KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Jenama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties sekali lagi memperkenalkan perisa kegemaran tempatan rakyat Malaysia menerusi varian 'Kaya Butter Toast'. Makanan ringan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, Twisties Kaya Butter Toast memberikan keunikan rasa yang tersendiri kepada para pencinta makanan ringan melalui pengalaman mengunyah tanpa henti yang menyeronokkan.
Pada tahun 2019, jenama ini memperkenalkan slogan "Embrace Your Twists" (Ikut Suka Anda) yang menyeru golongan muda Malaysia untuk meraikan keunikan peribadi dan ekspresi mereka, untuk menjadi berani dan berbeza yang akhirnya membawa kepada kewujudan perisa baharu seperti "Spicy Seaweed Splash". Perisa 'Kaya Butter Toast' memperlihatkan komitmen jenama untuk terus berkembang dan berinovasi untuk kekal seiring dengan perisa yang disukai oleh rakyat Malaysia.
Ketika mencipta perisa unik 'Kaya Butter Toast', Twisties mengambil inspirasi daripada perisa tempatan dan obsesi rakyat Malaysia terhadap perisa terkenal ini, dan seterusnya membawanya ke tahap yang lebih istimewa. Sebagaimana yang dapat dilihat pada masa lalu, masyarakat Malaysia sangat kreatif dalam menzahirkan rasa cinta mereka terhadap sajian tempatan seperti Nasi Lemak. Sehubungan dengan itu, Twisties memanfaatkan selera tempatan dan berhasrat mengangkat satu lagi keenakan perisa tempatan, iaitu 'Kaya Butter Toast' ke tahap yang lebih memberangsangkan.
"Kaya Butter Toast mencerminkan keenakan perisa tersendiri yang dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Mengikuti jejak kejayaan Spicy Seaweed Splash, kami tahu bahawa rakyat Malaysia senantiasa ternanti-nantikan perisa yang dapat memuaskan cita rasa mereka, dan kami yakin bahawa 'Kaya Butter Toast' sememangnya mampu merealisasikannya," kata Arpan Sur, Pengarah Pemasaran Mondelēz Malaysia & Singapura.
Arpan menjelaskan bahawa pasaran makanan ringan tempatan telah berkembang dan terdapat peningkatan yang ketara bagi makanan ringan perisa tempatan dan unik. "Selain mencipta perisa baharu, di Twisties, kami mengenal pasti dan menginovasi produk kami mengikut cita rasa tempatan, menitikberatkan minat mendalam dan obsesi rakyat Malaysia terhadap perisa tempatan. Hal ini juga memperlihatkan komitmen kami terhadap pendalaman asal usul dan penawaran tempatan kami. Pencapaian ini merupakan detik yang mengujakan bagi kami di Twisties memandangkan inilah perisa manis kami yang pertama seumpamanya dalam pelbagai perisa masin dan pedas kami, dan kami ingin terus menghasilkan makanan ringan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan dihayati sebagai produk mereka sendiri".
Untuk meraikan lagi rasa obsesi ini, sebagai sebahagian daripada kempen #EmbraceYourObession, pelbagai barangan edisi terhad 'Kaya Butter Toast' telah dicipta khusus dan tersedia untuk dimenangi oleh para peminat menerusi laman media sosial rasmi Twisties dan hanya tersedia menerusi keluaran khas percuma ini dan bukannya untuk jualan.
Koleksi wajib milik ini mengandungi segala sesuatu yang berkaitan dengan 'Kaya Butter Toast' – sebuah basikal dengan roti bakar dijadikan roda, papan kekunci permainan dengan roti bakar dan mentega sebagai kekuncinya, set papan catur Cina dengan roti bakar sebagai buah caturnya, patung mainan berupa pembuat Kaya Butter Toast, rantai leher yang menarik perhatian, anting-anting berupa roti bakar, span mandian berbentuk roti bakar dan lilin dengan haruman mentega kaya.
Twisties' Kaya Butter Toast kini boleh didapati di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai dalam talian pada harga RM1.98. Perisa baharu ini menjadi sebahagian daripada pelbagai Twisties sedia ada yang menyelerakan termasuk Spicy Seaweed Splash, BBQ Curry, Cheddar Cheese, Chicken, Cherry Tomato, Chili Cheese dan Thai Sweet Chili.
Dengan kehadiran lebih 30 tahun di Malaysia sebagai antara makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia, Twisties telah menjadi sebutan isi rumah yang dinikmati oleh jutaan pengguna di Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada rangkaian jenama di bawah pengeluar makanan ringan terkemuka, Mondelēz International. Twisties juga terkenal dengan usahanya untuk membudayakan sikap menikmati makanan ringan yang positif menerusi slogan 'Embrace Your Twists' (Ikut Suka Anda).