omniture

Festival Musim Bunga Berbilang Bahasa CGTN 'Super Night' khas temui penonton global

CGTN
2022-02-03 02:23 138

BEIJING, 3 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Bagi menyambut Tahun Harimau, CGTN menganjurkan Festival Musim Bunga pertama seumpamanya "Super Night" khas pada malam Tahun Baharu Lunar. "Super Night" yang dibarisi oleh bintang-bintang terkenal ini bermula pada jam 7:30 malam, Waktu Beijing pada 31 Januari dan berlangsung selama lima jam, mempersembahkan program-program yang hebat kepada penonton dari serata dunia.

Pengacara daripada saluran bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Arab dan bahasa Rusia CGTN menyampaikan ucapan festival dalam lima bahasa.

Duta-duta ke China daripada Rusia, Kyrgyzstan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Peru, Ecuador, Argentina dan negara-negara lain menyampaikan ucapan Tahun Baharu Lunar melalui video, sementara wartawan dan individu berpengaruh menyampaikan ucapan dari Singapura, New York, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (SAR) dan tempat-tempat lain di seluruh dunia.

Beijing, Chongqing, Wuhan dan Qingdao merupakan empat bandar Cina yang menerangi langit malam dengan pertunjukan cahaya yang indah. Mercu tanda bandar-bandar ini dihiasi dengan logo CGTN dan perkataan "Bersama-sama demi Masa Depan Dikongsi Bersama", moto rasmi bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Ekstravaganza selama lima jam ini menggunakan teknologi canggih termasuk realiti lanjutan (XR) yang memberikan pengalaman yang lebih imersif kepada penonton dan membantu menerobos batasan masa dan ruang di atas pentas. Bahagian aeroangkasa festival khas ini meninjau pencapaian aeroangkasa China, memaparkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan seperti kali pertama angkasawan Cina menggunakan peralatan teleoperasi secara manual di orbit.

Pengacara memperkenalkan beberapa adat dan tradisi Cina termasuk Opera Peking, pakaian tradisional Hanfu, masakan Cina dan gaya tarian yang berbeza. Pengalaman audio-visual yang hebat disediakan di pelbagai platform media sosial, termasuk laman sesawang rasmi Facebook, YouTube dan Twitter CGTN.

Festival Musim Bunga, turut dikenali sebagai Tahun Baharu Lunar merupakan festival yang paling penting dan disambut secara meluas di China dan negara-negara Asia Timur yang lain. Ini bukan sahaja masa untuk perjumpaan keluarga, melawat saudara-mara dan rakan taulan, tetapi juga untuk bertukar-tukar ucapan dan harapan yang baik untuk tahun baharu. Berdasarkan kepada budaya Cina, setiap tahun lunar di China bertepatan dengan salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina; dan tahun akan datang merupakan Tahun Harimau.

Saksikan liputan khas CGTN: Super Night 2022

https://news.cgtn.com/news/2022-01-31/CGTN-s-Super-Night-is-on-air--17h3f5OO0QU/index.html 

Festival Musim Bunga Berbilang Bahasa CGTN 'Super Night' khas temui penonton global
Festival Musim Bunga Berbilang Bahasa CGTN 'Super Night' khas temui penonton global

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television New products/services