omniture

SJTU Antai MBA Tersenarai di Tempat ke-58 Secara Global dan Pertama dalam Kemajuan Kerjaya di China oleh Financial Times 2022

Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
2022-02-15 00:20 275

SHANGHAI, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Program MBA daripada Antai College of Economics and Management Shanghai Jiao Tong University (SJTU) tersenarai di tempat ke-58 dalam Pemeringkatan MBA Global Financial Times (FT) 2022 yang diterbitkan pada 14 Februari 2022. Sebagai satu-satunya sekolah perniagaan tempatan di tanah besar Cina yang disenaraikan antara 100 terbaik global selama sembilan tahun berturut-turut, SJTU Antai mencatatkan prestasi cemerlang dalam pemeringkatan penunjuk penting seperti Kenaikan Gaji dan Kemajuan Kerjaya: Bekerja dalam tempoh tiga bulan mencecah 100% dan Kenaikan Gaji meningkat kepada 160%. Wajar disebutkan juga bahawa program Antai MBA tersenarai di kedudukan No.1 di China dan No.4 di dunia dalam Kedudukan Kemajuan Kerjaya. Data yang cemerlang ini menunjukkan sepenuhnya kelebihan unik program Antai MBA dalam pemupukan bakat serta pertumbuhannya yang berterusan dari segi kuasa jenama antara industri-industri.

Penarafan MBA Global 2022
Penarafan MBA Global 2022

ACEM SJTU sentiasa berdedikasi untuk memperkenalkan sumber-sumber terbaik kepada program MBAnya, bagi menjadikannya tersedia untuk meletakan asas teori yang kukuh kepada pelajar dan juga berkongsi pengalaman pengurusan industri langsung bagi membangunkan golongan elit industri luar biasa yang berupaya untuk menggabungkan teori dengan amalan. Strategi "dua jenis biasiswa, mendatar (akademik) dan menegak (industri), saling mengukuhkan antara satu sama lain dan menghubungkan teori dengan amalan" yang dicadangkan oleh Dekan Chen Fangruo bukan sahaja dilaksanakan dalam kajian akademik oleh fakulti, bahkan turut diaplikasikan dalam pemupukan bakat. Dengan visi untuk "membina institut teknologi dan kewangan global yang menerajui masa depan," SJTU dan Bank of China mengumumkan pelancaran rasmi kerjasama sumber tertingginya bernilai ratusan juta RMB pada 12 April 2021, yang akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan masing-masing untuk menggalakkan lagi pemerkasaan bersama antara kewangan dan teknologi serta menjalin kerjasama sumber yang menyeluruh berhubung pemupukan bakat, amalan dan latihan, inovasi serta inkubasi dan sebagainya. Antai MBA Entrepreneurship Elite Class terdiri daripada pelabur, usahawan di-kampus dan usahawan alumni, menawarkan kursus keusahawanan, aktiviti luar talian serta latihan luar talian untuk lebih daripada 1,000 hadirin bagi memberi sokongan penuh dan saling bantu-membantu demi pembangunan mereka. Dipercayai bahawa Antai MBA akan mengekalkan pendekatannya yang pragmatik dan inovatif berdasarkan kepada fakulti-fakultinya yang mantap dan dalam masa yang sama membangunkan kurikulum yang berkualiti tinggi serta mendorong komuniti industri bagi memupuk bakat pemimpin perniagaan masa depan dengan idea termaju dan juga amalan industri.

 

Source: Antai College of Economics and Management, Shanghai Jiao Tong University
Keywords: Education Higher Education Awards Public Interest