omniture

100 MERCU TANDA SELURUH DUNIA DITERANGI SEBAGAI PERPADUAN TINGKATKAN KESEDARAN UNTUK HAPUSKAN PENYAKIT TROPIKA TERABAI SEMPENA HARI NTD SEDUNIA 2022

World NTD Day
2022-02-02 12:02 202

ABU DHABI, UAE2 Februari 2022  /PRNewswire/ -- 100 mercu tanda di 32 negara diterangi sebagai perpaduan bagi menandakan Hari NTD Sedunia tahunan kali ketiga pada 30 Januari 2022 termasuk The Bell Tower di Perth, Menara Tokyo, Tembok Besar China, Stesen Kereta api New Delhi, Jambatan Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Expo 2020 Dubai, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kenyatta, The Rome Colosseum, Jet d' Eau, Air Terjun Niagara, CN Tower, Jimmy Carter Presidential Library dan Christ the Redeemer.

Tumpuan khas diberikan kepada mercu tanda yang terkenal di negara-negara endemik termasuk Bangladesh, Brazil, Burundi, Republik Demokratik Congo, Etiopia, Ghana, India, Kenya, Liberia, Mexico, Niger, Nigeria, Filipina, Rwanda, Sudan Selatan dan Sudan. Pada asalnya diumumkan di Abu Dhabi pada tahun 2019, 100 yang 'diterangi' ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai penyakit tropika terabai (NTD), memandangkan Hari NTD Sedunia menyokong matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menghapuskan sekurang-kurangnya satu NTD dari 100 negara endemik menjelang tahun 2030.

Expo 2020 Dubai Al Wasl Plaza - Credit_Chris Pike
Expo 2020 Dubai Al Wasl Plaza - Credit_Chris Pike

 

Rome Colosseum - Credit_Alessio Rubicondi
Rome Colosseum - Credit_Alessio Rubicondi

 

Canada Niagara Falls - Credit_Lucas Claxton - GiantShoeCreative
Canada Niagara Falls - Credit_Lucas Claxton - GiantShoeCreative

 

Philippines SM MALL OF ASIA GLOBE_Credit - Erwin Barleta
Philippines SM MALL OF ASIA GLOBE_Credit - Erwin Barleta

 

Great Wall of China, Simatai - Credit_WTown
Great Wall of China, Simatai - Credit_WTown

 

UAE Emirates Palace - Credit_Jonathan Gibbons
UAE Emirates Palace - Credit_Jonathan Gibbons

 

The Helmsley Building in New York
The Helmsley Building in New York

 

Rwanda Kigali Convention Centre - Credit_Andre Rugema
Rwanda Kigali Convention Centre - Credit_Andre Rugema

 

UNESCO World Heritage Kinderdijk Mills - Credit_Sylvia
UNESCO World Heritage Kinderdijk Mills - Credit_Sylvia

 

Kenya Kenyatta International Convention Centre - Credit_Lameck Ododo
Kenya Kenyatta International Convention Centre - Credit_Lameck Ododo

 

Canada CN Tower - Credit_Jonathan Gazze
Canada CN Tower - Credit_Jonathan Gazze

 

Christ the Redeemer in Brazil - Credit_Roberto Antunes
Christ the Redeemer in Brazil - Credit_Roberto Antunes

 

Leaning Tower of Pisa - Credit_Vanessa Salvati
Leaning Tower of Pisa - Credit_Vanessa Salvati

 

New Delhi Railway Station in India
New Delhi Railway Station in India

 

Tokyo Tower - Credit_Yoshiaki Miura
Tokyo Tower - Credit_Yoshiaki Miura

Hari NTD Sedunia ialah satu pergerakan global yang bertujuan untuk mendorong komuniti kesihatan global dan melibatkan orang awam dalam usaha mendesak bagi menghapuskan NTD. Tahun ini, Uniting to Combat NTDs memanfaatkan Hari NTD Sedunia untuk melancarkan pergerakan 100% Committed yang wujud untuk mula mendapatkan komitmen politik dan kewangan bagi menyokong Deklarasi Kigali terhadap NTD.

Thoko Pooley, Pengarah Eksekutif Uniting to Combat NTDs, berkata: "Hari ini, bagi meneruskan kejayaan Deklarasi London terhadap NTD dan melihatkan landskap global yang berubah-ubah, kami memanfaatkan Hari NTD Sedunia 2022 sebagai pemangkin untuk bertindak. Kami melancarkan kempen 100% Committed, satu pergerakan global untuk menjamin sumber yang dipertingkat bagi penyakit tropika terabai dan paling penting untuk memudahkan kepimpinan politik dan pemilikan program NTD dari negara-negara yang terjejas, melalui pengesahan dan penandatanganan di sebalik Deklarasi Kigali terhadap NTD yang baharu."

Melalui usaha diplomatik yang diterajui oleh UAE untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi untuk Hari NTD Sedunia bersama beberapa Negara Anggota WHO, Hari NTD Sedunia diiktiraf secara rasmi oleh WHO pada Mei 2021. Crown Prince Court of Abu Dhabi terus memainkan peranan penting dalam membina kerjasama dan menyokong Hari NTD Sedunia melalui Reaching the Last Mile Initiative (RLM), portfolio bagi program kesihatan global yang memfokuskan untuk mempercepatkan kemajuan ke arah penghapusan penyakit yang didorong oleh komitmen peribadi Yang Maha Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed, Putera Mahkota Abu Dhabi.

Nassar Al Mubarak, Pengarah Kanan di Crown Prince Court of Abu Dhabi, berkata: "Hari NTD Sedunia membawakan pemangkin yang penting untuk menterjemahkan kesedaran kepada tindakan – ia bukan sahaja penting untuk orang awam mengetahui lebih banyak mengenai penyakit ini, tetapi juga untuk penderma, negara endemik serta pemegang kepentingan yang lain untuk bekerjasama bagi menghapuskan NTD di negara-negara terjejas. Sepanjang beberapa dekad yang lalu, kemajuan luar biasa telah tercapai ke arah menghapuskan NTD; walau bagaimanapun, satu dalam lima orang dalam komuniti paling rentan di seluruh dunia masih terkesan dengan penyakit yang boleh dicegah dan dirawat ini. Kami berasa amat gembira melihat Hari NTD Sedunia dapat menyediakan platform untuk meningkatkan kesedaran melalui kempen serta usaha 100% Committed baharu seperti pengaktifan pencahayaan. Kami berharap agar pergerakan ini terus mendapat daya tarikan dan mencetuskan perkongsian serta komitmen baharu untuk menghapuskan NTD selama-lamanya."

NTD ialah sekumpulan penyakit berjangkit yang boleh dicegah dan dirawat, namun terus menjangkiti lebih daripada 1.7 bilion orang di seluruh dunia, termasuk 1 bilion orang kanak-kanak. Terdapat 20 penyakit yang boleh mengakibatkan penderitaan yang teruk sekali – ia melemahkan, mencacatkan dan boleh membawa maut. NTD mewujudkan kitaran kemiskinan dan menelan belanja negara sebanyak berbilion-bilion dolar setiap tahun.

https://worldntdday.org/

Source: World NTD Day
Keywords: Construction/Building Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service New products/services Not for profit Future Events