omniture

TECNO umum telefon 5G pertamanya, POVA 5G dengan edisi khas Manchester City secara global

TECNO
2022-02-14 08:58 101

SHENZHEN, China, 14 Februari 2022 /PRNewswire/ -- TECNO, jenama telefon pintar premium yang memfokuskan kepada pasaran-pasaran baru muncul, memperkenalkan buat julung kalinya telefon 5G pertamanya, POVA 5G dengan edisi khas Manchester City Football Club (MCFC), menandakan penerokaannya ke era baharu pembangunan telefon mudah alih.

POVA 5G dengan warna Aether Black memaparkan logo kebanggaan kelab bola sepak yang terkemuka di dunia Manchester City sebagai edisi khas. Siri POVA merupakan barisan produk berorientasikan prestasi TECNO yang menawarkan pengalaman telefon pintar yang berkuasa. Terdapat banyak persamaan antara bola sepak dan POVA 5G baharu ini, seperti ketahanan yang lama, ketepatan tinggi dan bakat yang besar bagi mencapai tahap prestasi seterusnya seperti yang diharapkan daripada juara. Telefon ini mencerminkan etos ini dengan ciri-cirinya yang terbaik dalam kelas.

Penuh kuasa dengan reka bentuk futuristik, pemproses 5G Dimensity 900 yang amat pantas, RAM Maya LPDDR5 8GB + 3GB ultra pantas, paparan FHD+ 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz, unit kamera belakang tigaan 50MP, TECNO POVA 5G merupakan yang pertama dalam kategorinya.


Danni Xu, Ketua Pegawai Pemasaran TECNO berkongsi: "Memandangkan teknologi 5G terus mendominasi segmen telefon pintar dan ternyata mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna dalam pasaran baru muncul, pelancaran POVA 5G merupakan pencapaian yang menandakan langkah kami ke dalam segmen 5G. Motivasi kami adalah untuk merapatkan jurang komunikasi, menjadikan pengalaman premium mempunyai harga yang berpatutan dan boleh diakses oleh lebih ramai pengguna dalam pasaran baru muncul."

"Kami telah menghargai perkongsian yang panjang bersama Manchester City sejak tahun 2017. Perkongsian ini telah membuahkan hasil kerana kami mengikuti nilai-nilai yang serupa dalam meletakkan pengguna dan khalayak pada tahap tertinggi. Edisi khas POVA 5G ManCity mensinergikan etos kepantasan, kuasa dan prestasi, mencerminkan semangat jenama kami yang 'sanggup berbuat apa sahaja' yang mantap." Tambah beliau.

Jaringkan gol bersama, abadikan detik-detik hebat dengan penaiktarafan teknologi unggul

POVA 5G serba baharu TECNO membawakan permainan-A anda ke tahap seterusnya. Ia padat dengan aplikasi dan fungsi premium. Dilengkapi dengan bateri 6000mAh yang diterjemahkan kepada 32 hari masa tunggu sedia, 55 jam masa panggilan dan 183 jam main balik muzik, bateri besar ini hanya memerlukan 33 minit untuk menambah hayat bateri sehingga 50%.

Pemproses 5G Dimensity 900 Amat Pantas, RAM 8+3GB, paparan HD+ Penuh 6.95-inci dan kadar segar semula 120Hz turut menjamin masa pemuatan yang pantas, lancar dan singkat. Kamera quad 50MP dan selang-masa 4K, gerakan perlahan 960FPS, penstabilan video dan bokeh, dengan banyak mod rakaman video hebat yang lain meletakkan kualiti video dan foto profesional di tangan pengguna.

TECNO ialah Rakan Kongsi Telefon Bimbit Rasmi Premier League Champions semasa, Manchester City. Sama seperti juara semasa, TECNO POVA 5G bersedia untuk menerajui pasaran dengan teras berkuasanya, kadar segar semula yang tiada tandingan, bateri pengecasan pantas, sistem kamera profesional dan reka bentuk bergaya. Edisi khas Manchester City POVA 5G membawa harapan yang besar kerana ia menandakan satu lagi pencapaian yang menandakan langkah TECNO ke dalam liga besar 5G.

 

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services