omniture

GoComet kumpul dana Siri A sebanyak $7 Juta

GoComet
2022-02-11 17:34 230

- GoComet mengumumkan penutupan pendanaan Siri A sebanyak $7 Juta yang dipimpin oleh Rider Global dan Atlas Ventures, dengan penyertaan daripada Jetty Ventures, Rebright Partners, Leo Capital dan Krishna Capital; dana berpangkalan di AS.

- Siri A menonjolkan peluang pertumbuhan yang sangat besar untuk GoComet memperluaskan kumpulan pelanggan mereka di AS dan Eropah; pusingan ini menjadikan jumlah dana syarikat mencecah kira-kira $9.5 Juta 

SINGAPURA, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- GoComet, platform SaaS vertikal yang menyediakan penyelesaian logistik berbilang mod kepada PKS dan konglomerat global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup pembiayaan Siri A sebanyak $7 Juta yang dipimpin oleh Rider Global dan Atlas Ventures.

GoComet ialah platform logistik dan pengangkutan berbilang mod intuitif dan mudah digunakan yang mengupayakan perniagaan global mengautomasikan logistik hujung-ke-hujung mereka dengan cara yang menguntungkan. Automasi perintis syarikat ini telah membantu organisasi-organisasi seluruh dunia membina kebingkasan rantaian bekalan, terutamanya semasa berlakunya pandemik global.

Menerusi algoritma pembelajaran mendalam yang dikuasakan oleh AI dan pembelajaran mesin, platform ini membolehkan organisasi-organisasi mengurangkan kos tambang, mengesan penghantaran pada waktu sebenar, mengoptimumkan operasi dan paling penting – menjimatkan kos. GoComet juga membolehkan syarikat-syarikat mendapatkan kemas kini waktu sebenar yang automatik mengenai kesesakan pelabuhan seluruh dunia.

Dana ini akan mendorong pembangunan platform GoComet yang selanjutnya dan mempercepatkan pertumbuhan pelanggannya serta pengembangan di AS dan Eropah, selaras dengan matlamatnya untuk menjadi peneraju global dalam bidang penyelesaian logistik berbilang mod.

"Kami teruja kerana mempunyai sekumpulan pelabur yang mempercayai keupayaan GoComet untuk membangunkan penyelesaian teknologi rantaian bekalan yang berdaya saing, terutamanya tatkala rantaian bekalan global menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kami menyasarkan untuk menggunakan modal ini bagi menarik minat dan mengekalkan bakat penting serta meluaskan kumpulan pelanggan kami ke dalam segmen dan pasaran yang lebih baharu," kata Gautam Prem Jain, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama GoComet.

Menyebut mengenai dana, Timur Boridko, Rakan Pengurusan Rider Global berkata, "GoComet telahpun memegang rekod prestasi terbukti dalam memudahkan penjimatan kos yang signifikan dalam logistik serta rantaian bekalan untuk beberapa syarikat global yang terbesar. Produk ini menyelesaikan banyak masalah utama dengan cara yang mudah digunakan dan elegan. Kami percaya bahawa dana ini akan membolehkan pasukan ini mencapai lebih lagi untuk pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu mereka dan memantapkan pasaran."

"Pasukan GoComet membangunkan platform berkuasa AI unik yang menyelesaikan set cabaran logistik yang amat rumit untuk pelanggan mereka: bermula daripada kekurangan keterlihatan rantaian bekalan hinggalah penghalaan dan penetapan harga yang tidak cekap. Kami percaya ia bukan lagi penyelesaian yang 'bagus untuk dimiliki', tetapi merupakan kit alatan teknologi penting yang diperlukan oleh industri ini untuk diguna pakai secara meluas," kata Maxim Shkvaruk, Pengarah Atlas Ventures.

GoComet telah menerima banyak pengiktirafan daripada persatuan-persatuan industri yang terkenal sejak dua tahun yang lalu. Platform ini diiktiraf sebagai penyelesaian pengurusan pengangkutan terunggul dan disebut dalam bahan-bahan penerbitan terkemuka seperti Forbes, Gartner, The Straits Times, Business Today, Logistics Tech Outlook USA dan banyak lagi. Empat pengasas bersama syarikat ini telah disenaraikan dalam Forbes 30 under 30.

Latar Belakang GoComet: 

GoComet ialah platform logistik dan pengangkutan berbilang mod terkemuka yang mengupayakan perniagaan global untuk mengautomasikan logistik hujung-ke-hujung mereka dengan cara yang menguntungkan. Syarikat ini dimulakan pada tahun 2018 oleh empat siswazah IIT Delhi iaitu Ayush Lodhi, Chitransh Sahai, Gautam Prem Jain dan Mehul Katiyar. Hari ini, lebih daripada 150 jenama global merentas 35 negara menggunakan platform SaaS berasaskan awan ini untuk mengautomasikan pelbagai proses dalam rantaian bekalan mereka. Pelanggan-pelanggan terkemuka terdiri daripada Sun Pharma, Sapmer, Glenmark, Polyplex, Alliance Tyres (subsidiari Yokohama Tyres), Lupin, ACG, antaranya. Ketika ini, GoComet beribu pejabat di Singapura dan turut bertapak di Asia Tenggara, AS dan juga Eropah.

Laman sesawang GoComet
LinkedIn GoComet  

Source: GoComet
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Transportation Venture Capital