omniture

Universal Robots lapor hasil tahunan mencatat rekod lebih $300j

Universal Robots
2022-02-09 08:35 51

ODENSE, Denmark dan SINGAPURA, 9 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Universal Robots, pengeluar bagi robot kolaboratif Denmark, melaporkan hasil tahunan mencatat rekod sebanyak USD 311j, meningkat 41% pada tahun 2020 dan meningkat 23% menurut keputusan pra-pandemik pada tahun 2019.

Kim Povlsen, Presiden, Universal Robots
Kim Povlsen, Presiden, Universal Robots

Universal Robots – menyelenggara mesin
Universal Robots – menyelenggara mesin

Presiden syarikat ini, Kim Povlsen berkata:

'Universal Robots telah mengalami tahun yang hebat. Dalam sebuah syarikat seperti syarikat kami, yang mengeluarkan perkakasan sofistikated mengikut standard kualiti yang tinggi, pertumbuhan seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat. Pasukan pengeluaran kami di Denmark telah memecah rekod dalaman bagi bilangan kobot yang telah dibina, mengeluarkan 400 kobot dalam tempoh seminggu pada Suku Keempat. Pakar-pakar rantaian bekalan kami bekerja keras untuk memastikan perniagaan kami berjalan lancar walaupun dengan cabaran bekalan global.'

Hasil pada Suku ke-4 juga memecah rekod, meningkat 22% pada Suku Keempat 2020 dan meningkat 28% pada Suku Keempat 2019. Kim Povlsen menyambung: 'Pertumbuhan kami didorong oleh beberapa trend jangka panjang termasuk kekurangan tenaga kerja dan kesedaran yang semakin meningkat mengenai sumbangan yang dapat diberikan oleh automasi kepada produktiviti. Selain mendekati pengguna baharu, kami melihat perniagaan berulang daripada pengeluar yang meluaskan penggunaan kobot mereka selepas melihat impak teknologi ini.'

Syarikat ini menjangkakan bahawa pertumbuhan kukuh akan berterusan pada tahun 2022 seperti yang dijelaskan oleh Kim Povlsen: 'Permintaan terhadap robot kolaboratif bersedia untuk berkembang dan ekosistem unik kami turut berkembang bersamanya. Bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 syarikat bebas - termasuk pengeluar komponen, kit dan aplikasi, penyepadu dan pengedar berdaftar - inovasi kolaboratif merupakan apa yang membezakan perjalanan pertumbuhan kami.'

Latar Belakang Universal Robots

Universal Robots bermatlamat untuk memperkasa perubahan dari segi cara kerja dilaksanakan menggunakan platform robotik termaju.

Sejak memperkenalkan robot kolaboratif (kobot) berdaya maju secara komersial yang pertama di dunia pada tahun 2008, UR membangunkan portfolio produk termasuk UR3e, UR5e, UR10e dan UR16e, memperlihatkan pelbagai jangkauan dan muatan. Setiap model disokong oleh seleksi luas pekesan hujung, perisian, aksesori dan kit aplikasi dalam ekosistem UR+. Ini membolehkan kobot digunakan dalam pelbagai jenis industri dan bererti ia boleh digunakan semula dalam pelbagai tugasan.

Syarikat ini, yang merupakan sebahagian daripada Teradyne Inc., beribu pejabat di Odense, Denmark dan mempunyai pejabat-pejabat di AS, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, Republik Czech, Romania, Rusia, Turki, China, India, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Mexico.

Universal Robots telah memasang lebih 50,000 kobot di seluruh dunia.

Source: Universal Robots
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Sales reports STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)