omniture

Cambridge University Press dan Cambridge Assessment Bangunkan Kerangka Kemahiran Kebolehpasaran untuk Siswazah Tingkatkan Kebolehpasaran dalam Dunia yang Semakin Berubah

Cambridge Assessment English
2022-02-15 09:00 257

SINGAPURA, 15 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Bagi membantu mengenal pasti kemahiran sosial, kognitif dan emosi untuk pelajar agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik untuk kerjaya mereka, Cambridge University Press dan Cambridge Assessment telah membangunkan Kerangka Kemahiran Kebolehpasaran. Kerangka ini adalah berdasarkan kepada kajian meluas terhadap keperluan majikan dan sejajar dengan Kerangka Kecekapan Kehidupan Cambridge. Dengan menyediakan peta kemahiran kebolehpasaran yang paling penting, kerangka ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang terlibat dalam setiap kemahiran ini dan membantu pendidik untuk melaksanakannya dalam pengajaran mereka.

Memandangkan sekatan pergerakan COVID-19 mula longgar di banyak pelosok di dunia, terdapat peningkatan semula yang pesat dari segi permintaan terhadap Cambridge English Qualifications dengan beberapa negara telahpun kembali ke peringkat pra-pandemik. Terdapat juga bukti bahawa pelajar menyambung semula rancangan mereka untuk perjalanan antarabangsa dan Pengajian Tinggi.

Sungguhpun demikian, Pengajian Tinggi antarabangsa menghadapi cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam menarik pelajar dan memberikan pengalaman positif kepada mereka. Pelajar perlu yakin bahawa keadaan selamat untuk melakukan perjalanan dan mereka akan mendapat manfaat daripada pengalaman pelajar sepenuhnya apabila mereka tiba dan lebih-lebih lagi, pelaburan masa dan wang mereka akan memberi faedah jangka panjang kepada mereka.

Walaupun sebelum krisis COVID-19, satu tinjauan oleh QS Intelligence Unit mencadangkan bahawa pelajar melihat prospek pekerjaan sebagai faedah paling penting untuk memasuki universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, jauh mendahului faedah-faedah lain seperti kualiti pendidikan atau pengalaman pelajar. [1]

Kebolehpasaran berkemungkinan menjadi faktor yang jauh lebih penting selepas krisis ini, tatkala pelajar mempersiapkan diri untuk pasaran pekerja yang semakin kompetitif. Dengan kekurangan pekerjaan siswazah, ketidakamanan 'ekonomi gig' dan kesedaran bahawa semakin banyak profesion akan terjejas oleh automasi, bakal pelajar perlu mengetahui bahawa pendidikan mereka akan memberikan kemahiran yang diperlukan untuk mereka mencapai kejayaan.

Kemahiran masa depan 

Pendidik sering berkata bahawa mereka mempersiapkan pelajar untuk kerjaya yang masih belum wujud, namun jelas bahawa profesion masa depan akan memerlukan pelbagai jenis kemahiran sosial, kognitif dan emosi yang penting untuk mencapai kejayaan dalam banyak kerjaya. Selain itu, kerangka yang dibangunkan oleh Cambridge University Press dan Cambridge Assessment disasarkan untuk membantu pelajar mengenal pasti kemahiran ini.

Ini hanyalah beberapa contoh kemahiran yang diliputi oleh Kerangka ini:

Kolaborasi dan kerja berkumpulan. Bolehkan calon… mengurus tugas kolaboratif? Bekerjasama dengan baik dalam kumpulan? Menyelesaikan tugas berkumpulan dengan berkesan?
Komunikasi. Bolehkan calon… menyampaikan pandangan mereka dengan jelas dan berkesan? Menyesuaikan cara mereka berkomunikasi untuk khalayak dan tujuan berbeza? Memahami orang lain?
Inovasi dan penyelesaian masalah. Bolehkan calon… Menghuraikan dan menggabungkan idea? Membangunkan senario dan cadangan alternatif? Mengambil kira perspektif pihak berkepentingan yang lain?
Pemikiran kritis dan pembuatan keputusan. Bolehkan calon… menganalisis maklumat dan hujah? Menilai pilihan untuk membuat sesuatu keputusan? Menilai keberkesanan penyelesaian yang dilaksanakan?
Kepimpinan dan kewarganegaraan global.  Bolehkan calon… mendapatkan sokongan untuk tindakan melalui strategi komunikasi yang berkesan? Memahami peranan sesebuah organisasi dalam isu global seperti alam sekitar, keterangkuman dan kesaksamaan?
Pembangunan dan pengurusan peribadi. Bolehkan calon… menetapkan matlamat untuk pembangunan profesional? Mengambil tindakan untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan baharu? Memanfaatkan maklum balas untuk meningkatkan prestasi?
Kecerdasan emosi. Bolehkan calon… membentuk sikap dan etika kerja yang positif? Menjalin dan mengekalkan hubungan yang positif?
Literasi digital. Bolehkan calon… menggunakan alat digital dan dalam talian? Mengikuti amalan dalam talian yang selamat? Berkelakuan sewajarnya kepada pihak lain di

dalam talian?

Bahasa Inggeris - kunci kebolehpasaran 

Sungguh menarik kerana semua 'kemahiran insani' ini memerlukan bahasa dan komunikasi yang sofistikated dan dalam kebanyakan profesion, banyak daripada komunikasi ini akan menggunakan bahasa Inggeris. Ringkasnya, siswazah yang dapat berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Inggeris akan mendapat kelebihan yang besar untuk menempatkan diri mereka bagi mendaki tangga kerjaya dan kelebihan ini akan kekal sepanjang kerjaya mereka.

Cambridge English Qualifications – terutamanya tetapi tidak terhad kepada B2 Pertama, C1 Lanjutan dan C2 Kefasihan – dirancang untuk membantu pelajar mendapat faedah maksimum sebaiknya daripada pengajian mereka dalam pendidikan lanjutan dan lebih tinggi. Ia dikenali di seluruh dunia sebagai cara yang sangat baik untuk mempersiapkan diri pelajar dengan banyak tugasan yang akan mereka hadapi di universiti, seperti mendengar kuliah, menulis esei, memahami dengan membaca daripada pelbagai teks dan membuat pembentangan. Namun begitu, lebih daripada itu, ia turut memastikan calon-calon yang berjaya mempunyai kemahiran bahasa sedia-bekerja yang akan membantu mereka dalam peralihan daripada pendidikan kepada kerja dan pembangunan profesional.

Mengiktiraf dan mengesyorkan Cambridge English Qualifications untuk matrikulasi dan pengijazahan dapat membantu universiti-universiti di seluruh dunia memaksimumkan prospek pekerjaan pelajar mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut,
Global: www.cambridgeenglish.org/ 
Malaysia: www.cambridgeenglish.org/my 
Vietnam: www.cambridgeenglish.org/vn 
Indonesia: www.cambridgeenglish.org/id 
Thailand: www.cambridgeenglish.org/th 
Jepun: www.cambridgeenglish.org/jp 
Korea: www.cambridgeenglish.org/kr 

 

Source: Cambridge Assessment English
Keywords: Education Higher Education New products/services