omniture

SatSure kumpul dana Pusingan Pra-Siri A US$ 5 juta daripada Baring PE India, ADB Ventures dan lain-lain

SatSure
2022-02-07 22:11 163

BENGALURU, India, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- SatSure, syarikat pemula yang berkhidmat di persimpangan antara teknologi angkasa, Kecerdasan Buatan (AI) dan Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS), mengumumkan pengumpulan sebanyak US$ 5 juta dalam pendanaan Pra-Siri A menerusi pusingan yang dipimpin oleh Baring Private Equity India Pvt. Ltd., yang kini disertai oleh ADB Ventures (cabang usaha niaga Asian Development Bank). Pelabur-pelabur lain yang mengambil bahagian dalam pusingan ini ialah Flowstate VC, Force Ventures, IndigoEdge Advisors, Toch.ai, Nishchay Goel dan Saikiran Krishnamurthy.

SatSure akan menggunakan hasil kutipan daripada pendanaan ini ke arah perluasan jejaknya di Asia Tenggara dan mempercepatkan pembangunan produknya, yang juga melibatkan pelancaran muatan propretarinya ke Orbit Bumi Rendah. Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh alumni Indian Institute of Space science and Technology (IIST) dan Indian Space Research Organisation (ISRO), Prateep Basu, Rashmit Singh Sukhmani berserta Abhishek Raju, SatSure memanfaatkan data satelit, penderiaan jarak jauh, Kecerdasan Buatan dan analitik data raya untuk menyediakan penyelesaian kecerdasan keputusan kepada sektor Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI). Nilai SatSure kepada segmen BFSI terletak pada perhubungan kemampanan antara pertanian, infrastruktur dan perubahan iklim.

"Platform analitik hebat daripada SatSure yang menggabungkan teknologi satelit dan data operasi untuk meminimumkan risiko pemberian pinjaman adalah unik dan diletakkan di kedudukan yang terbaik untuk menawarkan pandangan yang boleh diambil tindakan dan tepat pada masanya. Pemodelan berkuasa AI proprietarinya memperkasa institusi-institusi kewangan mengeluarkan polisi kredit dan insurans dengan lebih cepat, dalam jumlah yang lebih tinggi dan menurut terma-terma yang kurang konservatif yang dapat memberi pembiayaan kepada ladang-ladang pekebun kecil. Kami teruja untuk bekerjasama dengan SatSure tatkala syarikat tersebut memperluaskan jejaknya di Asia Selatan dan Tenggara," kata Jugnu Pati, Pakar Pelaburan di ADB Ventures.

"Rangkaian produk SatSure dan tulang belakang teknologi yang mantap mendapat aplikasi global dalam pasaran baru muncul dan maju. Pasukan ini telah menunjukkan keupayaan pelaksanaan yang cemerlang dengan rekod prestasi pemerolehan pelanggan yang mengagumkan. SatSure berkedudukan baik untuk muncul sebagai peneraju dan kami berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi dalam perjalanan ini," tambah Anjani Bansal, Pengurus Dana di Flowstate VC dan sebelum ini pernah memimpin perkongsian sektor swasta di Bill & Melinda Gates Foundation.

Menerusi pusingan pendanaan ini, kini SatSure beribu pejabat di Bengaluru (India), dengan pejabat-pejabat di Mumbai (India), St. Gallen (Switzerland) dan Liverpool (United Kingdom). Ketika ini, pasukan ini mempunyai 80 ahli dan merancang untuk berkembang kepada lebih daripada 100 ahli yang mantap menjelang akhir suku tahun ini. Menerusi 34 pelanggan perusahaan merentas 8 negara, pertumbuhan SatSure berlaku tatkala pasaran perkhidmatan data satelit global dijangka berkembang pada CAGR 22.5% bagi mencapai $45.85 bilion menjelang tahun 2030, menurut data Allied Market Research.

Latar Belakang SatSure 

SatSure menawarkan tiga produk kecerdasan keputusan utama: a) SatSure Sparta: platform untuk menyediakan maklumat pertanian dan yang berkaitan iklim sebagai inovasi terbuka, model percuma premium; b) SatSure SAGE: platform pemantauan risiko kitaran hayat dan perisikan perniagaan untuk perkhidmatan kewangan pertanian; c) SatSure SKIES: platform pengesanan perubahan infrastruktur berasaskan imejan satelit resolusi tinggi.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Sarvesh Kurane info@satsure.co
+91-9769252409

Source: SatSure
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Venture Capital