HONG KONG, 3 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- MEGA SHOW BAHAGIAN 1 merupakan acara penyumberan paling penting di Hong Kong pada bulan ini dengan lebih 4784 gerai pembekal Asia sedia eksport yang akan mempamerkan yang terbaik dan terkini bagi cenderamata, peralatan rumah, alat permainan, premium, alat tulis, barang kaca terkini, pembalut hadiah dan pembungkusan serta produk pesta kepada penonton yang dijangka hadir melebihi 46,000 pembeli. MEGA SHOW BAHAGIAN 1 dibuka dari Ahad 20 hingga Rabu 23 OKTOBER dan acara perdagangan sahaja itu akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong pusat bandar, 1 Expo Drive, Wanchai, Hong Kong.
MEGA SHOW BAHAGIAN 1 akan mempamerkan 7 sektor produk utama, CENDERAMATA DAN PREMIUM, PERKAKASAN RUMAH DAN DEKOR RUMAH, KRISMAS, PESTA DAN BERMUSIM, ALAT PERMAINAN DAN PERMAINAN serta BAYI DAN ANAK, PEMBALUT HADIAH DAN PEMBUNGKUSAN, BARANG KACA TERKINI dan TUMPUAN ASIA DAN ANTARABANGSA bagi memperlihatkan pelbagai pilihan HADIAH DAN PERKAKASAN RUMAH.
GO GREEN yang akan memberi tumpuan istimewa terhadap produk mesra alam ialah acara kemuncaknya dan telah meningkat kepada lebih 500 syarikat atas permintaan pengguna.
Sebelas pavilion kumpulan turut menyertai acara ini dari TANAH BESAR CHINA, INDIA, INDONESIA, JEPUN, MALAYSIA, KOREA SELATAN, TAIWAN, THAILAND, FILIPINA, UNITED KINGDOM dan VIETNAM.
Produk dari 37 negara akan dipamerkan dari AUSTRALIA, AUSTRIA, BANGLADESH, BELGIUM, KEMBOJA, KANADA, TANAH BESAR CHINA, REPUBLIK CZECH, MESIR, PERANCIS, JERMAN, GUATEMALA, HONG KONG, INDIA, INDONESIA, IRELAND, ISRAEL, ITALI, JEPUN, LATVIA, MACAU, MALAYSIA, MEXICO, PAKISTAN, POLAND, SINGAPURA, KOREA SELATAN, SEPANYOL, TAIWAN, THAILAND, BELANDA, FILIPINA, TURKI, EMIRIYAH ARAB BERSATU, U.K., A.S. dan VIETNAM. Lebih 1150 syarikat merupakan pempamer baharu pada musim ini.
Sebagai maklum balas terhadap permintaan pelanggan, semakin banyak pengeluar yang diteraju reka bentuk dan bertapak pada peringkat antarabangsa kini menyertai MEGA SHOW untuk memasarkan rangkaian produk mereka di peringkat global serta mengambil kesempatan daripada acara itu untuk mengembangkan tapak pelanggan mereka dalam ekonomi yang kian meningkat di Asia. Sejak tahun 2014, penyertaan syarikat Eropah dan Amerika dijangka akan terus meningkat.
Dengan sejarah 22 tahun, MEGA SHOW BAHAGIAN 1 merupakan platform bagi membeli dan menjual yang telah mantap dan dianggap sebagai pameran perdagangan yang penting dalam litar penyumberan China Selatan yang penting dengan pilihan yang paling komprehensif bagi produk dengan harga yang berpatutan, direka dan dihasilkan di Asia dan dijual di seluruh dunia.
Nota kepada para editor:
MEGA EXPO (HONG KONG) LIMITED
23/F, Exchange Tower, No.33 Wang Chiu Road,
Kowloon Bay, Kowloon, Hong Kong
Tel: (852) 3588 9688
Faks: (852) 3588 9668
E-mel cs@mega-expo.com
PERTANYAAN MEDIA
En. Ben Wong
E-mel: ben.wong@mega-expo.com