omniture

PRCA APAC Umum PR Newswire sebagai Rakan Pengedaran Berita untuk PRCA APAC Awards 2022

PRCA APAC
2022-02-14 09:00 132

SINGAPURA, 14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Public Relations and Communications Association Asia Pacific (PRCA APAC) hari ini mengumumkan agensi pengedar siaran akhbar PR Newswire sebagai Rakan Pengedaran Beritanya untuk PRCA APAC Awards 2022.

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

PRCA Asia Pacific Awards mengiktiraf bakat dan impak individu, pasukan dan kempen daripada yang terbaik dalam kerjaya PR dan komunikasi di Asia Pasifik.

Penyertaan akan diadili oleh beberapa nama terbesar daripada dunia perhubungan awam (PR), komunikasi dan kewartawanan, yang bererti memenangi salah satu anugerah ini merupakan satu pengiktirafan sebenar terhadap perkhidmatan PR dan komunikasi termaju.

Penyertaan kini ditutup.

Untuk maklumat lanjut mengenai upacara tahun 2022 atau Anugerah 2023, sila hubungi apacawards@prca.global.

Latar Belakang PRCA 

Public Relations and Communications Association (PRCA) ialah badan perhubungan awam (PR) profesional yang terbesar di dunia.

Kami mewakili lebih daripada 35,000 ahli profesional PR di 82 negara seluruh dunia. Dengan pejabat-pejabat di London, Hong Kong, Dubai, Singapura dan Buenos Aires, kami merupakan penyokong global bagi kecemerlangan dalam perhubungan awam.

Misi kami adalah untuk mewujudkan industri PR yang lebih profesional, beretika dan maju. Kami memperjuangkan – dan melaksanakan – standard profesional di serata dunia melalui Piagam Profesional dan Tatakelakuan kami. Tatakelakuan ini menggesa ahli-ahli untuk mematuhi standard amalan beretika yang tertinggi.

Kami menyediakan latihan yang hebat, data industri berwibawa dan rangkaian global serta peluang pembangunan.

Kami turut mengurus International Communications Consultancy Organisation (ICCO) – badan penaung untuk 41 persatuan PR dan 3,000 agensi di seluruh dunia dan LG Comms – badan negara UK untuk komunikator kerajaan tempatan. Di samping itu, kami menyokong penyampaian Motor Industry Communicators Association (MICA).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Tara Munis
Tara.Munis@prca.global
+85297274865

Source: PRCA APAC
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Awards Licensing/marketing agreements