omniture

Hasil GWM pada tahun 2021 Melebihi CNY 136.3 Bilion

GWM
2022-02-10 08:08 108

BAODING, China, 10 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM mengumumkan bahawa jumlah hasil bagi tahun 2021 telah melebihi CNY 136.3 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya mencecah 31.95% sementara keuntungan bersihnya mencapai CNY 6.781 bilion, dengan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 26.45%, yang merupakan pengembangan bahagian pasaran GWM yang selanjutnya.

Pada tahun 2021, GWM menjual 1.28 juta kenderaan baharu di seluruh dunia, dengan peningkatan sebanyak 15.2% berbanding tahun sebelumnya. Jualan global telah melebihi satu juta selama enam tahun berturut-turut dan mencipta rekod baharu. Pada tahun 2021, GWM melancarkan pelbagai jenis produk di seluruh dunia termasuk GWM POER, HAVAL H6 generasi ke-3 dan HAVAL JOLION, demi memenuhi keperluan yang berbeza daripada semua jenis pelanggan dan menyumbang lagi kepada pertumbuhan hasil.

The Revenue of GWM in 2021 Exceeding CNY 136.3 Billion
The Revenue of GWM in 2021 Exceeding CNY 136.3 Billion

Pengembangan susun atur bersifat global yang berterusan merupakan faktor penting untuk pertumbuhan hasil GWM. Pada bulan Januari 2022, GWM menyelesaikan secara rasminya pemindahan hak milik kilang Iracemapolis di Brazil, memulakan transformasi pintar dan digital serta menaik taraf kilang tersebut. Ia membentuk susun atur strategik dengan Brazil sebagai tumpuan untuk meliputi seluruh pasaran Amerika Selatan. Sebelum ini, GWM telah membuka sebuah subsidiari di Munich, Jerman dan menubuhkan ibu pejabat Eropah bagi mempercepatkan pelaksanaan strateginya di Eropah. Menerusi pembangunan yang aktif dalam pasaran Asia Selatan, Amerika Selatan, Eropah dan Afrika Utara, GWM telah memasuki peringkat globalisasi yang baharu.

Pelaburan yang sangat besar dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi merupakan satu lagi faktor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan hasil GWM. Syarikat ini melabur sebanyak CNY 20 bilion dalam platform-platform Pintar termasuk L.E.M.O.N., TANK dan Coffee Intelligence, yang membawakan sejumlah besar kenderaan baharu kepada pelanggan seperti HAVAL Shenshou (untuk pasaran Cina), WEY Latte DHT (untuk pasaran Cina) dan HAVAL DARGO bagi memulakan kitaran produk baharu secara global. Menurut "Strategi 2025", jumlah pelaburan dalam R&D akan mencecah CNY 100 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan tahap pengelektrikan dan intelligentization (penggunaan teknologi pintar).

Ketika ini, GWM telah menubuhkan pusat-pusat R&D luar negara di Jepun, AS, Jerman, India, Austria dan Korea Selatan serta menarik minat bakat global secara aktif bagi membentuk sistem R&D global demi mempercepatkan transformasi kepada syarikat teknologi pintar global.

Prestasi cemerlang GWM dari segi hasil meningkatkan lagi nilai jenama. Baru-baru ini. jenama HAVAL GMW dimasukkan ke dalam senarai "Brand Finance Global 500 2022" buat julung kalinya, dikeluarkan oleh Brand Finance, sebuah agensi penilaian nilai jenama antarabangsa yang berwibawa. Ini menunjukkan bahawa nilai jenama automobil Cina telah memenangi pengiktirafan antarabangsa.

Berdasarkan kepada prestasi yang baik mengikut hasil tahunan, GWM akan terus menumpukan perhatian kepada pengelektrikan dan intelligentizion dalam tahun 2022. Syarikat ini merancang untuk melancarkan dan menyampaikan WEY Coffee 01, ORA GOODCAT, HAVAL H6 PHEV dan model-model TANK Brand dalam pasaran luar negara bagi menggalakkan pembangunan produk bersifat global dan mempercepatkan pelaksanaan matlamat strategik 2025.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Earnings