omniture

Jasmine Food Sertai Kempen MAGGI(R) Sah Malaysia Agihkan 33,000 Kit Makanan kepada Keluarga Rentan

Jasmine Food
2022-02-09 10:00 34

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine Food), jenama beras yang terkemuka di Malaysia dan pemegang anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest kali ke-17, baru-baru ini mengambil bahagian dalam kempen MAGGI® Sah Malaysia yang berjaya mengumpul 50,000 kit makanan MAGGI untuk komuniti B40 di seluruh Malaysia. Kit makanan ini merangkumi produk makanan penting untuk diagihkan kepada Isi rumah komuniti B40 Sebagai sebahagian, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Nestlé Malaysia untuk menyokong rakyat Malaysia sepanjang pandemik yang masih berterusan ini.

Pasukan di lapangan bagi kempen Maggi Sah Malaysia menghulurkan bantuan dalam usaha untuk membina semula komuniti, tumpuan utama di Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.
Pasukan di lapangan bagi kempen Maggi Sah Malaysia menghulurkan bantuan dalam usaha untuk membina semula komuniti, tumpuan utama di Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.

Pasukan di lapangan bagi kempen Maggi Sah Malaysia menghulurkan bantuan dalam usaha untuk membina semula komuniti, tumpuan utama di Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.

Jasmine Food menyumbang bekalan beras sebanyak 33,000 peket bagi melengkapkan sebahagian daripada 50,000 kit makanan MAGGI® yang diagihkan. Setiap kit makanan MAGGI® mengandungi beras Jasmine, Mi 2-Minit MAGGI® dan campuran resepi MAGGI®. Melalui inisiatif ini, kedua-dua Jasmine Food dan NESTLE® berharap dapat membantu komuniti B40 menyajikan hidangan yang dimasak di rumah yang berpatutan, lazat dan seimbang.

Ekoran pendemik COVID-19 yang berpangagan dan masalah ekonomi yoang ber tertusan membuatkan keperluan makan semakin meningkat bagi isi rumah B40. Tambahan lagi berlajunya bencana alam banjir pada bulan disember menjadikan einsiatif ini semakin penting. 

Kit makanan MAGGI ini diagihkan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Empire Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu gelandangan dan Uncle Kentang yang menjalankan pelbagai inisiatif kemasyarakatan – membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan dengan bantuan makanan serta perkhidmatan pengangkutan.

Menurut Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd., "Menyokong inisiatif seperti pengagihan kit makanan MAGGI® ini selaras dengan komitmen syarikat sebagai salah satu Jenama Paling Dipercayai Asia. Di Jasmine Food, kami tahu betapa pentingnya menjadi rakan komuniti yang perihatin. Pelanggan kami mempercayai jenama kami kerana kualiti produk kami serta integriti dan juga tanggungjawab sosial kami. Justeru itu, kami bersedia untuk menyokong inisiatif yang dapat membawa perubahan kepada mereka yang memerlukan terutamanya selepas banjir yang melanda."

Sebagai peneraju pasaran dalam industri beras Malaysia, Jasmine Food menyediakan perbagai jenis beras putih dan beras wangi gred tinggi serta premium selama berdekad-dekad. Jenama ini juga kerap bekerjasama dengan organisasi lain bagi memperbaiki kehidupan dalam masyarakat, seperti Pusat Derma Darah Malaysia, Persatuan Diabetes Kebangsaan, Institut Jantung Negara, Tung Shin Hospital dan baru-baru ini, pengagihan kit makanan MAGGI® Sah Malaysia.

Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAKANAN, Nestlé (Malaysia) Berhad, "Kami menghargai sumbangan daripada Jasmine Food untuk kit makanan MAGGI® dan kami bersyukur kerana dapat meneruskan inisiatif yang bermakna yang kami mulakan tahun lalu – untuk menyokong keluarga yang memerlukan, bagi menyajikan hidangan yang dimasak di rumah yang berpatutan serta lazat – dengan bahagian protein dan sayur-sayuran yang ditambah bagi memperoleh sajian yang seimbang. Walaupun kita tahu bahawa jalan menuju pemulihan daripada pandemik yang sedang berlaku ini bukanlah mudah, kami kekal bersedia untuk menghulurkan bantuan – memandangkan lebih banyak keluarga serta isi rumah memerlukan bantuan akibat sekatan pergerakan yang berpanjangan serta kemunculan semula kes COVID-19."

Latar Belakang Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.

Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation, subsidiari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), merupakan peneraju bagi pengedaran dan pemasaran industri beras di Malaysia yang memiliki pelbagai anugerah yang telah dicapai olehnya. Jasmine Food mengedarkan produk beras import dan tempatan melalui jaringan wakil penjual, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini serta kedai runcit.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.jasmine.com.my/.

Source: Jasmine Food
Keywords: Agriculture Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Not for profit