omniture

Gelombang Baharu Teknologi Pembersihan Lantai: Robot Vakum Mengemop Cuci-Sendiri Auto P8 obode

Midea Robozone
2022-02-11 10:53 105

SUZHOU, China, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pakar robotik obode, jenama Midea Robozone, baru sahaja mengumumkan pelancaran P8, vakum robot & mop pintar generasi seterusnya untuk pembersihan lantai automatik untuk seisi rumah. Menampilkan pad mop yang mencuci sendiri dengan agen pencuci, navigasi pintar LDS, pengisian semula air automatik pintar dan aplikasi boleh disesuaikan. P8 boleh didapati sekarang.

 

P8 ialah robot kombo mop vakum dengan keupayaan untuk mencuci sendiri pad mopnya bagi mengelakkan kulat dan bau busuk. Sebagai penyelesaian pembersihan lantai semua-dalam-satu yang unggul dengan 3 mod untuk menyapu, memvakum, mengemop dan kombinasi pembersihan. P8 dilengkapi dengan mop putaran berganda dan motor vakum tugas berat dengan kuasa sedutan 2000pa serta berus penggelek angkat pintar dapat dinaikkan kepada 7mm semasa pergerakan mengemopnya. Sistem ini dapat mengutip serpihan dan rambut dengan mudah daripada lantai keras dan permaidani. P8 menggunakan sensor ultrasonik canggih bagi menentukan jenis permukaan dan mengaplikasikan fungsi memvakum, mengemop, pembersihan bahagian tepi dan pemetaan penuh yang sesuai mengikut keperluan. Ia bergerak dengan lancar di seluruh bilik dan bertukar dengan pintar antara menyapu dan mengemop demi pembersihan yang selamat dan berkesan pada sebarang jenis lantai.

"Ramai orang telah mula beralih kepada pembersih vakum robotik demi kemudahan rumah. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, teknologi seperti navigasi robotik dan sensor permukaan telah menjadi sangat maju. Bagi P8, kami mengaplikasikan teknologi generasi seterusnya ini untuk mencipta pembersih vakum robot unggul dengan fungsi mengemop. Hasilnya ialah peranti pembersihan lantai berbilang permukaan yang paling canggih dengan pemetaan hebat, pengenalpastian permukaan pintar dan pembersihan berbilang mod untuk semua lantai isi rumah. P8 membersihkan dan membawakan fungsi-fungsi boleh diatur cara yang dapat menghapuskan kerumitan kerja rumah dengan pintar. Ia memastikan lantai anda bersih dengan cekap dan teliti agar anda tidak perlu berbuat demikian. Ia merupakan penambahan yang sempurna untuk rumah moden." Yuan Chen, pengasas obode.

obode P8 Intelligent All-In-1 Self-cleaning & Mopping Robot
obode P8 Intelligent All-In-1 Self-cleaning & Mopping Robot

P8 menggunakan algoritma navigasi generasi keenam digabungkan dengan ToF Lidar dan lebih daripada 30 set sensor navigasi untuk mencapai pemetaan berkelajuan tinggi tahap sentimeter bagi mengelakkan rintangan dan halangan ketika ia menentukan laluan mencuci yang paling cekap dan berkesan di seluruh rumah. Dengan bateri 6200mAh terbina dalam, P8 mampu melakukan pembersihan berterusan sehingga 2.5 jam, cukup untuk mencuci seluruh rumah, sebelum ia kembali secara automatik ke tapak untuk pengecasan semula. P8 juga dilengkapi dengan tangki air 4.6L dan 4.7L. Satu untuk air kotor, satu lagi untuk air bersih. Bagi pembersihan unggul, P8 mempunyai kain mop basuh balik dengan agen pencuci bagi mengelakkan comot tambahan dan kembali secara automatik ke tapak untuk membersihkan dan mengeringkan mop dengan panas untuk membasmi kuman selepas setiap sesi pembersihan.

Kawalan mudah P8 dicapai dengan arahan suara melalui Alexa atau Google Home dan sistem ini mempunyai obode Life app untuk penjadualan, pembersihan yang disesuaikan, penetapan zon dilarang-masuk maya dan mod 'Jangan ganggu'.

P8 tersedia sekarang untuk dijual dengan tawaran dan harga istimewa untuk pengguna awal.

Latar Belakang obode

Obode ialah jenama-eko teknologi AIoT yang membawakan masa depan kepada individu umur bekerja yang sibuk serta mengikuti perkembangan terbaru bagi memberikan lebih kebebasan dan persekitaran kehidupan yang positif kepada mereka. Di rumah, di dunia di sekeliling mereka, dengan produk AIoT yang pintar, bergaya, mudah digunakan. Kami bermatlamat untuk membantu orang ramai mendapatkan semula masa mereka, menggunakan teknologi pintar yang prihatin untuk dunia mereka dan meningkatkan gaya hidup mereka.
https://obodetech.com/

Latar Belakang Midea Robozone Technology 

Robozone ialah sebuah syarikat teknologi tinggi yang memfokuskan kepada Kecerdasan Buatan, produk Robot Pintar dan Penyelesaian Pintar. Berpangkalan di Suzhou, dengan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terletak di AS dan China, Robozone memiliki portfolio berbilang jenama termasuk Midea dan obode yang meliputi lebih 100 pasaran global. Robozone Technology ialah subsidiari Midea Group.

Source: Midea Robozone
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services