omniture

CGTN: Penggubal undang-undang dari lebih 20 negara harapkan kejayaan Beijing 2022 di Forum CMG

CGTN
2022-01-31 08:31 130

BEIJING, 31 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 30 penggubal undang-undang dari lebih 20 negara di seluruh dunia menyatakan harapan mereka untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dan menyuarakan bantahan terhadap pempolitikan Sukan ini.

A special program of CGTN dedicated to Beijing 2022. /CMG
A special program of CGTN dedicated to Beijing 2022. /CMG

Penggubal undang-undang membuat kenyataan tersebut di sebuah program khas CGTN yang didedikasikan untuk Beijing 2022 yang disiarkan pada hari Sabtu.

Program berkenaan, bertema "Keindahan Sukan Olimpik Musim Sejuk: Perayaan Semangat Insan," merupakan sebahagian daripada Forum China Media Group (CMG).

Penggubal undang-undang memberi pujian tinggi terhadap usaha China untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang "ringkas, selamat dan hebat" biarpun berhadapan dengan cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik COVID-19 dan mengharapkan kejayaan Sukan ini.

Presiden CMG Shen Haixiong mengalu-alukan penggubal undang-undang untuk mengambil bahagian dalam program ini. Beliau berkata pembangunan yang aman dan takdir yang dikongsi bersama merupakan elemen-elemen penting dalam pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia – visi yang diperjuangkan oleh Presiden Cina Xi Jinping – dan juga ideal bagi pergerakan Olimpik.

"Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing merangkumkan keinginan umat manusia terhadap keamanan dan kecemerlangan," kata Shen. "Ia lebih penting berbanding sebelum ini untuk kami berkumpul 'Bersama-sama'," tegas beliau.

Gong Taparanci, bekas timbalan perdana menteri Thailand, menyatakan keyakinan bahawa Sukan ini akan mencapai kejayaan yang hebat. Walaupun kekurangan ais dan salji di Thailand, negara berkenaan telah mengambil keputusan untuk menghantar delegasi untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ini, kata beliau.

Wang Yanxia, ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC) dan timbalan menteri Jabatan Sukan bagi Jawatankuasa Penganjur Beijing untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, berkata persiapan yang lancar untuk acara ini sangat terhutang budi kepada minat rakyat Cina terhadap sukan musim sejuk, sokongan daripada kerajaan Cina dan bantuan yang ditawarkan oleh pakar dan juruteknik dari pelbagai negara.

Filatova Irina Anatolyevna, ahli Russian State Duma, berkata China dan Russia berjiran mesra. Kepentingan kepercayaan bersama mereka telah ditunjukkan melalui sukan, tambah beliau.

Sainkhuu Ganbaatar, ahli parlimen Mongolia, berkata Sukan Olimpik tidak seharusnya dihalang oleh COVID-19 atau isu politik. Pihak penganjur Sukan Olimpik ini telah membuat persiapan yang teratur untuk acara ini dalam keadaan yang "hampir mustahil", mendapat penghormatan dan sokongan daripada dunia, kata beliau.

Mushahid Hussain Sayed, pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Senat Pakistan, berkata Pakistan dan negara-negara Asia yang lain menentang dengan tegas boikot ke atas Beijing 2022 dalam sebarang bentuk dan percubaan untuk mencetuskan konfrontasi dan perpecahan. Semangat Sukan Olimpik menyeru kepada persahabatan dan kerjasama, kata beliau.

Penggubal undang-undang dari negara-negara seperti Jerman, Itali, Kanada, Turki, Brazil, Sepanyol, New Zealand, Jepun dan Afrika Selatan turut menyatakan harapan mereka untuk Sukan Olimpik ini.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan berlangsung mulai 4 hingga 20 Februari, diikuti oleh Sukan Paralimpik Musim Sejuk mulai 4 hingga 13 Mac.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-29/Lawmakers-from-over-20-countries-wish-Beijing-2022-success-17deP4lCmhG/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television