omniture

CGTN: China siap sedia persembahkan Sukan Olimpik Musik Sejuk diperkemas, selamat, hebat

CGTN
2022-02-04 21:18 304

BEIJING, 4 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan membuka tirai pada hari Jumaat, dengan beribu-ribu atlet dari seluruh dunia menyertai acara sukan mega ini di ibu negara Cina.

Presiden Cina Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian Sukan ini di Stadium Negara di Beijing bersama pemimpin-pemimpin dunia dari berpuluh-puluh negara termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin serta ketua-ketua organisasi antarabangsa seperti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres.

"Dunia mengalihkan tumpuannya kepada China dan China bersiap sedia," kata Xi semasa berucap di majlis perasmian sesi ke-139 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melalui pautan video pada hari Khamis.

Presiden Cina memberitahu Presiden IOC Thomas Bach dan anggota-anggota IOC yang lain bahawa China akan melakukan yang terbaik untuk mempersembahkan Sukan yang diperkemas, selamat dan hebat kepada dunia dan bertindak menurut moto Olimpik iaitu "Lebih Pantas, Lebih Tinggi, Lebih Kuat - Bersama-sama."

Xi turut berterima kasih kepada pihak jawatankuasa atas sumbangan jangka panjangnya terhadap sukan China secara keseluruhan serta sokongan dan bimbingannya dalam membida dan membuat persiapan untuk Sukan ini.

Daripada 'Satu Dunia, Satu Impian' menjadi 'Bersama-sama demi Masa Depan Dikongsi Bersama' 

"Bermula daripada 'Satu Dunia, Satu Impian' pada tahun 2008 kepada 'Bersama-sama demi Masa Depan Dikongsi Bersama' pada tahun 2022," Xi berkata China mengambil bahagian secara aktif dalam Sukan Olimpik dan menggalakkan Semangat Olimpik secara tekal.

Beijing merupakan bandar pertama di dunia yang menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.

Empat belas tahun yang lalu, menerusi moto "Satu Dunia, Satu Impian," Sukan Olimpik Beijing 2008 menunjukkan kepada dunia sejauh mana China yang terbuka mendepani dunia dan bagaimana dunia yang pelbagai menyambut China.

Xi berkata dalam ucapan tersebut bahawa dunia sedang mengalami perubahan besar yang belum pernah dilihat dalam seabad: pandemik COVID-19, suatu tempoh pergolakan dan transformasi baharu serta pelbagai cabaran terhadap umat manusia.

Buat julung kalinya sepanjang lebih 100 tahun, moto Olimpik dikemas kini pada tahun lalu, menambah salah satu perkataan yang paling penting sejak pandemik – "bersama-sama."

Bach, dalam pesanan sempena Tahun Baharu beliau yang diterbitkan di laman sesawang IOC, berkata Beijing 2022 akan menjadi satu peluang untuk "menghidupkan moto Olimpik baharu kami" agar menjadi lebih kuat dengan bersatu dalam solidariti.

Dengan menjadikan "Bersama-sama demi Masa Depan Dikongsi Bersama" sebagai slogan, China menyampaikan pesanan mengenai solidariti, menyeru umat manusia untuk tetap bersatu dalam menghadapi cabaran global termasuk pandemik COVID-19 yang sedang melanda.

Menggerakkan 300 juta orang 

China komited untuk meneruskan cita-cita Olimpik menerusi tindakan yang konkrit, kata Xi dalam ucapan beliau di sesi IOC.

Matlamat utama presiden Cina menganjurkan Sukan untuk memberi inspirasi kepada 300 juta orang untuk mengambil bahagian dalam sukan musim sejuk telahpun dipenuhi.

Xi berkata bahawa dengan membuat persiapan dan menganjurkan Sukan Musim Sejuk, China telah meningkatkan pembangunan serantaunya, pewujudan ekologi dan kualiti hidup, selain membuka ruang yang lebih luas untuk pembangunan sukan musim sejuk di serata dunia.

Lebih 346 juta orang warga Cina mengambil bahagian dalam aktiviti sukan musim sejuk sejak bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang berjaya pada tahun 2015, dengan kadar penyertaan mencecah 24.56 peratus, seperti mana data yang ditunjukkan oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS).

Menjelang awal tahun 2021, negara ini mempunyai 654 gelanggang ais standard, lonjakan sebanyak 317 peratus dari tahun 2015 dan jumlah pusat peranginan ski meningkat daripada 568 pada tahun 2015 kepada 803 ketika ini.

Satu laporan kajian mengenai industri ais dan salji China pada tahun 2021 menunjukkan skala industri Cina meningkat daripada $42 bilion pada tahun 2015 kepada $93 bilion pada tahun 2020.

Menurut rancangan pembangunan China untuk sukan ais dan salji dari tahun 2016 hingga 2025, skala keseluruhan industri ini akan mencecah 1 trilion yuan ($157.2 bilion) menjelang tahun 2025.

Usaha China ini akan dapat "membuka era baharu untuk sukan musim sejuk secara global," kata Bach

https://news.cgtn.com/news/2022-02-03/Xi-addresses-139th-IOC-session-opening-ceremony-via-video-17lmXTxdZza/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Television Advocacy Group Opinion