omniture

Xinhua Silk Road: Suzhou, Timur China perkukuh sokongan berbilang dimensi untuk bina kluster inovasi perindustrian maklumat elektronik

Xinhua Silk Road
2022-02-11 06:54 131

BEIJING, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Satu persidangan telahpun diadakan pada hari Selasa bagi menggalakkan pembinaan kluster inovasi perindustrian untuk industri maklumat elektronik di Bandar Suzhou, Wilayah Jiangsu, timur China. Projek poli-silikon suhu rendah (LTPS) AU Optronics Corporation (AUO) turut dilancarkan di acara tersebut.

Foto menunjukkan majlis penandatanganan projek-projek maklumat elektronik utama di persidangan pada hari Selasa yang diadakan di Suzhou, wilayah Jiangsu, timur China.
Foto menunjukkan majlis penandatanganan projek-projek maklumat elektronik utama di persidangan pada hari Selasa yang diadakan di Suzhou, wilayah Jiangsu, timur China.

Sebanyak 150 projek maklumat elektronik utama dengan jumlah pelaburan sebanyak 129 bilion yuan (kira-kira 20.28 bilion dolar A.S.) ditandatangani atau dimulakan di persidangan tersebut, meliputi bidang-bidang seperti komunikasi 5G, semikonduktor, cip, terminal pintar dan sebagainya. Antara projek-projek tersebut, 80 telah ditandatangani dengan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 72 bilion yuan dan 70 projek diumumkan untuk dimulakan dengan jumlah pelaburan sebanyak 57 bilion yuan, 19.1 bilion yuan daripadanya dijangka akan diselesaikan dalam tahun ini.

Bandar Suzhou telah melaksanakan usaha berbilang dimensi untuk menyokong pembangunan maklumat elektronik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hasil daripada panduan projek, sokongan dasar dan dorongan inovasi, industri ini berkembang menjadi yang pertama di bandar ini yang mencapai nilai keluaran tahunan melebihi satu trilion yuan.

Pada tahun 2021, nilai keluaran kasar industri maklumat elektronik Suzhou mencecah 1.16 trilion yuan, meningkat 10.8 peratus daripada tahun sebelumnya. Ketika ini, bandar tersebut merupakan tumpuan kepada 1,271 perusahaan industri melebihi saiz yang ditetapkan dan 62 perusahaan yang disenaraikan dalam sektor maklumat elektronik.

AUO Kunshan melancarkan projek LTPS pada hari yang sama di acara tersebut. Sebagai salah satu daripada tiga pengeluar panel LCD bersaiz besar yang terkemuka di dunia, AUO merancang untuk membuat pelaburan tambahan 1.8 bilion dolar A.S. dalam penaiktarafan barisan pengeluaran dan pengembangan kapasiti, bagi tujuan untuk mengatasi nilai keluaran tahunan sebanyak 10 bilion yuan.

Acara tersebut turut melibatkan majlis pemberian dana sokongan fiskal sebanyak 2.4 bilion yuan yang terkumpul pada tahun 2021. Selain itu, senarai 64 projek teknologi dalam industri maklumat elektronik diperkenalkan di acara ini. Bandar Kunshan, sebagai salah satu ekonomi peringkat daerah yang terkemuka di China, menyediakan sistem sokongan untuk kluster inovasi perindustrian generasi baharu dalam usaha untuk mempercepatkan integrasi mendalam antara rantaian industri dan rantaian inovasi.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/326373.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment