omniture

OMON Umum Konsep Inovasi Pembuatan Masa Depan berdasarkan Evolusi "Automasi-inovatif"

OMRON Asia Pacific
2022-02-10 08:27 120

– Merealisasikan "Automasi Melangkaui Keupayaan Manusia" dan "Kolaborasi Termaju Antara Manusia dan Mesin" dengan Mempercepatkan DX di Tapak Pembuatan

SINGAPURA, 10 Februari 2022 /PRNewswire/ -- OMRON Corporation (Ibu Pejabat: Shimogyo-Ku, Kyoto. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Yoshihito Yamada) mengumumkan perjalanan masa depan "Automasi-inovatif", konsep inovasi pembuatan OMRON, sebagai hala tuju dalam evolusi pembuatan untuk dekad seterusnya dengan mengambil kira perubahan yang pelbagai dan rumit dalam persekitaran pasaran dan berdasarkan kepada pencapaian tiga automasi "i" yang lalu.

OMRON menyasarkan inovasi di lapangan dengan merangkumkan tiga matlamat konsep automasi diperbaharui: "Transformasi kejuruteraan digital", "Automasi melangkaui keupayaan manusia" dan "Kolaborasi termaju antara manusia dan mesin."

Ketika ini, pengeluar-pengeluar di serata dunia menghadapi cabaran untuk memperbaharui dan mengembangkan pembuatan menuju dunia pasca-COVID. Di samping bertindak balas kepada inovasi teknologi dan perubahan dalam produk dan kaedah pembuatan, penekanan para pengeluar diberikan ke atas transformasi proses pembuatan yang mengambil kira persekitaran global yang diwakili oleh SDG, kepelbagaian nilai insan dan kesejahteraan pekerja mereka. Sejak tahun 2016, OMRON telah menyelesaikan isu-isu pembuatan ramai pelanggan dengan merealisasikan konsep inovasi pembuatan uniknya iaitu Automasi-inovatif.

Bagi mencapai perjalanan Automasi-inovatif yang baharu ini, OMRON akan meningkatkan kolaborasinya dengan pelanggan bagi menyelesaikan isu-isu dalam industri pembuatan yang menjadi semakin terpelbagai dan rumit, dengan automasi unik yang merealisasikan kewujudan bersama antara persekitaran global dan kesejahteraan pekerja.

Menurut En. Takehito Maeda, MD, Perniagaan Automasi Perindustrian, OMRON Asia Pacific Pte Ltd, "Konsep 'automasi-inovatif' telah banyak membantu OMRON dalam mengukuhkan kehadirannya dalam segmen automasi perindustrian dengan menyelesaikan isu-isu pembuatan dalam banyak sektor di seluruh Asia Pasifik seperti automotif, makanan & minuman, FMCG, infrastruktur & digital, antaranya. Menerusi evolusi ini, kami yakin dapat menyumbang lebih banyak lagi melalui penyelesaian teknologi yang canggih, jangkauan yang lebih baik dan juga perkhidmatan yang dipertingkat."

<Tiga bentuk pembuatan masa depan> 

1. Inovasi tapak pembuatan dengan "Transformasi kejuruteraan digital" 

Di OMRON, simulasi dan pemantauan jarak jauh menggunakan teknologi maya memainkan peranan utama dalam pembangunan produk kami dan juga penyelenggaraan tapak pembuatan kami dari segi sekatan pergerakan dan sekatan akses dalam menghadapi pandemik COVID-19. OMRON percaya bahawa inovasi di lapangan berkenaan berdasarkan kepada Pengalaman Digital (DX) amat diperlukan untuk kecanggihan pembuatan walaupun dalam dunia pasca-COVID dan akan mengukuhkan pembangunan teknologi serta penyelesaian yang dapat mempercepatkan evolusi DX tapak pembuatan.

2. "Automasi melangkaui keupayaan manusia," Biarkan mesin lakukan apa yang dapat dilakukan oleh mesin 

Biarpun pengeluar berhadapan dengan kesukaran untuk memperoleh sumber manusia, mereka turut mengalami tekanan untuk terus meningkatkan kecekapan pengeluaran bagi memenuhi tanggungjawab bekalan mereka serta mengekalkan dan mengukuhkan daya saing mereka. Menurut konsep "Automasi melangkaui keupayaan manusia", berdasarkan kepada teknologi aplikasi kawalan yang berkelajuan tinggi dan berkejituan tinggi, OMRON menyasarkan untuk menginovasi tapak pembuatan di mana kakitangan boleh terlibat dalam tugas kreatif dengan berasa selesa dengan memanfaatkan sepenuhnya IoT, AI dan teknologi robotik serta meninggalkan tugas yang bergantung pada manusia kepada mesin. Di samping itu, dengan automasi yang mengimbangi produktiviti dan kecekapan tenaga, OMRON akan menyumbang kepada pewujudan pembuatan baharu yang dapat memenuhi keperluan produk yang berubah dengan pantas dan dalam masa yang sama mengambil kira persekitaran global.

3. "Kolaborasi termaju antara manusia dan mesin" yang membolehkan kakitangan memaksimumkan potensi mereka

Ketangkasan dan daya kreativiti manusia amat diperlukan untuk pembuatan yang bertindak balas kepada kepelbagaian dan keperibadian keperluan produk. Ia penting untuk evolusi pembuatan demi memaksimumkan keupayaan manusia. OMRON bermatlamat untuk membangunkan pembuatan baharu yang membolehkan kakitangan memaksimumkan potensi mereka dan mengalami pertumbuhan serta motivasi dengan menjadikan manusia sebagai peranan utama sambil memajukan penggantian daripada manusia kepada mesin. Dengan menyerahkan kerja berat dan tugas berulang yang ringkas kepada robot, mesin menyokong kecekapan manusia dan sekiranya berlaku masalah secara tiba-tiba, manusia dan robot akan saling melindungi antara satu sama lain. OMRON bermatlamat untuk merealisasikan tapak pembuatan di mana pekerja dapat menikmati tugas mereka dan pembuatan dan dalam masa yang sama mencapai produktiviti yang tinggi dengan merangkumkan konsep "Kolaborasi termaju antara manusia dan mesin".

Latar Belakang Automasi-inovatif (innovative-Automation)

Baru-baru ini, OMRON telah membangunkan konsep inovasi pembuatan yang digelar "Automasi-inovatif". Menerusi konsep ini, ketika ini OMRON komited untuk membawakan inovasi ke tapak pembuatan melalui tiga inovasi penting atau tiga "i". Melalui inovasi dalam bidang automasi ini, OMRON bermatlamat untuk mendayakan peningkatan produktiviti yang penting di tapak pembuatan bagi mencapai pembuatan bernilai tambah tinggi. Dengan "i" pertama, "bersepadu" (evolusi kawalan), OMRON akan berusaha untuk memajukan teknologi kawalan automatik agar hampir mana-mana pengendali, walaupun pengendali yang tidak berpengalaman, dapat melaksanakan tugas dengan mudah yang sebelum ini memerlukan kemahiran pakar daripada pekerja yang berpengalaman. Dengan "i" kedua, "pintar" (pembangunan kecerdasan oleh ICT), OMRON berusaha untuk mencipta barisan peralatan dan pengeluaran yang sentiasa berkembang. Dengan menerima pakai pelbagai jenis peranti kawalan dan kecerdasan buatan (AI), mesin boleh belajar melalui pengalaman dan menyelenggara fungsinya dalam keadaan yang optimum. Bagi "i" ketiga, "interaktif" (kehormanian baharu antara manusia dan mesin), OMRON mengusahakan pembangunan hubungan harmoni yang baharu antara pengendali manusia dan mesin; tatkala ia bekerja bersama-sama dalam ruang kerja yang sama, mesin akan dapat membantu pengendali manusia dengan mengenali pemikiran dan tingkah laku manusia dengan cara yang mana hanya OMRON, pengeluar peralatan kawalan berkepakaran yang mengenali luar dan dalam lantai pengeluaran, dapat merealisasikannya.

Latar Belakang OMRON Corporation 

OMRON Corporation ialah peneraju global dalam bidang automasi berdasarkan kepada teknologi terasnya "Sensing & Control + Think" ("Penderiaan & Kawalan + Fikir"). Bidang perniagaan OMRON meliputi spektrum yang luas, bermula daripada automasi perindustrian dan komponen elektronik kepada sistem sosial, rawatan kesihatan dan penyelesaian alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1933, OMRON mempunyai kira-kira 30,000 pekerja di seluruh dunia, berkhidmat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan di sekitar 120 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi :

https://www.omron.com/global/en/

https://www.omron-ap.com/

Source: OMRON Asia Pacific
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)