omniture

Xinhua Silk Road: Master Kong menang Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat dan ESG Hong Kong 2021

Xinhua Silk Road
2022-02-08 11:07 212

BEIJING, 7 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi makanan dan minuman Cina Master Kong, turut dikenali sebagai Tingyi Holding Corp., baru-baru ini memenangi Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Hong Kong 2021 atas prestasi ESG yang cemerlang.


Master Kong menyokong Matlamat Pembangunan Mampan PBB. Setelah dipilih sebagai kes yang hebat dalam laporan yang dikeluarkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Master Kong menjadi peserta United Nations Global Compact.

"Master Kong telah ditubuhkan selama hampir 30 tahun lamanya dengan misi untuk 'menggalakkan budaya makanan Cina' dan falsafah 'mengendalikan perniagaan mampan dan menyumbang kembali kepada masyarakat'. Selain itu, syarikat ini percaya bahawa tadbir urus korporat yang mantap memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan jangka panjang syarikat ini dan menyerlahkan nilai korporatnya," kata Cik TSENG Chien, pengarah eksekutif Master Kong.

Master Kong percaya bahawa "Pembangunan Mampan merupakan Pembangunan yang Baik" dan menetapkan "Pastikan Alam Semula Jadi Kita Hijau" sebagai strategi kelestariannya dan terus bekerja keras untuk menjadi "Perusahaan Disegani", En. Frank Wang, naib presiden eksekutif bagi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Tingyi Holding Corp., berkata di sesi perbincangan meja bulat mengenai "Transformasi Ekonomi Hijau dan Rendah-Karbon" semasa Ekspo Import Antarabangsa China ke-4, menambah bahawa Master Kong melaksanakan beberapa usaha ke arah penjimatan tenaga dan pengurangan karbon dengan menggalakkan pembangunan hijau dalam transformasi rantaian bekalan, membangunkan produk yang sihat dan berkhasiat serta mendidik pengguna muda dengan gaya hidup lestari.

Di samping itu, Master Kong menumpukan perhatiannya untuk menggalas lebih banyak tanggungjawab sosial di China. Syarikat ini menyumbang bekalan bahan anti-COVID-19 kepada 837 buah hospital di 26 wilayah serta 299 bandar di seluruh negara selain menyediakan lebih 1.2 juta unit bekalan bantuan banjir kepada wilayah tengah Henan yang dilanda banjir bagi menyokong misi bantuan banjir dan pembinaan semula pasca-bencana.

En. Richard Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Master Kong berkata dalam satu dialog meja bulat di Forum untuk Usahawan Boao 2020, "Sebagai jenama kebangsaan dan syarikat yang disenaraikan, Master Kong akan terus meneroka dan meningkatkan prestasinya dalam pembangunan mampan serta berkongsi kegembiraan yang dibawa oleh 'Life+ Delicacy' bersama semua pihak berkepentingan."

Dirasmikan pada tahun 2007, Anugerah ini, diwujudkan untuk menggalakkan peningkatan dalam tadbir urus korporat dan ESG syarikat-syarikat yang disenaraikan di Hong Kong, dianugerahkan setiap tahun oleh Chamber of Hong Kong Listed Companies dan Centre for Corporate Governance and Financial Policy, Hong Kong Baptist University.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/326019.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service Awards