omniture

China Literature dan Dua Universiti Terunggul Singapura Lancar Platform Pupuk Bakat Penulis Muda Bersemangat

Platform kesusasteraan dalam talian berganding bahu bersama National University of Singapore dan Nanyang Technological University untuk melancarkan Projek Inkubasi Penulis Global 2022, platform yang diwujudkan untuk memupuk bakat penulis yang sedang meningkat naik
China Literature
2022-02-14 08:37 291

SINGAPURA14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- China Literature (0772.HK), platform inkubasi kesusasteraan dalam talian dan harta intelek (IP) yang terkemuka di China, melancarkan Projek Inkubasi Penulis Global (Global Author Incubation Project) 2022 pada 11 Februari 2022 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk memberi bimbingan kreatif dan sokongan dasar kepada penulis dalam talian di seluruh dunia.

Lima penulis terkemuka dijemput ke sesi pertama projek ini, sebuah acara yang berlangsung pada tahun 2021. Semasa sesi berkenaan, mereka menyampaikan ceramah yang meneliti sejarah dan trend perkembangan kesusasteraan dalam talian dari perspektif yang berbeza termasuk melihat kepada jenis kandungan yang popular masa kini selain bagaimana model perniagaan tersebut berkembang. Pemenang-pemenang bagi Webnovel Spirity Awards Spring 2021 (WSA 2021) turut diumumkan semasa sesi berkenaan, dengan Elyon, XIETIAN dan KazzenIX masing-masing menerima Anugerah Emas dan hadiah wang tunai bernilai US$10,000. Mula dilancarkan pada tahun 2019 di Asia Tenggara, WSA diiktiraf sebagai acara yang penting dalam sektor kesusasteraan dalam talian yang berkembang pesat.

Sejak tahun 2020, Webnovel(www.webnovel.com), portal dengan jangkauan global di bawah naungan China Literature, telah mengumpul karya berbahasa Inggeris asli yang menarik perhatian daripada penulis-penulis seluruh dunia dan dalam masa yang sama memberi sokongan trafik omnisaluran serta pemadanan sumber operasi yang fleksibel dan tepat. Setakat Jun 2021, platform ini telah menggabungkan dan memberi kebolehlihatan kepada hampir 190,000 pencipta dari seluruh dunia yang kebanyakannya merupakan penulis sedang meningkat naik yang wajar diberi perhatian yang juga merupakan guru, doktor atau pekerja pasar raya. Bagi memetik beberapa contoh, penulis dalam talian dari Filipina, KazzenlX pernah bekerja sebagai seorang guru tadika manakala penulis wanita dari Bangladesh, Flow07, telah menjadi seorang yang berdikari dari segi ekonomi dengan menulis novel dalam talian.

Webnovel telah dan terus komited untuk membantu penulis muda berkembang maju dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka. Webnovel membiayai penulis muda dengan menyediakan pendapatan terjamin sebanyak US$800 untuk karya yang memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh platform ini. Selain itu, penulis di platform ini juga boleh menambah pendapatan mereka melalui hasil langganan dan ganjaran daripada pembaca. Platform ini juga membantu menyerlahkan potensi kreatif penulis sekali gus meluaskan visi mereka dengan membimbing mereka dalam mencipta kandungan melalui penyediaan perkhidmatan penyuntingan yang eksklusif.

Source: China Literature
Keywords: Books Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements