Menang"), berserta beberapa strategi dan program baharu untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka secara bersama. Sepanjang perjalanan ini, kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami atas segala sokongan mereka. Pada tahun harimau yang akan datang ini, kami akan bersedia untuk menyokong mereka dan marilah kita berusaha demi mencapai pertumbuhan baharu yang maju bersama-sama."
Acara H3C Channel Kickoff 2022 di Malaysia merupakan acara permulaan rasmi bersama rakan kongsi globalnya. Dalam bulan-bulan akan datang, H3C akan berganding bahu dengan beberapa rakan kongsi yang lain serta wakil-wakil industri bagi mengadakan acara jelajah yang seterusnya untuk H3C Channel Kickoff 2022 di negara-negara seperti Turki, Thailand, Pakistan, Rusia, Indonesia dan Kazakhstan. Sebagai peneraju penyelesaian digital, H3C komited untuk menjadi penyedia penyelesaian digital untuk pelanggan dan juga rakan kongsinya bagi menyempurnakan misi mereka dalam perjalanan transformasi digital mereka.
Latar Belakang H3C
H3C ialah peneraju industri bagi penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan yang paling dipercayai untuk pelanggan kami dalam usaha mereka ke arah inovasi perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, mencakupi pengkomputeran, penyimpanan, perangkaian, 5G, sekuriti dan domain berkaitan serta menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif termasuk pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan (AI), internet perindustrian, sekuriti maklumat, ketersambungan pintar, visi AI dan pengkomputeran pinggir selain perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.
Untuk maklumat lanjut mengenai H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/