omniture

Platform L.E.M.O.N., Pemecut untuk Pembangunan GWM

GWM
2022-02-07 08:28 125

BAODING, China, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM mengambil bahagian dalam Ekspo Motor Antarabangsa Thailand dengan pencapaian teknikalnya di Platform L.E.M.O.N. untuk membawa pengalaman baharu kepada pengguna di serata dunia.

 

L.E.M.O.N. ialah platform teknologi yang dibangunkan sendiri oleh GWM dari perspektif global, menampilkan ciri kefleksibelan, prestasi tinggi, keselamatan tinggi dan ringan. Kesemua ciri ini membawa kelebihan baik dari segi prestasi kuasa yang tinggi mahupun penggunaan tenaga yang rendah untuk kenderaan berasaskan platform.

Platform ini menyediakan empat penyelesaian rangkaian kuasa untuk dipilih oleh pengguna termasuk Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), Hibrid, Elektrik Tulen dan Sel Bahan Bakar Hidrogen. Khususnya, hibrid elektrik-gasolinnya tersedia dalam seni bina DHT mahupun P2/P2+P4. Seni bina DHT adalah lebih sesuai untuk perjalanan ulang-alik bandar kerana perbatuan ketahanan yang lebih panjang dan penggunaan tenaga yang rendah. Sebagai contoh, HAVAL H6 HEV dengan seni bina ini mempunyai kadar penjimatan bahan api sebanyak 48-50% dengan perbatuan ketahanan elektrik tulen mencecah 200 km.

Ringan juga merupakan salah satu ciri yang penting pada Platform L.E.M.O.N. Selain daripada mereka bentuk badan aluminium sepenuhnya untuk mengurangkan berat kenderaan, ia juga menerima pakai penyelesaian cincin pintu sekeping dicop panas untuk mengurangkan lagi berat. HAVAL DARGO, yang mana baru-baru ini dilancarkan di luar negara, mengaplikasikan Kosongan Gulung Tersuai (Tailor Rolled Blank, TRB) yang dicipta oleh platform ini. Lebih penting lagi, kenderaan ini menggunakan keluli berkekuatan tinggi yang menyumbang lebih daripada 75% manakala kekuatan tertinggi keluli dicop panas melebihi 1900MPa yang dapat memenuhi permintaan pengguna dengan lebih baik untuk keseronokan luar jalan.

Dari segi keselamatan, Platform L.E.M.O.N. juga mempunyai keperluan yang tinggi terhadap prestasinya. Ia telah mengesahkan 18 senario penggunaan biasa oleh pengguna global seperti pengguna Jerman yang memandu di lebuh raya tanpa had laju dan pengguna Timur Tengah yang memandu dalam persekitaran yang luar biasa panas. Ia juga mematuhi dengan ketat penilaian keselamatan lima-bintang NCAP dan penilaian tertinggi IIHS di Amerika Utara semasa setiap proses pengesahan. Sebagai contoh, HAVAL JOLION dilengkapi dengan prestasi keselamatan yang tinggi pada platform ini. Sistem imej panoramik 360° digunakan untuk melindungi keselamatan pemandu yang dapat menyediakan paparan berdefinisi tinggi tanpa kawasan terlindung kepada pengguna, membantu mereka memerhatikan keadaan jalan raya di kawasan sekitar dan memastikan keselamatan pemanduan yang menyeluruh.

Ketika ini, model-model yang dibangunkan di Platform L.E.M.O.N., seperti 3rd Gen HAVAL H6, HAVAL DARGO, HAVAL JOLION dan ORA GOODCAT, telahpun dilancarkan secara global.

Sebagai salah satu platform yang utama dalam industri automotif, Platform L.E.M.O.N. memberi kuasa kepada produk dan secara beransur-ansur menjadi pemecut untuk pembangunan global GWM. Presiden Bergilir GWM Mu Feng berkata bahawa Platform L.E.M.O.N. merupakan daya saing teras GWM dalam dekad seterusnya dan juga sokongan yang padu untuk GWM bagi menghadapi persaingan global

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation