omniture

CGTN: China, Rusia berjanji tukarkan saling mempercayai menjadi kerjasama dalam pelbagai bidang

CGTN
2022-02-07 08:21 104

BEIJING, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- China menyambut Tahun Baharu Cina dan menjadi tumpuan global ketika ia menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk sementara hubunga China-Rusia juga menjadi tumpuan tatkala Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan lawatan ke Beijing pada hari Jumaat.

Hampir tiga tahun selepas lawatan terakhir Putin ke China, perjalanan ini membawakan mesyuarat ke-38 antara Presiden Cina Xi Jinping dan presiden Rusia sejak tahun 2013.

Semasa mesyuarat berkenaan, kedua-dua ketua negara ini berjanji untuk menukarkan saling mempercayai antara kedua-dua negara menjadi kerjasama dalam semua bidang.

Komunikasi erat dikekalkan 

Mengambil maklum mengenai kehadiran beliau di majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi menerusi jemputan daripada Putin, Xi berkata bahawa mereka berjanji untuk bertemu lagi di Beijing lapan tahun kemudian.

"Lawatan anda kali ini memenuhi janji yang kami buat," kata beliau, menambah bahawa beliau berharap agar mesyuarat pada permulaan musim bunga ini akan menyuntik lebih tenaga ke dalam hubungan China-Rusia.

"Lichun," istilah pertama daripada 24 istilah solar dalam kalendar lunar Cina, jatuh pada 4 Februari tahun ini dan ia dianggap sebagai permulaan musim bunga.

Putin berkata pertukaran lawatan di Sukan Olimpik ini merupakan lambang dan tradisi yang baik dalam hubungan yang erat antara ketua-ketua negara bagi kedua-dua negara ini.

"Pandemik COVID-19 tidak menghentikan saya daripada mengekalkan pertukaran yang erat bersama Presiden Xi dalam pelbagai cara," kata beliau.

Selepas rundingan tersebut, Xi menganjurkan jamuan untuk Putin dan kedua-dua pemimpin ini menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Menggalakkan kerjasama praktikal secara menyeluruh 

China dan Rusia akan mengukuhkan perkongsian strategik mereka dalam bidang tenaga, terus memajukan projek-projek kerjasama minyak dan gas utama serta memajukan kerjasama dalam inovasi saintifik dan teknologi dalam bidang-bidang perintis seperti kecerdasan buatan, Internet Pelbagai Benda dan projek Stesen Kajian Lunar Antarabangsa, menurut Xi.

Presiden Cina turut menekankan mengenai dorongan kerjasama dua hala dalam barangan dan perkhidmatan, pertanian, perdagangan hijau, ubat-ubatan dan kesihatan serta ekonomi digital.

Rusia bersedia untuk mengeratkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tenaga, sains dan teknologi, kewangan dan pengangkutan, kata Putin.

Sementara itu, kedua-dua pemimpin ini bersetuju untuk bersama-sama Tahun Pertukaran Sukan antara China dan Rusia.

Kedua-dua negara ini turut menandatangani beberapa dokumen kerjasama dalam bidang-bidang penting.

Mengukuhkan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa 

Xi menegaskan komitmen China dan Rusia untuk memperdalam penyelarasan strategik secara berturutan dalam menghadapi perubahan yang mendalam dan rumit dalam situasi antarabangsa dan menekankan kepentingan untuk mengukuhkan penyelarasan bersama Rusia dalam kerangka Organisasi Kerjasama Shanghai dan BRICS.

Mengambil maklum mengenai kenyataan bersama berhubung hubungan antarabangsa dalam era baharu dan pembangunan mampan global yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut, Putin berkata bahawa ia mencerminkan kedudukan Rusia dan China yang amat konsisten mengenai isu-isu antarabangsa yang utama.

Rusia bersedia untuk mengukuhkan lagi komunikasi dan penyelarasan strategik bersama China, saling memberi sokongan padu antara satu sama lain dalam menjaga kedaulatan dan integriti wilayah serta mendukung dengan teguh peranan penyelarasan pusat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-02-04/Chinese-Russian-presidents-meet-in-Beijing-17nr7lbqo0w/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service