omniture

Xinhua Silk Road: Dehua tingkatkan pengeluaran Bing Dwen Dwen, penuhi permintaan moden dengan karya porselin

Xinhua Silk Road
2022-02-14 08:43 116

BEIJING, 14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Kira-kira 80 peratus daripada pengeluar di Daerah Dehua, Wilayah Fujian, timur China telah menyambung semula pengeluaran porselin Bing Dwen Dwen lebih awal daripada yang dijadualkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Foto menunjukkan maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Bing Dwen Dwen (Kiri) dan maskot Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Shuey Rhon Rhon.
Foto menunjukkan maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Bing Dwen Dwen (Kiri) dan maskot Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Shuey Rhon Rhon.

Maskot panda comel Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 baru-baru ini menjadi sangat terkenal, dengan versi porselin Dehua begitu dicari-cari kerana kehalusan, kelicinan dan kilauannya meningkatkan lagi daya tarikan patung kecil ini.

Dengan 128 perusahaan kembali bekerja setakat 10 Februari, dianggarkan bahawa kesemua 160 perusahaan melebihi saiz yang ditetapkan (perusahaan industri dengan hasil daripada aktiviti utama mencecah lebih 20 juta yuan) di Dehua akan menyambung semula aktiviti pengeluaran selewat-lewatnya pada 15 Februari.

Keterujaan terhadap Bing Dwen Dwen memberikan pemahaman baharu mengenai Dehua yang telah menghasilkan porselin eksport sejak Dinasti Song (960-1279 AD). Porselin putih yang dicipta di sini digelar "Blanc de Chine (Putih daripada China)" oleh Perancis dan meraih kemasyhuran di serata dunia.

Masih lagi merupakan penjana pembuatan seramik di China pada hari ini, Dehua mengeksport lebih 70 peratus produk seramiknya ke lebih 190 negara dan wilayah seluruh dunia. Nilai keluaran seramik Dehua melebihi 45 bilion yuan pada tahun 2021.

Ia digelar "Bandar Seramik Dunia" oleh World Crafts Council pada tahun 2015.

Diraikan secara tradisional kerana porselin putihnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini Dehua telah mewujudkan kluster rantaian keseluruhan seperti porselin seni pakar, porselin kraf eksport dan porselin isi rumah serta memanfaatkan sepenuhnya sains dan teknologi serta unsur budaya bagi memeriahkan industri seramik dengan reka bentuk, bahan, proses dan teknik yang lebih kreatif. Porselin putih telah menjadi kelebihan Dehua, berkongsi keindahan yang sangat halus dan konotasi beraneka "Blanc de Chine" bersama dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/326385.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Sporting Events Sports Toys