omniture

Model Strategik GWM HAVAL H6 Terjual dengan Baik Secara Global selama Sepuluh Tahun

GWM
2022-01-29 16:56 436

BAODING, China, 29 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Menurut data rasmi GWM, jualan global bagi HAVAL H6 telah mencecah 370,437 unit pada tahun 2021, yang memperlihatkan satu pencapaian baharu untuk prestasi jualan syarikat ini.

HAVAL H6 menduduki tempat ke-7 dalam senarai SUV paling laris terjual di dunia pada tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Focus2Move, sebuah agensi penyelidikan pasaran yang terkenal di peringkat antarabangsa. Ia juga merupakan satu-satunya model kenderaan Cina antara sepuluh teratas. Bahkan, dalam pasaran Cina, HAVAL H6 telahpun menjadi yang paling laris terjual dalam pasaran segmen SUV selama lebih daripada 100 bulan.

Sehingga tahun 2021, model ini telah diulang menjadi 3rd Gen HAVAL H6. Berdasarkan kepada platform L.E.M.O.N., kenderaan yang lebih baik ini menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam tiga aspek termasuk kecerdasan, keselamatan dan kuasa.

3rd Gen HAVAL H6
3rd Gen HAVAL H6

Dari segi kecerdasan, konfigurasi teratas model ini dapat merealisasikan fungsi meletakkan kereta automatik dalam pelbagai senario. Pengguna tidak perlu bimbang mengenai tempat letak kereta memandangkan kereta ini boleh menyempurnakan fungsi meletakkan kereta melintang, menegak dan serong secara automatik. Dalam sesetengah pasaran, pintu belakang (tailgate) elektrik juga mempunyai fungsi memori kedudukan yang membolehkan pembukaan jarak jauh, lalu menjadikannya mudah untuk pengguna mengambil dan meletakkan bekalan harian.

Konfigurasi pintar turut menjadikan 3rd Gen HAVAL H6 lebih selamat untuk dipandu. ESP terkini yang dipasang dalam model ini direka untuk melancarkan perjalanan di cerun yang curam dan mengelakkan olengan ke suatu tahap tertentu, membolehkan kereta ini kekal stabil secara relatif walaupun di medan salji dan jalan yang licin. Selain itu, 3rd Gen HAVAL H6 mempunyai imej panorama HD 360, menyediakan pemandu dengan imej menyeluruh terhadap persekitaran kereta melalui kamera empat-megapiksel dan menjamin keselamatan mereka.

Dalam pasaran global, 3rd Gen HAVAL H6 boleh didapati sama ada sebagai versi berkuasa bahan api atau hibrid, menawarkan pengalaman prestasi yang berbeza untuk pengguna di seluruh dunia. Versi berkuasa bahan api dikuasakan oleh enjin 2.0GDIT dan transmisi basah 2nd Gen 7DCT yang dapat mencapai kuasa maksimum 150kW dan tork maksimum 320N·m, dengan lebih kuasa, respons lebih pantas dan penggunaan bahan api yang lebih rendah. Versi hibrid pula, yang didatangkan dengan sistem 1.5T PHEV atau HEV, meningkatkan ekonomi bahan api sekali gus menjadi lebih bersih dan lebih mesra alam sekitar.

Ketika ini, HAVAL H6 telah dijual di lebih daripada 50 negara dan wilayah di serata dunia termasuk Afrika Selatan, Chile, Australia, Arab Saudi, Rusia dan Thailand. Model ini telah diterima baik, terutamanya 3rd Gen HAVAL H6 yang dinaik taraf yang mendapat pujian tinggi oleh media berwibawa. Rakan media Australia Carsales menganggapnya sebagai "kereta Cina terbaik di Australia setakat ini". Gabo Baeza, seorang wartawan daripada media Chile Rutamotor, percaya bahawa ia telah melakukan lonjakan yang besar ke hadapan dalam teknologi pintar dan reka bentuk keseluruhan serta memiliki daya saing yang lebih tinggi berbanding jenama-jenama lain.

Selepas 10 tahun jualan sejak pelancarannya, HAVAL H6 diminati oleh lebih daripada 3.5 juta pengguna di seluruh dunia. Ia akan tersenarai secara beransur-ansur antara kedudukan yang utama dalam pasaran SUV global dan mempercepatkan globalisasi GWM.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation