omniture

Sinopec Siapkan Projek Tangkapan Karbon Skala Megatan Pertama China

Qilu-Shengli Oilfield CCUS akan mengurangkan emisi karbon sebanyak 1 juta tan setahun
SINOPEC
2022-01-31 08:10 82

BEIJING, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah menyiapkan pembinaan projek penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) megatan pertama China, Qilu-Shengli Oilfield CCUS ("Projek") pada 29 Januari yang akan mengurangkan emisi karbon sebanyak 1 juta tan setahun, bersamaan dengan menanam hampir 9 juta batang pokok dan menghentikan 600,000 kereta ekonomi.

Sinopec Siapkan Projek Tangkapan Karbon Skala Megatan Pertama China
Sinopec Siapkan Projek Tangkapan Karbon Skala Megatan Pertama China

Sebagai tapak demonstrasi CCUS rantaian industri penuh terbesar China dan juga penanda aras industri, Projek ini dianggarkan dapat meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 2.965 juta tan dalam tempoh 15 tahun akan datang. Ia amat penting kepada pembangunan berskala CCUS China dan pembinaan model "kitaran karbon buatan" bagi meningkatkan keupayaan pengurangan emisi karbon China ketika negara ini melangkah maju untuk mencapai matlamat "dwi-karbon" dengan mencapai emisi karbon puncak menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

Pembinaan projek ini dimulakan pada bulan Julai 2021 dan terdiri daripada dua bahagian – penangkapan karbon dioksida Sinopec Qilu dan pengalihan serta penyimpanan karbon dioksida Shengli Oilfield. Karbon dioksida yang ditangkap oleh Sinopec Qilu akan diangkut ke Shengli Oilfield bagi tujuan pengalihan dan penyimpanan yang selanjutnya melalui mod pengangkutan hijau, mencapai aplikasi bersepadu penangkapan, pengalihan dan penyimpanan karbon untuk memerangkap karbon dioksida di bawah tanah dan mendorong minyak untuk mengalir keluar – menukar bahan buangan kepada khazanah berharga.

Sinopec Qilu baru sahaja membina unit pemulihan dan penggunaan karbon dioksida cecair dengan kapasiti 1 juta tan setahun, yang melibatkan unit mampatan, unit penyejukan, unit penapisan pencecairan dan kemudahan sokongan untuk mendapatkan semula karbon dioksida daripada gas hujung loji arang batu-ke-hidorgen dengan kadar penulenan melebihi 99 peratus.

Sementara itu, Shengli Oilfield mengaplikasikan prinsip kelarutcampuran mudah karbon dioksida superkritikal dengan minyak mentah untuk membina 10 stesen suntikan gas tanpa jagaan di Zhenglizhuang Oilfield bagi menyuntik karbon dioksida ke dalam 73 telaga berhampiran untuk meningkatkan kecairan minyak mentah dan meningkatkan pemulihan minyak dan dalam masa yang sama mengguna pakai pengangkutan minyak dan gas saluran paip tertutup untuk meningkatkan lagi kadar sekuestrasi karbon dioksida.

Mengambil langkah awal untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembinaan CCUS, Sinopec membangunkan sistem teknologi CCUSnya sendiri yang telah mencapai keputusan yang baik dalam meningkatkan pemulihan minyak mentah dan mengurangkan emisi karbon manakala beberapa teknologi penangkapan berada di kedudukan peneraju di peringkat domestik dan tahap lanjutan di dunia.

Teknologi penangkapan karbon dioksida tekanan separa rendah Sinopec telah berjaya diaplikasikan dalam lebih daripada 50 unit peranti merentas 16 wilayah dan bandar di China, menangkap lebih daripada 200,000 tan karbon dioksida setiap tahun. Syarikat ini telah menangani pelbagai masalah teknologi yang utama. Dengan menjalankan ujian medan mineral dengan aktif di medan minyak China Timur dan Shengli serta meninjau mod pembangunan banjir karbon dioksida boleh larut campur bertekanan tinggi, Sinopec menyelesaikan masalah dengan berkesan bagi suntikan air yang sukar dan pengeluaran telaga minyak di takungan dengan kebolehtelapan yang sangat rendah, mencadangkan mod pembangunan suntikan karbon dioksida "penyelarasan pengalihan daya pemprosesan" yang inovatif untuk melaksanakan pembangunan cekap takungan blok kecil terkedap. Sinopec juga membangunkan pengalihan gas eksoz pertama China, penggunaan kitaran dan tapak penyimpanan bagi kilang penapisan industri takungan minyak perenggan air yang tinggi di Sinopec Zhongyuan Oilfield.

Disokong oleh penyelidikan yang sistematik terhadap sumber emisi karbon dioksida berskala besar China, Sinopec telah mengkaji dan merangka kaedah penilaian berpotensi CCUS dan mewujudkan pangkalan data sumber & sink Sinopec. Sehingga kini, Sinopec telah melaksanakan 36 projek banjir karbon dioksida.

Sinopec sedang berusaha untuk memajukan pembinaan dan merealisasikan pembangunan perindustrian CCUS. Sinopec akan membina pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) CCUS untuk memfokuskan kepada pencapaian teknologi canggih termasuk penyepaduan CCUS dengan tenaga baharu, tenaga hidrogen dan tenaga biojisim. Syarikat ini akan memajukan aplikasi teknologi seperti penghasilan karbon dioksida bahan kimia bernilai tinggi serta pemineralan dan penggunaan karbon dioksida bagi membuat penemuan penting dalam teknologi teras serta menyelesaikan masalah utama peralatan dalam penangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Dengan matlamat untuk membina sistem inovasi teknologi karbon dioksida "demonstrasi dan pengindustrian projek pembangunan-pembinaan teknologi," Sinopec akan melanjutkan rantaian industri sekuestrasi karbon bersih dan membina asas untuk inovasi teknologi pengurangan emisi karbon.

Antara tahun 2021 dan 2025, Sinopec akan membangunkan satu lagi projek demonstrasi CCUS megatan dengan kerjasama Sinopec Nanjing Chemical Industries Co., Ltd. di medan minyak dan gas Sinopec East China gabungannya dan Sinopec Jiangsu Oilfield bagi mencapai pembangunan perindustrian CCUS dan meluaskan prospek tatkala China melangkah maju bagi mencapai puncak karbon dan keneutralan karbon.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

 

 

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities