omniture

CGTN: Sambut Tahun Baharu Lunar, China mulakan perjalanan baharu

CGTN
2022-01-29 17:48 230

BEIJING, 29 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Tahun Baharu Cina, yang turut digelar sebagai Festival Musim Bunga, merupakan festival bangsa Cina yang paling penting menumpukan kepada perjumpaan keluarga. Ia seperti gabungan antara Hari Krismas dan Tahun Baharu di Barat.

Festival Musim Bunga jatuh pada 1 Februari tahun ini. Bermula daripada makanan yang menyelerakan hinggalah pakaian baharu, hiasan dan hiburan, keluarga Cina meraikan festival ini, mengharapkan permulaan baharu dan tuah untuk tahun akan datang.

Presiden Cina Xi Jinping menyertai penduduk di Wilayah Shanxi utara China beberapa hari menjelang berlangsungnya Festival Musim Bunga ketika beliau memulakan lawatan pada hari Rabu.

Selama 10 tahun berturut-turut, Xi menjadikannya satu tradisi untuk melawat penduduk di kawasan berbeza di China, menyapa dengan penuh mesra dan menyampaikan ucapan selamat.

'Saya berasa yakin' 

Berani menempuh salji, pada hari Rabu, Xi berkunjung ke Kampung Fengnanyuan, Bandar Huozhou, di mana beliau melawat penduduk yang terjejas akibat banjir pada tahun lalu yang menyukarkan kehidupan 1.76 juta penduduk di Shanxi.

"Saya datang ke Shanxi hari ini terutamanya kerana bimbangkan penduduk yang mana kerja dan kehidupan mereka terjejas akibat bencana tahun lalu," Xi memberitahu penduduk kampung.

Selepas memeriksa pembinaan semula pasca-bencana selain kerja-kerja tempatan bagi memulihkan pertanian dan memastikan akses awam kepada kemudahan pemanasan pada musim sejuk, Xi berkata, "Saya berasa yakin."

Semasa lawatan sebelum Festival Musim Bunga beliau yang lalu, Xi duduk bersama penduduk kampung, mendengar keluhan mereka dan menyertai mereka untuk membuat persiapan festival bermula dengan menghasilkan kuih beras pulut hinggalah menggoreng doh dan menampal keratan kertas berwarna merah.

Perjalanan Xi merupakan contoh pendekatan "mengutamakan orang ramai" oleh beliau yang bukan sahaja menunjukkan kepada penduduk luar bandar ini bahawa mereka tidak dilupakan, tetapi juga meninggalkan mereka dengan harapan demi kehidupan yang lebih baik pada tahun akan datang.

Penggiatan luar bandar berjalan rancak 

Semasa lawatan pemeriksaan ke Kampung Duancun, Daerah Fenxi pada petang Rabu, Xi menggesa lebih banyak usaha dilakukan untuk mengukuhkan pencapaian dalam pembasmian kemiskinan dengan menggalakkan penggiatan luar bandar, bahagian yang amat diperlukan dalam usaha pemodenan negara ini.

Beliau memberitahu sekumpulan penduduk kampung bahawa pemodenan kawasan luar bandar akan direalisasikan dan penduduk akan memiliki masa depan yang semakin cerah.

Pada bulan Februari 2021, China mengisytiharkan secara rasmi bahawa ia telah menghapuskan kemiskinan mutlak, yang bererti rakyat Cina dapat merealisasikan hasrat yang telah lama terpendam untuk mendapatkan makanan dan pakaian yang mencukupi serta tempat tinggal yang selesa.

Sejak itu, China berusaha untuk memupuk industri-industri luar bandar, menggalakkan aplikasi teknologi pertanian dan memelihara kawasan desa yang indah.

Sejumlah 50 zon perindustrian pertanian moden, 50 kluster perindustrian dengan kekuatan tersendiri dan 298 bandar dengan industri-industri pertanian yang mantap diwujudkan di seluruh negara ini pada tahun 2021, menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China.

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Asian-related news Future Events