omniture

'Sunhak Peace Prize 2022 Fokuskan kepada Kesaksamaan Vaksin'

- "Profesor Dame Sarah Catherine Gilbert (Pembangun Vaksin AstraZeneca) dan Gavi, the Vaccine Alliance Dipilih sebagai Pemenang"
The Sunhak Peace Prize Committee
2022-02-07 18:00 209

SEOUL, Korea Selatan, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 7 Februari 2022, Jawatankuasa Sunhak Peace Prize (Pengerusi Jose Manuel Barroso, bekas Presiden Suruhanjaya Eropah) mengumumkan pemenang-pemenang Sunhak Peace Prize 2022 iaitu Dame Sarah Catherine Gilbert (berumur 59), Profesor Vaksinologi di University of Oxford dan Gavi, the Vaccine Alliance.

Sarah Gilbert
Sarah Gilbert

 

Gavi
Gavi

Profesor Sarah Gilbert diberi pengiktirafan atas peranan penting yang dimainkan oleh beliau bagi melindungi berbilion-bilion nyawa di negara-negara kurang maju dengan membangunkan secara bersama vaksin coronavirus Oxford-AstraZeneca yang lebih mudah dan lebih murah untuk disimpan dan diangkut. Gavi, the Vaccine Alliance diiktiraf atas sumbangannya menyelaraskan COVAX Facility, bertujuan untuk memberi akses yang adil dan saksama kepada vaksin Covid-19 di seluruh dunia.

Pengerusi Jose Manuel Barroso menyatakan: "Inovasi saintifik, solidariti antarabangsa dan kerjasama pelbagai hala diperlukan untuk memerangi pandemik Covid-19 yang membahayakan nyawa semua orang. Kesihatan bukan sekadar soal sains atau perubatan, tetapi soal hak asasi manusia; justeru itu, hak asasi manusialah yang disumbangkan untuk dipromosikan oleh kedua-dua pemenang ini."

Profesor Sarah Gilbert melihat pandemik Covid-19 sebagai ancaman kepada umat manusia dan vaksin pula sebagai kebaikan awam global. Beliau berpendirian teguh bahawa vaksin yang dibangunkan oleh beliau bukan untuk keuntungan, yang telah dihantar ke 182 negara.

Gavi, the Vaccine Alliance ialah mekanisme kerjasama antarabangsa terbesar yang menyumbang untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan umat manusia dengan menyediakan vaksinasi di negara-negara sedang membangun. Susulan wabak coronavirus, ia menyelaraskan COVAX Facility, satu kolaborasi global untuk menyokong pembuatan vaksin Covid-19 dan merundingkan harga mereka untuk akses yang saksama. Lebih satu bilion dos telah diagihkan di 144 negara melalui usaha ini.

Di samping itu, Gavi menyokong imunisasi lebih daripada 820 juta orang kanak-kanak, mencapai hampir separuh daripada semua kanak-kanak di seluruh dunia, lantas mencegah lebih 14 juta kematian. Khususnya, rbilangan kanak-kanak yang mendapat imunisasi dengan vaksin DPT meningkat daripada 59% pada tahun 2000 menjadi 81% pada tahun 2020, mengurangkan kadar kematian kanak-kanak sebanyak 50%.

Pengerusi Jose Manuel Barroso menambah, "Menjadi paradoks bahawa, pandemik Covid-19 memberi kita peluang untuk mendorong perubahan yang sebenar. Kita tidak tahu bila pandemik seterusnya akan berlaku, namun Covid-19 mengajar kita bahawa solidariti dan kerjasama yang didasari umat manusia semata-mata merupakan penyelesaian untuk krisis global ini."

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Awards