omniture

Bersedia Tembusi Pasaran Timur Tengah, Vazyme Pamerkan Penyelesaian Ujian COVID-19nya di Medlab Middle East 2022

Vazyme
2022-01-29 06:24 245

DUBAI, UAE, 29 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat bioteknologi terkemuka yang berpangkalan di China, Vazyme (688105.SH) mengambil bahagian dalam Medlab Middle East edisi 2022 di Dubai World Trade Centre (DWTC) mulai 24 hingga 27 Januari, sebuah pameran dan persidangan makmal dan unggulan terkemuka yang menghimpunkan komuniti perubatan global untuk mempamerkan inovasi serta teknologi makmal yang terbaik. Di Reruai No. Z5.H20, syarikat ini mempamerkan portfolio produk penuhnya untuk penyelesaian ujian COVID-19 serta produk IVD canggih kepada pengunjung acara dalam talian dan secara bersemuka. Antara lebih daripada 500 pengunjung, kebanyakan mereka datangnya dari kawasan Timur Tengah dan selebihnya adalah dari India, Turki dan sebagainya. Kit Ujian Kendiri Pantas Antigen COVID-19 yang memberi keputusan ujian dalam masa 10 minit dan mencapai ketepatan 99.81% ini, merupakan produk paling popular yang dipamerkan.

Vazyme di Medlab Middle East 2022
Vazyme di Medlab Middle East 2022

"Ketika varian omicron mula menunjukkan kesannya, hospital dan pusat ujian yang sedang berjuang mengalami peningkatan tekanan, menekankan pentingnya untuk meningkatkan pengeluaran kit ujian COVID-19 yang pantas dan andal bagi mengesan gelombang jangkitan baharu yang semakin melonjak. Kami berharap dapat membantu komuniti perubatan di kawasan Timur Tengah dan Afrika menangani isu ini dengan membawakan produk dan penyelesaian ujian COVID-19 kami yang berkualiti tinggi di Medlab 2022 sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengukuhkan langkah-langkah setempat bagi memerangi pandemik ini," kata Jenny Jiang, Pengurus Perniagaan Antarabangsa Vazyme.

Di acara berkenaan, seluruh barisan Penyelesaian Pengesanan Asid Nukleik Vazyme dipamerkan sepenuhnya, berserta produk-produk lain bagi pengesanan COVID-19 termasuk siri Kit Pengesanan Antigen, penyelesaian penilaian Antibodi Vaksin COVID-19 dan produk bahan mentah bagi penyelesaian pengesanan. Salah satu sorotan pamerannya, Sistem Pengekstrakan Asid Nukleik Automatik Vazyme telah mendapat kelulusan pasaran daripada kerajaan UAE dan Arab Saudi manakala Kit Pengesanan RT-qPCR Tripleks 2019-nCoV juga dibenarkan untuk menembusi pasaran UAE baru-baru ini.

Sepuluh tahun kewujudannya, Vazyme mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam industri bioteknologi China dengan kapasiti pengeluaran yang mencukupi untuk barisan pengeluaran IVD yang bersamaan dengan 1 juta unit sehari. Pasukan Vazyme yang berpangkalan di MENA ini terdiri daripada pakar-pakar produk IVD yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh serta panduan pemasangan seorang-ke-seorang untuk pengguna tempatan. Vazyme meningkatkan pengembangan globalnya pada tahun 2021 dengan menubuhkan subsidiari milik penuh luar negara pertamanya di Indonesia, dengan pejabat-pejabat serta gudang-gudangnya terletak di AS, EU dan Hong Kong SAR bagi menawarkan kemudahan dan menyokong pelanggan di seluruh dunia. 

"Kami akan menyambut ulang tahun ke-10 syarikat kami sejak penubuhannya pada tahun ini. Sebagai pelopor yang memajukan inovasi dalam sains hayat, misi Vazyme adalah untuk memanfaatkan sains dan teknologi bagi meningkatkan kesihatan dan kehidupan, memenuhi keperluan perubatan global yang belum dipenuhi di samping menempatkan kedudukan kami menurut standard etika, kebertanggungjawaban dan profesionalisme tertinggi. Pendekatan bertumpukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami membolehkan kami untuk sentiasa berinovasi dan membawakan produk serta penyelesaian baharu kepada pelanggan kami. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami di seluruh dunia, meneruskan usaha terdahulu kami untuk mengukuhkan keupayaan perubatan dalam perjuangan memerangi penyakit yang teruk," kata Jenny Jiang.

 

Source: Vazyme
Related Stocks:
Shanghai:688105
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news