omniture

Trina Solar terbit Kertas Putih penilaian CAPEX dan LCOE, tunjukkan nilai terbaik dengan modul 210mm Vertex

Trina Solar Co., Ltd
2022-01-31 08:14 172

CHANGZHOU, China, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 26 Januari, Trina Solar mengeluarkan Kertas Putih penilaian CAPEX dan LCOE termasuk Fraunhofer ISE, DNV, Black&Veatch, Enertis Applus+ dan UL, lima organisasi berwibawa global untuk modul siri Vertex. Kajian pengiraan ini meliputi 6 negara dan membentuk 84 set data perbandingan yang menunjukkan secara intuitif dan komprehensif kelebihan nilai sistem modul siri Vertex.

 (Klik untuk muat turun Kertas Putih, untuk maklumat lanjut sila hubungi vertexvalue@trinasolar.com)

Mempercepatkan pencapaian matlamat dwi-karbon 

Ketika ini, dunia komited terhadap keneutralan karbon dan membina sistem kuasa baharu dengan tenaga baharu sebagai badan utama juga merupakan hala tuju transformasi tenaga negara kami. Setakat yang berkenaan dengan bidang PV, hanya LCOE yang lebih rendah dapat mempercepatkan penggantian tenaga fosil seperti arang batu dan minyak mentah serta menggalakkan pencapaian matlamat "dwi-karbon".


Kertas Putih yang terkini ini bermula dengan menjelaskan prinsip nilai sistem dan pelbagai cara untuk mengurangkan kos tenaga teraras (LCOE). Ia menyenaraikan pengiraan dan kajian oleh Fraunhofer ISE, DNV, BLACK&VEATCH, Enertis Applus+ dan UL yang dijalankan di Jerman, Sepanyol, Brazil, Amerika Syarikat, Australia dan UAE, meliputi modul PV untuk empat saiz yang berbeza: 210mm, 182mm, 166mm dan 158mm. Kajian menunjukkan bahawa impak menggunakan modul yang berbeza ke atas nilai seluruh dunia didasarkan terutamanya kepada perbezaan antara dua penunjuk, kos imbangan sistem (BOS) dan LCOE.

LCOE Modul 210mm Vertex Canggih dikurangkan sehingga 4.1%

"Kertas Putih" tersebut menunjukkan bahawa daripada formula pengiraan LCOE, nilainya berkadaran dengan semua kos dalam seluruh kitaran hayat seperti CAPEX, OPEX dan sebagainya serta berkadaran songsang kepada penjanaan kuasa dalam seluruh kitaran hayat. Membandingkan hasil penyelidikan daripada pelbagai agensi pengukuran, dapat dilihat bahawa di bawah keadaan yang sama, penjanaan kuasa dalam seluruh kitaran hayat projek akan berbeza untuk penyelesaian komponen (jenis-P) yang berbeza, namun perbezaannya terhad dan impak daripada CAPEX ke atas LCOE projek ini adalah lebih signifikan. Iaitu, apabila perbezaan dalam penjanaan kuasa adalah terhad, CAPEX lebih rendah bermaksud LCOE lebih rendah.

Keputusan perbandingan agensi-agens pengurusan yang disebut di atas di wilayah berbeza serta jenis projek yang berbeza menunjukkan bahawa modul 210 Vertex yang dibawakan oleh Trina Solar memiliki kelebihan signifikan dari segi kos sistem elektrik, kos pengangkutan dan kos pemasangan penjejak berbanding dengan modul-modul 182mm dan 166mm. Berbanding dengan modul rujukan 182-540W, modul siri 670W Vertex Trina Solar dapat mengurangkan LCOE yang sepadan sebanyak 4.1%.

Modul siri 210 Vertex Trina Solar telah mengambil kira impak kos sistem daripada permulaan reka bentuk dan menginovasi konsep reka bentuk iaitu voltan rendah dan kuasa tinggi yang dapat meningkatkan kuasa rentetan sehingga 41%, lalu membawakan nilai sistem yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Kos tenaga elektrik telah menjadi pilihan terbaik untuk loji PV berskala besar dan ia juga membawa nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan.

Alat pemadanan pintar 3.0 beroperasi  

Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, sebelum ini Trina Solar melancarkan pangkalan data untuk pemadanan pintar untuk reka bentuk projek PV versi 2.0 termasuk 22 penyongsang rentetan daripada 238 produk, 14 pengeluar penjejak arus perdana, lebih 30 produk penjejak. Alat ini telah dinaik taraf kepada versi 3.0 dengan data yang lebih beraneka, bagi membolehkan pelanggan mengenal pasti data BOS dan LCOE serta perbezaan pelbagai modul di bawah keadaan projek yang konkrit melalui carian pintar. (laman sesawang: pvd.trinasolar.com)

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Survey, Polls & Research