omniture

SUEZ Peroleh Kontrak Baharu untuk Sediakan Perkhidmatan Pembersihan Paip Air Utama kepada Jaringan Air di Singapura

SUEZ
2022-02-10 08:34 109

SINGAPURA, 10 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, SUEZ dianugerahkan kontrak tiga tahun yang baharu oleh PUB, agensi air kebangsaan Singapura bagi menyediakan perkhidmatan pembersihan paip air menggunakan teknologi penjimatan air Ice PiggingTM dan kerukan udara. Ini melanjutkan lagi kerjasama antara pihak-pihak ini dalam pembersihan paip air susulan kontrak tiga tahun terdahulu.

Di bawah kontrak baharu ini, SUEZ akan menyediakan pelbagai teknik penyelenggaraan pencegahan termasuk pengumpulan data mengenai jaringan paip air, pemantauan kualiti air waktu sebenar, penggunaan injap dan pelaksanaan kaedah pembersihan yang sesuai. Perkhidmatan ini akan dilaksanakan pada jaringan air boleh diminum di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian Singapura bermula pada lewat tahun 2021 hingga 2024.

Penyelenggaraan Pencegahan 

Air boleh diminum mengandungi mineral yang mendap dari masa ke masa dalam saluran paip. Ice Pigging dan kerukan udara dapat membantu membersihkan permukaan dalaman paip bagi menyingkirkan endapan mineral ini yang mungkin terkumpul dari masa ke masa. Kaedah pembersihan berkenaan bersifat tidak mengganggu, cepat, berkesan dan menjimatkan.

Bagi memenuhi standard tinggi Singapura terhadap kualiti air, SUEZ bekerjasama erat dengan PUB untuk menyelaraskan prosedur pengendalian serta pemantauan peralatan dan operasi bagi meminimumkan kesulitan kepada pelanggan. Pelbagai teknik daripada SUEZ untuk membersihkan paip air akan dapat menjamin keberkesanan sekali gus mengoptimumkan strategi pembersihannya untuk semua keadaan jaringan.

Teknologi Ice PiggingTM SUEZ menggunakan buburan ais dipam untuk membersihkan paip secara fizikal, menghapuskan dan menyingkirkan mendapan terenap dan terlekap dengan longgar. Penyelesaian 'tanpa-gali' yang unik ini menyampaikan hasil pembersihan yang unggul, selamat dan tidak kasar kepada paip dan memerlukan kira-kira 50% kurang air daripada teknik pembilasan konvensional. Lebih penting lagi, penggunaan pantasnya mengurangkan dengan ketara peluang pelanggan untuk terjejas teruk semasa operasi pembersihan.

Melalui inovasi, pasukan tempatan telah membangunkan teknik ice pigging diselaraskan yang sesuai dengan iklim tropika Singapura, lalu memperlihatkan keberkesanan ice pigging dalam membersihkan paip air yang boleh diminum sepanjang tahun.

Kejayaan penggunaan penuh teknologi Ice PiggingTM di serata dunia

Sejak pelancaran Ice PiggingTM lebih 10 tahun yang lalu, ia telah digunakan dengan jayanya dalam industri air di banyak negara termasuk UK, A.S., Australia, Itali dan Jepun. Di Asia, SUEZ sedang dalam proses untuk meluaskan perkhidmatannya kepada jaringan air perbandaran menerusi kontrak di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taipei.

Latar Belakang SUEZ 

SUEZ ialah pengusaha yang utama bagi perkhidmatan alam sekitar. Selama hampir 160 tahun, SUEZ telah menyokong komuniti tempatan dan syarikat industri dalam pengurusan perkhidmatan penting seperti air, sisa dan kualiti air. Justeru itu, SUEZ menghasilkan air minuman untuk 66 juta orang di serata dunia, memulihkan 2 juta tan bahan mentah sekunder setiap tahun dan menjana 3.1 TWj tenaga boleh diperbaharui daripada sisa. Dalam pengurusan berterusan kami terhadap cabaran peralihan ekologi dan perubahan iklim, SUEZ akan bergantung kepada kepakaran dan komitmen 35,000 pekerjanya (terutamanya di Perancis, Itali, Eropah Tengah, Afrika, Asia dan Australia) bagi menawarkan penyelesaian alam sekitar yang bernilai tambah tinggi dan disesuaikan kepada semua pelanggannya. Kepakaran SUEZ membolehkan umpamanya, pelanggannya untuk mengelakkan emisi 4.2 juta tan CO2, meningkatkan jejak karbon mereka dan impaknya ke atas iklim. Dengan nilai pusing ganti mencecah hampir 7 bilion euro dan disokong oleh kepakaran dan kapasitinya untuk berinovasi, SUEZ memiliki prospek pertumbuhan yang mantap. Tidak lama lagi, SUEZ akan bergantung kepada konsortium mantap pelabur yang terdiri daripada Meridiam dan GIP – dengan 40% kepentingan setiap satu - dan Caisse des Dépôts et Consignations Group dengan 20% kepentingan dalam modal, termasuk 8% dipegang oleh CNP Assurances bagi meneruskan rancangan pembangunan strategiknya di Perancis dan di peringkat antarabangsa.

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun yang lalu, yang pertama di Asia Tenggara sebelum berkembang ke China hampir 50 tahun yang lalu. Menerusi lebih 6,500 pekerja dan lebih 40 usaha sama bersama rakan kongsi tempatan, SUEZ telah membina lebih 600 loji air dan air buangan. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan air dan bahan buangan kepada lebih 20 juta orang dan menyampaikan perkhidmatan alam sekitar kepada 16 taman industri. SUEZ mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan rawatan sisa berbahaya yang terbesar di Asia iaitu di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 4 bilion di Chongqing. Hari ini, SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh dan penanda aras perkhidmatan untuk menerajui industri alam sekitar wilayah ini.

Untuk lebih banyak berita terkini mengenai SUEZ Asia
Sila kunjungi laman sesawang kami dan ikuti kami di media sosial.
Twitter | LinkedIn | YouTube | Instagram

Ice pigging SUEZ
Ice pigging SUEZ

 

Source: SUEZ
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Contracts