omniture

Zoomlion Lancar Mesin Pengorek Robotik Pintar Kolaboratif Pertama, Terajui Teknologi Interaksi Manusia-Mesin

Zoomlion
2022-01-29 05:37 157

CHANGSHA, China, 29 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), sebuah perusahaan pembuatan peralatan canggih yang terkemuka, melancarkan mesin pengorek robotik pintar kolaboratif pertama di Persidangan Inovasi Sains dan Teknologi ke-6nya pada 7 Januari.

Zoomlion's collaborative intelligent robotic excavator is equipped with a bionic control mode for complex tasks.
Zoomlion's collaborative intelligent robotic excavator is equipped with a bionic control mode for complex tasks.

Mesin pengorek ini dilengkapi dengan sistem interaksi manusia-mesin yang menyepadukan kecerdasan buatan, kawalan pintar dan teknologi canggih yang lain bagi memberi kuasa kepada mesin pengorek untuk berinteraksi dengan pengendali serta menjalankan tugas secara automatik, mengenali baik gerak isyarat mahupun arahan suara untuk beroperasi dengan tepat.

Mesin pengorek robotik pintar ini menjadikan pemotongan cerun yang mencabar mudah dan lebih tepat. Sebaik sahaja pengendali memasukkan model 3D tapak dan tugasan ke dalam mesin pengorek, mesin ini dapat melakukan analisis global dan memandu ke tapak sasaran dan beroperasi secara automatik tanpa memerlukan pengendali atau juruukur profesional.

Syarikat ini telah menukar interaksi arahan tradisional dan membangunkan fungsi kawalan suara yang dapat mengenali ratusan arahan seperti "ke hadapan, ke belakang dan putar (pada sebarang darjah)", mahupun arahan "pemotongan cerun" yang lebih kompleks melalui aplikasi telefon Automatic Operation Control yang dibangunkan sendiri oleh Zoomlion.

Zoomlion membangunkan operasi arahan berdasarkan kepada keperluan penentududukan yang tepat dalam kerja pembinaan. Sama ada di tapak pembinaan atau meja pasir (sandtable) digital atau sekadar menentukan titik di atas tanah menggunakan tangan, mesin pengorek robotik pintar ini dapat mencapai titik sasaran.

Tambahan pula, Zoomlion membangunkan mod kawalan bionik untuk tugas yang rumit. Pengendali dapat membimbing mesin pengorek untuk mengikuti pergerakan lengannya sewajarnya demi memastikan operasi yang tepat.

Mesin pengorek robotik pintar kolaboratif Zoomlion bermanfaat untuk meningkatkan kecekapan pembinaan dan mengurangkan kos pengendalian; lebih penting lagi, ia dapat beroperasi dalam persekitaran yang berbahaya dan rumit, lantas melindungi pengendali daripada risiko.

"Pengintelektualan (intellectualization) telah menjadi trend yang tidak dapat dielakkan dalam pembangunan jentera pembinaan dan Zoomlion menyepadukan teknologi penderiaan, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan data raya untuk menggalakkan lagi keterhubungan yang komprehensif antara manusia, mesin dan benda sejak tahun 2014. Pelancaran blokbuster mesin pengorek robotik pintar kolaboratif ini bukan sahaja mewakili hasil yang terkini dalam bidang kolaborasi manusia-mesin, tetapi turut mencapai kejayaan baharu, mendorong aplikasi interaksi manusia-mesin Zoomlion ke tahap yang baharu," kata Liu Yanbin, timbalan pengarah, Pusat Penyelidikan Zoomlion.

Sebagai peneraju bagi inovasi teknikal jentera pembinaan, Zoomlion akan terus meningkatkan input, mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi dan aplikasi kolaboratif manusia-mesin serta memimpin penaiktarafan pintar dalam industri ini.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news