omniture

AETOS, Collinson dan Crisis24 lancar 'AETOS Assist' - perkhidmatan pengurusan risiko sekuriti, perubatan dan perjalanan bersepadu untuk perniagaan

AETOS HOLDINGS
2022-02-16 09:00 99

SINGAPURA, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- AETOS, Collinson dan Crisis24, sebuah syarikat GardaWorld, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk menyediakan 'AETOS Assist', iaitu pengurusan perkhidmatan risiko sekuriti dan perjalanan bersepadu hujung-ke-hujung kepada perniagaan. Beroperasi daripada Pusat Perintah dipacu data yang didayakan oleh 5G, AETOS Assist akan mengukuhkan kehadiran Crisis24 dan Collinson di rantau Asia-Pasifik; membolehkan organisasi-organisasi memenuhi kewajipan berjaga-jaga mereka dan melindungi pekerja di rantau ini dan serata dunia.

Di bawah perjanjian ini, ketiga-tiga syarikat ini akan memanfaatkan gabungan kepakaran mereka untuk menyediakan pelanggan korporat dengan perkhidmatan dan sokongan pengurangan risiko global yang lengkap, bagi membolehkan mereka menilai, mengurangkan dan mengurus risiko dengan berkesan di tengah-tengah persekitaran ancaman yang semakin berkembang ini.

Bermula daripada penilaian risiko sebelum perjalanan, perisikan keselamatan waktu sebenar dan penjejakan individu sehinggalah kepada pengurusan krisis, pemindahan kecemasan dan bantuan perubatan global, AETOS Assist akan memberi sokongan khusus serta ketenangan minda selama 24/7/365 kepada pengembara perniagaan dan ekspatriat. Penyelesaian perubatan mereka akan turut merangkumkan ujian dan bantuan perjalanan berkaitan COVID yang lancar dan selamat untuk membantu organisasi-organisasi mengurus pandemik semasa dan melindungi kesihatan tenaga kerja.

"Kami teruja dapat berganding bahu bersama Collinson dan Crisis24, kedua-duanya merupakan pakar yang terkemuka dalam bidang pengurusan risiko bersepadu, pengembara global dan bantuan perubatan. Meningkatkan dan mempelbagaikan keupayaan kami merupakan sebahagian daripada visi AETOS yang lebih luas untuk menyediakan penyelesaian sekuriti dan keselamatan bersepadu kepada pelanggan kami. Perkongsian ini akan membantu AETOS mengembangkan jejak serantaunya dan meluaskan keupayaan pengimbasan lingkungan, penilaian ancaman dan keupayaan respons kami untuk mengurangkan risiko sekuriti di mana-mana sahaja di dunia," kata En. Alfred Fox, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif AETOS Holdings.

Francis Chong, Naib Presiden, Collinson Assistance, Asia Pasifik, Collinson berkata, "Sebagai peneraju global bagi penyediaan penyelesaian pengurusan risiko perubatan dan perjalanan, kami gembira dapat berganding bahu bersama AETOS dan mengukuhkan lagi perkongsian sedia ada kami bersama Crisis24. Dengan perjalanan korporat yang menjadi semakin rumit semasa pandemik COVID-19, kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat melindungi dan menyokong pekerja dengan lebih baik di mana jua mereka beroperasi. Selain itu, dengan Piawaian ISO 31030 baharu yang memindahkan pengurusan risiko perjalanan ke dalam agenda C-Suite, perkongsian ini akan memastikan perniagaan dapat melindungi aset mereka yang paling berharga – pekerja mereka."

Mengulas mengenai perkongsian ini, Richard Hancock, Pengarah Khidmat Perunding APAC, Crisis24 berkata, "Crisis24 berharap dapat menyampaikan perkhidmatan pengurusan risiko sekuriti bersepadu dan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan menerusi kerjasama dengan AETOS dan Collinson. Ini merupakan permulaan kepada kolaborasi yang hebat bersama pasukan-pasukan yang berbakat. Gabungan kekuatan, keupayaan unik dan teknologi inovatif kami dapat menyediakan sekuriti, pengurusan risiko dan bantuan perubatan yang lancar kepada pelanggan kami di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia."

Latar Belakang AETOS

AETOS Holdings Pte Ltd, ahli Surbana Jurong Group, ialah penyedia perkhidmatan sekuriti dan keselamatan bersepadu terkemuka di Singapura yang menyediakan portfolio perkhidmatan yang luas.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.aetos.com.sg.

Hubungan Media: 

Elaine Ong, elaine.ongyy@aetos.com.sg

Source: AETOS HOLDINGS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Outsourcing Businesses New products/services