omniture

CGTN: Putin percaya Beijing akan anjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan standard tertinggi

CGTN
2022-02-04 22:59 327

BEIJING, 4 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Bagi warga Cina, Festival Musim Bunga ini merupakan suatu peristiwa "kegembiraan berganda", menerusi penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Menambahkan lagi suasana perayaan ini ialah lawatan yang dijadualkan dan kehadiran Presiden Rusia Vladimir Putin ke majlis perasmian acara sukan besar-besaran ini.

Menjelang lawatan Putin, Presiden China Media Group (CMG) dan Ketua Sidang Pengarang Shen Haixiong menemu bual presiden Rusia, mengalu-alukan beliau ke Beijing dan bertanya kepada beliau mengenai sukan dan hubungan bersama China.

Ini bukan kali pertama untuk Putin menerima temu bual daripada Shen. Empat tahun lalu, mereka meluangkan masa untuk satu temu bual eksklusif di Kremlin, Moscow yang merupakan temu bual pertama yang diberikan oleh presiden Rusia kepada media Cina di Kremlin.

Harapan Putin untuk Beijing 2022

"Saya benar-benar percaya bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing akan diadakan mengikut standard tertinggi. Saya mendoakan prestasi yang cemerlang dan kejayaan buat semua atlet, peserta di Sukan Olimpik dan juga detik-detik cerah yang tidak dapat dilupakan serta kegembiraan buat para tetamu," kata Putin semasa menyatakan ucap selamat yang mesra dan harapan yang tinggi untuk gala sukan akan datang ini semasa temu bual baru-baru ini.

Putin memberitahu Shen bahawa beliau percaya persiapan yang sangat baik yang dibuat oleh pihak penganjur untuk Sukan Olimpik akan membantu para atlet Sukan Olimpik menunjukkan watak kesukanan mereka dan menonjolkan kemahiran dan keupayaan mereka bagi mencapai matlamat mereka dalam pertandingan yang adil dan tanpa kompromi.

Beliau juga berkata bahawa Rusia telah dan kekal komited terhadap nilai-nilai Sukan Olimpik tradisional. "Rusia menentang percubaan untuk mempolitikkan sukan atau menggunakannya sebagai alat paksaan, pertandingan yang tidak adil dan diskriminasi."

Hampir 3,000 atlet dari kira-kira 90 negara dan wilayah akan bersaing di Beijing 2022 yang menampilkan lebih banyak acara dan akan menghasilkan lebih banyak pingat emas berbanding mana-mana Sukan Musim Sejuk terdahulu.

Pertukaran sukan Cina-Rusia 

Berhubung interaksi antara Rusia dan China dalam sukan serta pendidikan jasmani pula, Putin berkata ia mempunyai bahagian yang penting dalam kerjasama kemanusiaan dua hala.

Selain daripada kerjasama dalam hoki junior, Putin memetik kerjasama Rusia dan Cina dalam sukan serta pendidikan jasmani pada tahun 2022-2023 yang diumumkan oleh dua pemimpin ini pada bulan Disember 2021, berkata bahawa ia akan menjadi acara yang penting dan tidak dapat dilupakan untuk kedua-dua negara ini.

Menurut Putin, program berkenaan melibatkan kira-kira 500 acara sukan popular dan belia yang pelbagai serta aktiviti pendidikan, sains sukan dan latihan kakitangan.

Membina hubungan dua hala atas dasar persamaan, bukan ideologi 

Shen menyatakan bahawa China dan Rusia melihat antara satu sama lain sebagai negara-negara yang mesra dari mula lagi, kemudian maju menjadi perkongsian membina, perkongsian strategik, perkongsian komprehensif dan interaksi strategik. Pada Jun 2019, hubungan ini dinaik taraf menjadi perkongsian penyelarasan strategik yang komprehensif untuk era baharu. Pada bulan Jun yang lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan Perjanjian Kejiranan yang Baik dan Kerjasama Mesra (Treaty of Good-Neighborliness and Friendly Cooperation) selama lima tahun lagi.

Hubungan antara Rusia dan China membangun dasar persamaan, bukan ideologi, tegas Putin, menambah bahawa "perkongsian ini bersifat berterusan, bernilai secara intrinsik, tidak dipengaruhi oleh iklim politik dan tidak ditujukan kepada sesiapa."

China kekal mengungguli dengan kukuh senarai rakan dagangan Rusia, kata presiden tersebut, memetik data awal bahawa perdagangan dua hala telah mencapai paras tinggi yang bersejarah, berjumlah $140 bilion pada tahun lalu semasa berlakunya pandemik.

Mesyuarat kedua-dua pemimpin ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerjasama dua hala, kata Putin.

Hampir tiga tahun selepas lawatan terakhir Putin ke China, perjalanan yang akan datang ini bakal menyaksikan mesyuarat ke-38 antara Presiden Cina Xi Jinping dan presiden Rusia sejak tahun 2013.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-03/Putin-believes-Beijing-to-host-Winter-Olympics-of-highest-standards-17lnQsbhtCM/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Television Advocacy Group Opinion Future Events