omniture

Bersiap Sedia untuk Keseronokan Tahun Baru Cina bersama @Visit Jiangsu

Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
2022-02-16 10:45 253

NANJING, China, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- @Visit Jiangsu menyediakan beberapa budaya Tahun Baru Cina yang menarik untuk Tahun Harimau. @Visit Jiangsu memaparkan beberapa program dalam talian Selamat Tahun Baru Cina dengan ciri-ciri Jiangsu pada lima platform media sosial. Program-program ini telah mencapai hampir 100 negara dan wilayah di serata dunia, menyediakan halwa telinga dan sesuatu yang menjamu mata gaya Jiangsu untuk khalayak global.

Konsert besar-besaran Elegance of Chinese Music telah muncul menjadi video Selamat Tahun Baru Cina yang paling popular di Facebook. Konsert ini diarahkan oleh Chen Xieyang, konduktor Cina yang terkenal dan dipersembahkan oleh Suzhou Symphony Orchestra. Dengan menggabungkan muzik kaum Cina dengan simfoni Barat, konsert tersebut menonjolkan baik keanggunan China mahupun ciri-ciri tempatan Jiangsu.

Sementara itu, @Visit Jiangsu turut melancarkan Perlumbaan Lari Berganti-ganti Tahun Baru Cina Global, menjemput peminat global untuk merakam video Tahun Baru Cina bagi menyampaikan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Jiangsu kepada keluarga dan rakan taulan. Peminat-peminat dari pelbagai negara dan wilayah menghantar beberapa video ucapan kepada Jiangsu dan menyambut Tahun Harimau yang unik bersama-sama pada platform media sosial.

Acara tersebut akan berlangsung hingga 15 Februari, iaitu hari Pesta Tanglung. Produk-produk budaya dan kreatif akan diedarkan sebagai hadiah istimewa kepada peserta. Sekiranya anda berminat dengan acara lumba lari berganti-ganti, sila cari Visit Jiangsu di media sosial bagi menikmati perjalanan Selamat Tahun Baru bersama Jiangsu!

Source: Jiangsu Provincial Department of Culture and Tourism
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Social Media Travel