SINGAPURA, 8 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE:PG) hari ini mengumumkan bahawa ia menganjurkan Sidang Kemuncak Kelestarian untuk rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (AMA) 2022. Berkisarkan kepada tema "Harapan untuk Kediaman kita" ("Hope for our Home"), Sidang Kemuncak ini meninjau bagaimana syarikat, pertubuhan bukan untung, kerajaan dan komuniti yang lebih luas dapat saling bekerjasama untuk mendorong perubahan sebenar, membawa harapan kepada dunia dan menjadikannya tempat yang lebih baik untuk didiami.
Dianjurkan secara maya, acara ini menampilkan Etologis dan Penyokong Pemuliharaan yang terkenal di dunia Dr Jane Goodall, ketua eksekutif Circulate Capital Ocean Fund Rob Kaplan serta Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dia Mirza, yang berhimpun untuk menumpukan perhatian kepada isu-isu penting berkisarkan perubahan iklim.
Di sidang kemuncak ini, Dr Jane Goodall menafikan kepercayaan bahawa syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan bukan untung mempunyai pendirian yang bertentangan. Dalam satu perbualan di tepi pendiang bersama Ketua Pegawai Jenama P&G, Marc Pritchard, beliau berkongsi bahawa syarikat-syarikat besar seperti P&G dapat mengambil langkah positif ke hadapan, menghasilkan kesan riak (ripple effect) di serata dunia dan menggalakkan lebih ramai pengguna untuk mengambil tindakan yang kecil dan berterusan dalam kehidupan harian mereka.
"Dengan pertumbuhan KDNK tahunan yang kelihatannya lebih penting berbanding masa depan anak cucu kita, inilah masanya untuk memilih apakah kesan yang dapat kita berikan. Memandangkan semakin banyak organisasi seperti P&G memacu perubahan dan berganding bahu, harapan masih ada. Masa telah tiba untuk menetapkan set pemikiran baharu dan melihat perkara dengan cara yang berbeza. Segalanya berhubungkait dan setiap seorang daripada kita mampu membawa perubahan," kata Dr Jane Goodall.
Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak tersebut, P&G turut mengumumkan kemajuan serantau yang dilakar menuju Matlamat Cita-cita 2030. Bersama Presiden P&G untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Magesvaran Suranjan, mengumumkan kemajuan yang dilakar seperti yang berikut:
Magesvaran Suranjan berkata: "Kami komited sepenuhnya untuk membawa kesan positif di dunia dan mencipta masa depan yang lestari untuk generasi akan datang. Dengan menyepadukan kelestarian dalam cara kami menjalankan perniagaan setiap hari, kami semua di P&G diperkasa untuk melakukan perbezaan yang bermakna untuk alam sekitar kita."
Penaja Eksekutif Kelestarian P&G AMA dan Naib Presiden Kanan P&G Jepun, Standa Vecera mengulas: "Kami telahpun mencapai kemajuan penting sejak 10 tahun yang lalu untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasi kami dan kami tahu kami boleh melakukan lebih lagi. P&G juga telah menetapkan cita-cita ke arah emisi gas rumah hijau sifar bersih menjelang tahun 2040 dan akan terus memainkan peranan dengan sasaran berasaskan sains untuk membimbing usaha kami untuk menjadi Penggerak Kebaikan (Force for Good)."
Ketua Pegawai Eksekutif Circulate Capital Ocean Fund Rob Kaplan dan Pelakon, Penerbit dan Duta Muhibah Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dia Mirza, turut berkongsi pandangan mereka dalam menggalakkan tindakan yang berterusan.
Rob Kaplan mengulas, "Tiada sesiapa pun yang boleh sekadar memerhatikan sahaja. Kelestarian ialah satu bentuk sukan berpasukan. Ia perlu menjadi aspek teras dalam strategi mahupun operasi syarikat bagi mendorong perubahan yang bermakna. Dengan saling bekerjasama, harapan masih ada."
Dia Mirza berkata: "Matlamat Pembangunan Lestari merupakan Sumber Inspirasi (North Star) dan sekiranya ia diterima pakai dan dilaksanakan di mana-mana, kita mempunyai peluang sebenar untuk menyelesaikan beberapa masalah terbesar yang kita hadapi dalam dekad ini. Jenama-jenama mencari jalan untuk memenangi hati ramai pengguna dan menjadi pilihan di rumah. Sekiranya lebih banyak jenama seperti P&G memanfaatkan kuasa mereka untuk mendorong perubahan, masih ada harapan untuk planet ini."
P&G komited untuk mempercepatkan tindakan ke atas perubahan iklim menuju emisi GHG sifar bersih menjelang 2040.
P&G telah menetapkan cita-cita baharu untuk mencapai emisi gas rumah hijau (GHG) sifar bersih dalam operasi serta rantaian bekalannya, bermula daripada bahan mentah hingga peruncit, menjelang tahun 2040 serta matlamat 2030 interim untuk melakar kemajuan yang bermakna pada dekad ini.