omniture

CGTN: Forum CMG: Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk berteknologi-tinggi

CGTN
2022-01-28 21:23 147

BEIJING, 28 Januari 2022 /PRNewswire/ -- China Media Group (CMG), penyiar utama negara ini, berganding bahu bersama rakan-rakan media di seluruh dunia bagi mempersembahkan debaran waktu sebenar Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kepada penonton global dengan teknologi canggih.

Forum CMG: Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk berteknologi-tinggi
Forum CMG: Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk berteknologi-tinggi

CMG, penyiar pemegang hak bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk, menganjurkan sebuah forum pada hari Rabu di Beijing menerusi tema "Bersama-sama demi Sukan Olimpik Musim Sejuk berteknologi-tinggi." Wakil-wakil daripada 145 agensi media dan organisasi antarabangsa dari 78 negara dan wilayah menghadiri acara berkenaan secara dalam talian.

CMG komited untuk mempersembahkan Sukan ini dengan teknologi inovatif 

Shen Haixiong, presiden dan ketua sidang pengarang CMG, berkata CMG komited menggunakan teknologi inovatif bagi menyiarkan Sukan Olimpik dan mempersembahkan pesona Sukan Olimpik.

CMG menyiarkan secara langsung acara Sukan Olimpik di saluran berdefinisi ultra tinggi 4Knya buat julung kali di dunia semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo, kata Shen.

"Kami benar-benar akan kekal sebagai pengamal dan penyampai inovasi media dan berganding bahu bersama rakan media global serta bekerjasama dengan baik bersama IOC untuk mempersembahkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang hebat, luar biasa dan cemerlang."

Sukan Olimpik Beijing akan mengubah landskap sukan musim sejuk selama-lamanya 

Thomas Bach, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada forum tersebut melalui pautan video dengan berkata, "Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan mengubah landskap sukan musim sejuk selama-lamanya."

Beliau berkata CMG dan CCTV telah mejadi "rakan kongsi yang berharga untuk IOC."

Oleg Dobrodeyev, ketua pengarah All-Russia State Television and Radio Broadcasting Company, berkata melalui video bahawa beliau kagum dengan inovasi teknologi dan idea baharu yang diterima pakai oleh CMG dalam melaporkan Sukan Olimpik Beijing. Beliau tidak sabar-sabar menantikan upacara perasmian.

Ketua misi (chef de mission) Cina: CMG akan membawakan lembaran baharu dalam sejarah Olimpik

Gou Zhongwen, presiden Jawatankuasa Olimpik Cina berkata bahawa beliau percaya CMG akan menunjukkan kepada dunia sebuah Sukan Olimpik yang luar biasa dan membuka lembaran baharu dalam sejarah Sukan Olimpik.

"[CMG] terus berinovasi untuk mengemas kini teknologi penyiaran dan menyempurnakan pengalaman audiovisual Sukan Olimpik untuk penonton," kata beliau.

Inisiatif bersama dilancarkan 

Di forum berkenaan, CMG, Asia-Pacific Broadcasting Union, Arab States Broadcasting Union, European News Exchange dan Alianza Informativa Latinoamericana melancarkan "Inisiatif Bersama Forum CMG Pertama," menyeru rakan media dari seluruh dunia untuk menjadikan Sukan Olimpik Beijing sebagai peluang untuk menggalakkan inovasi, melaksanakan tanggungjawab dan misi mereka, menyebarkan nilai Sukan Olimpik dan menggalakkan masyarakat manusia untuk melangkah ke hadapan beriringan.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-27/CMG-Forum-Together-for-a-high-tech-Winter-Olympics-179GatKTgUE/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports