omniture

Sayangi diri anda lebih lagi pada Hari Valentine ini bersama P&G x kempen #WinWithLove Lazada

Procter & Gamble
2022-02-10 19:37 131

SINGAPURA, 10 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (NYSE:PG), sebuah syarikat barangan pengguna yang terkemuka, melancarkan kempen Super Brand Day #WinWithLove di Lazada – mengingatkan individu untuk menunjukkan sedikit kasih sayang dan kebaikan kepada diri mereka sendiri sempena Hari Valentine ini.


Melalui kempen #WinWithLove, P&G meraikan kasih sayang dengan sentuhan jenaka, bekerjasama dengan individu berpengaruh TikTok yang terkenal thefakeoppa untuk menghasilkan video menghiburkan yang menunjukkan bagaimana beliau bersiap sedia untuk temu janji pertama – bermula dengan penjagaan diri.

"Penglibatan dengan kempen #WinWithLove adalah amat menyeronokkan. Memang benar sekali bahawa apabila anda meluangkan masa untuk menjaga diri sendiri untuk berasa hebat tentang diri anda, anda lebih yakin untuk menghadapi pengembaraan pada hari akan datang," kata Zae, wajah di sebalik thefakeoppa.

Dalam video tersebut, Zae dilihat sedang bersiap sedia untuk temu janji pertama Hari Valentine beliau, menggunakan produk P&G kegemaran beliau seperti syampu Head & Shoulders, berus gigi elektrik Oral-B, pencukur Gillette dan pelembap Olay. Kemudian, beliau memilih pakaian beliau untuk hari tersebut dan memastikan ia berbau harum hasil daripada pelembut fabrik Downy.

Alexandra Vogler, Pengarah Kanan e-dagang P&G, Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika, berkata, "Di P&G, kami sentiasa mengembangkan cara kami berkomunikasi bersama audiens kami, berinteraksi dengan mereka melalui saluran media sosial kegemaran mereka. Untuk kempen #WinWithLove terkini kami, kami bekerjasama dengan pencipta TikTok yang menjadi trend untuk menghasilkan video yang lucu dan menghiburkan, berharap agar dapat menggalakkan pengguna untuk memanjakan diri mereka dengan kasih sayang demi menjadi diri mereka yang paling yakin pada Hari Valentine ini." 

Berserta video TikTok eksklusif thefakeoppa, kempen Super Brand Day #WinWithLove akan dijayakan di gedung utama LazMall P&G merentas enam pasaran Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Acara membeli-belah eksklusif selama 24 jam ini akan menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk produk-produk P&G seperti Pampers, Olay, Pantene, Downy, Braun, Oral-B dan banyak lagi.

Butiran Kempen  

Negara 

Tarikh siaran langsung 

Halaman Kempen Lazada

Mekanik Promosi

Indonesia

11 Feb

Pautan

Tawaran Beli 1 Dapat 1, Potongan sehingga 75% & Hadiah Samsung Percuma*

Malaysia

Pautan

Potongan sehingga 50% + Baucar diskaun RM65 *perbelanjaan minimum RM320

Filipina

Pautan

Potongan sehingga 60% + Baucar diskaun 50% & Hadiah Percuma*

Singapura

Pautan

Potongan sehingga 60%, tawaran 1 untuk 1 eksklusif dan hadiah percuma*

Thailand

Pautan

Potongan sehingga 65% + 600.- Kupon Diskaun Tambahan & Hadiah daripada Samsung*

Vietnam

17 Feb

TBC

TBC

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G menawarkan kemudahan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Braun®, Downy®, Dynamo®, Febreze®, Gillette®, Head & Shoulders®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, Safeguard®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi kira-kira di 70 negara di seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini mengenai P&G serta jenama-jenamanya.

Latar Belakang Lazada Group 

Ditubuhkan pada tahun 2012, Lazada Group ialah platform eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami mempercepatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian logistik dan pembayaran terbesar di rantau ini, Lazada merupakan sebahagian daripada kehidupan harian pengguna kami di rantau ini dan kami menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pembeli-belah menjelang tahun 2030. Sejak tahun 2016, Lazada merupakan platform unggulan Asia Tenggara daripada Alibaba Group yang dikuasakan oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.

Source: Procter & Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics New products/services