omniture

CGTN: Beijing 2022 rangkumkan keamanan, keterbukaan dan solidariti

CGTN
2022-02-11 20:33 322

BEIJING, 11 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Penganjuran Sukan Olimpik merupakan satu penghormatan yang besar untuk mana-mana bandar; mendapat peluang untuk menganjurkannya dua kali bererti pengiktirafan dan tanggungjawab yang lebih besar. Sebagai bandar Olimpik dua kali yang pertama dalam sejarah moden, Beijing telah menggamit perhatian global menerusi Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sedang berlangsung. Beberapa diplomat dan ketua organisasi antarabangsa menyuarakan sokongan mereka dan menulis artikel untuk ruangan khas CGTN, Decision Makers yang merupakan platform global untuk para pemimpin berpengaruh berkongsi pandangan mereka mengenai peristiwa yang membentuk dunia hari ini.

Beijing 2022 rangkumkan keamanan, keterbukaan dan solidariti
Beijing 2022 rangkumkan keamanan, keterbukaan dan solidariti

Siddharth Chatterjee, penyelaras residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di China, berkata ia merupakan satu keistimewaan untuk memimpin PBB di China apabila Sukan ini kembali ke Beijing. "Dengan dunia yang masih menghadapi cabaran seperti pandemik COVID-19 dan krisis iklim, rasa simpati dan solidariti menjadi semakin kritikal."

Duta Cina ke Jerman Wu Ken berkata Sukan Olimpik Musim Sejuk bukan sahaja peristiwa untuk atlet, tetapi juga acara yang membawa sinar harapan dalam dunia yang dilanda pandemik ini bagi menggalakkan persefahaman, satu pandangan yang dikongsi oleh Zhang Hanhui, duta Cina ke Rusia. Zhang menyatakan, "Kita perlu membina konsensus atas semangat Sukan Olimpik dengan lebih lagi berbanding sebelum ini dan Sukan Olimpik Beijing 2022 bertindak sebagai platform untuk negara-negara saling menyokong antara satu sama lain."

John Aquilina, duta Malta ke China, bersetuju dengan sentimen ini. Pada ulang tahun ke-50 pemeteraian hubungan diplomatik antara Malta dan China, Aquilina berkata kedua-dua Sukan Olimpik tahun 2008 dan 2022 mempersembahkan pencapaian sukan yang cemerlang dan membantu menggalakkan keharmonian dan keamanan dunia.

Sebagai satu-satunya wakil diplomat asing yang mengambil bahagian dalam larian obor berganti-ganti Beijing 2022, Duta Greece ke China Georgios Iliopoulos berkata beliau berasa amat bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada Sukan ini. Athens menghidupkan semula Sukan Olimpik moden pada tahun 1896; dengan Beijing sebagai bandar tuan rumah pada tahun ini, acara ini akan menjadikan Greece dan China lebih erat.

Presiden International Ski Federation Johan Eliasch percaya bahawa prinsip-prinsip pergerakan Sukan Olimpik masih mempunyai daya tarikan yang sama pada hari ini. "Penganjuran Sukan Musim Sejuk oleh Beijing merupakan hasil daripada komitmen China untuk mengutamakan pembangunan sukan salji dan ia akan membawa sukan salji ke tahap seterusnya."

Ruggero Alcanterini, presiden bagi Jawatankuasa Kebangsaan Itali untuk Permainan Adil, memuji sumbangan China kepada Sukan Olimpik, manakala beliau mengkritik "boikot" diplomatik yang diumumkan oleh A.S. Mereka yang cuba memburukkan keadaan ini telah "menggugat perkembangan proses yang rumit demi keharmonian hidup bersama rakyat."

 (Jika anda ingin menyumbang dan mempunyai kepakaran tertentu, sila hubungi kami di opinions@cgtn.com.) 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Advocacy Group Opinion