omniture

Pepperstone dalami pemikiran Pedagang Harian dengan kempen global melalui Saatchi & Saatchi NZ

Pepperstone
2022-02-11 06:41 160

DOCKLANDS, Australia, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Selepas proses yang kompetitif di seluruh ANZ pada tahun lalu, broker CFD memenangi pelbagai anugerah yang berpangkalan di Australia Pepperstone, melantik Saatchi & Saatchi New Zealand sebagai agensi strategi dan kreatif global untuk membantu pembangunan dan pelancaran proposisi jenama yang baharu ke pasaran.

Dengan jejak global yang semakin berkembang, dilesenkan di tujuh bidang kuasa dan sejarah selama lebih sepuluh tahun, Pepperstone berminat untuk membawa perubahan.

Kempen yang riang ceria ini dirancang agar menonjol daripada kebanyakan komunikasi perdagangan yang dipenuhi rakaman stok serius yang tipikal, membawa penonton ke dalam minda pedagang, memberikan suara yang tersendiri kepada Pepperstone dalam pasaran ini untuk meningkatkan kesedaran jenama melalui idea platform yang tidak dapat dilupakan.

Pedagang harian sentiasa benar-benar berwaspada terhadap peristiwa yang mungkin mengalihkan indeks atau mencetuskan ketidaktentuan pasaran. Mereka terus berfikir mengenai tindak balas rantai dan kemungkinan hasil akibat daripada keadaan ini ke atas pasaran. Seperti mana kita semua, apabila mereka membuat keputusan, mereka juga mempunyai bisikan yang menasihatkan agar berhati-hati, mengambil risiko dan bertindak rasional di minda mereka.

Jordan Sky, Pengarah Kreatif Saatchi & Saatchi, berkata, "Pedagang Harian merupakan khalayak tertentu dengan bahasa dan cara berfikir mereka sendiri yang unik, ia seolah-olah seperti melakukan kempen B2B. Bagi menulis mengenai kempen ini, kami menerokai dunia perdagangan dan mendalami cara berfikir pedagang - dan akhirnya terfikir mengapa tidak melakukannya secara literal?

Tony Gruebner, Pepperstone, Ketua Pegawai Pemasaran Global berkata, "Alasan nombor satu untuk kejayaan terdahulu dan berterusan Pepperstone ialah semangat untuk terus meningkatkan setiap aspek pengalaman perdagangan untuk pelanggan kami. Kami melakukan hal ini dengan pemahaman yang mendalam apa ertinya menjadi pedagang dan dengan berempati terhadap jatuh bangun pada hari biasa, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga emosi. Saya teruja kerana bersama Saatchi & Saatchi NZ, kami telah membangunkan konsep yang dapat merealisasikanya dengan membuat rangkuman ringkas konflik dalaman dan dilema dalam membuat keputusan yang sangat penting dan seterusnya memaparkan dialog dalaman antara semua jenis personaliti berbeza yang terdapat dalam diri setiap pedagang. Kempen ini menggambarkan bahawa di Pepperstone, kami memahami pelbagai emosi yang dilalui oleh pelanggan kami, namun apa yang akhirnya mengikat mereka ialah keterujaan menyahut cabaran."

Steve Cochran, Saatchi & Saatchi NZ, Ketua Pegawai Kreatif berkata, "Iklan-iklan ini dirakam di bawah peraturan sekatan Covid yang agak ketat. Dengan adanya seorang pelakon berbakat di set yang melakonkan watak-watak berbeza bukan sahaja menyeronokkan, tetapi pastinya juga satu cara yang baik untuk mematuhi peraturan jarak sosial."

Kempen ini, dirakam oleh Florence Noble di Eight Films, walaupun tidak berjalan di New Zealand, dilancarkan untuk khalayak global pada 9 Februari 2022.

Brand 30": https://youtu.be/OxWSlZk6vDk
Perdagangan-Auto: https://youtu.be/KqxnANvhxZE
Berbilang-Aset: https://youtu.be/x7eJHpWwp-Q

Penghargaan:
Ketua Pegawai Pemasaran:
 Tony Gruebner
Ketua Pemasaran: Sheetal Maharaj dan Anna Simmonds
Agensi: Saatchi & Saatchi NZ
Syarikat Penerbitan: Eight
Penerbit Eksekutif: Claire Kelly
Pengarah: Florence Noble
Muzik: Mike Newport
Bunyi: Shane Taipari, Franklin Road

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Rosie Barclay, MSL Group, rosie.barclay@mslgroup.com

Latar Belakang Pepperstone

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pepperstone berkembang menjadi broker tukaran mata wang asing (forex) dan CFD global dalam talian yang memenangi anugerah kerana menyediakan khidmat pelanggan yang luar biasa. Pepperstone Group memiliki entiti-entiti berkaitan di seluruh dunia dan dikawal selia oleh Australian Securities & Investments Commission ASIC, UK Financial Conduct Authority FCA, Cyprus Securities & Exchange Commission CySec, Securities Commission of The Bahamas SCB, Dubai Financial Services Authority DFSA, Federal Financial Supervisory Authority BaFin dan The Capital Markets Authority of Kenya CMA.

Source: Pepperstone
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements Financial Technology