omniture

CGTN: Gala Festival Musim Bunga 2022: Pesta visual untuk Tahun Harimau

CGTN
2022-02-07 21:43 126

BEIJING7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- China Media Group (CMG) mengadakan Gala Festival Musim Bunga 2022 pada malam Isnin ketika orang Cina di seluruh dunia menyambut permulaan Tahun Baharu Lunar yang turut dikenali sebagai Festival Musim Bunga.

Ia merupakan festival Cina paling penting yang menumpukan kepada perjumpaan keluarga. Selain itu, ekstravaganza televisyen selama lima jam telah menjadi bahagian simbolik perayaan ini sejak ia mula disiarkan pada tahun 1983.

Gala tahun ini menampilkan pelbagai persembahan yang bertujuan untuk menghiburkan berjuta-juta keluarga Cina yang merayakan Tahun Harimau, yang melambangkan keberanian, semangat dan kekuatan dalam budaya tradisional Cina.

Persembahan berkisarkan kepada pelbagai tema termasuk sambutan seratus tahun penubuhan Parti Komunis China (CPC), penggiatan semula luar bandar, tamadun ekologi, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, pencapaian angkasa China dan penemuan arkeologi utama.

Salah satu persembahan yang paling menggamit perhatian ialah tarian puitis yang dinamakan sebagai "Journey on a Painted Landscape" ("Perjalanan di atas Landskap yang Dilukis"). Tarian tersebut diilhamkan oleh karya agung lukisan Cina berusia 900 tahun "A Panorama of Rivers and Mountains" yang dicipta oleh pelukis Dinasti Song (960-1279) Wang Ximeng. Tarian yang elegan, berserta reka bentuk hiasan latar atmosfera, mempersembahkan daya tarikan seni dan budaya tradisional Cina.

Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, unsur-unsur Sukan ini ditonjolkan. Bing Dwen Dwen dan Shuey Rhon Rhon, maskot Sukan ini, meneroka keindahan tempat-tempat dengan lagu Waltz luncur klasik.

Sementara itu, teknologi tinggi membawakan pengalaman audiovisual ke tahap seterusnya. Skrin LED melengkung 720-darjah gergasi dipasang bagi menghubungkan pentas dengan auditorium, lalu mewujudkan ruang tiga dimensi yang sangat boleh diperluas. Realiti lanjutan, realiti imbuhan pengimbasan holografik dan teknologi persembahan 3D mata kasar 8K diguna pakai bagi mencipta pengalaman tontonan yang lebih imersif. Selain itu, buat julung kalinya, gala yang disiarkan secara langsung dengan pilihan mod tontonan menegak ini, dapat memenuhi tabiat menonton lebih ramai orang pada peranti mudah alih.

Gala ini disiarkan di pelbagai saluran televisyen, stesen radio dan platform media baharu. Kira-kira 600 outlet media asing dari lebih daripada 170 negara dan wilayah turut mengadakan siaran langsung dan laporan mengenai gala ini, menurut CMG.

https://news.cgtn.com/news/2022-01-31/2022-Spring-Festival-Gala-A-visual-feast-for-the-Year-of-Tiger-17h6VNrq3Ru/index.html

Gala Festival Musim Bunga 2022: Pesta visual untuk Tahun Harimau
Gala Festival Musim Bunga 2022: Pesta visual untuk Tahun Harimau

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Asian-related news