omniture

Vantage taja pasukan lumba luar jalan elektrik baharu McLaren

Vantage
2022-02-16 17:00 178

LONDON dan SINGAPURA, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker pelbagai aset antarabangsa, mengumumkan perkongsian berbilang tahunnya bersama McLaren Racing sebagai Rakan Kongsi Rasmi pasukan Extreme E (MX) McLaren. Pengumuman ini dibuat menjelang pelancaran musim 2022, dengan perlumbaan pertama, Desert X Prix di Arab Saudi, dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Februari.

 

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, dan Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing, bergambar bersama kereta lumba McLaren Extreme E 2022.
David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, dan Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing, bergambar bersama kereta lumba McLaren Extreme E 2022.

 

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, dan Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing
David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, dan Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing

 

Vantage adalah Rakan Kongsi Rasmi pasukan McLaren Extreme E, dengan penjenamaannya menampilkan sisi casis dan bumbung kereta lumba ini.
Vantage adalah Rakan Kongsi Rasmi pasukan McLaren Extreme E, dengan penjenamaannya menampilkan sisi casis dan bumbung kereta lumba ini.

Extreme E adalah konsep baharu dalam sukan bermotor yang mencabar pasukan untuk berlumba di luar jalan merentas kawasan terpencil di dunia menerusi SUV elektrik yang canggih bagi meningkatkan kesedaran terhadap iklim.

Perkongsian antara Vantage dan McLaren Racing merupakan satu penyatuan jenama-jenama yang berfikiran sealiran dan diiktiraf di peringkat global yang percaya akan nilai yang sama: kelestarian dan kepelbagaian serta kesaksamaan jantina, keterangkuman dan perwakilan di samping memperjuangkan dan menyokong kesedaran perubahan iklim.

Vantage telah bekerjasama dengan pasukan Extreme E (MX) McLaren kerana konsep di sebalik Extreme E. Tumpuan utama untuk Vantage adalah untuk memberi akses untuk berdagang di kawasan-kawasan terpencil di dunia yang benar-benar selari dengan hasrat Extreme E untuk meningkatkan kesedaran mengenai cabaran perubahan iklim melalui lokasi-lokasi di tempat ia berlumba.

Vantage menyertai pasukan MX McLaren untuk musim sulungnya dalam siri perlumbaan ini yang baru sahaja memasuki tahun keduanya, dengan penjenamaannya dibawa pada bahagian tepi cesi dan bumbung kereta lumba MX McLaren. Pemandu-pemandu Tanner Foust dan Emma Gilmour akan turut memaparkan warna-warna Vantage pada baju luar perlumbaan mereka sepanjang musim 5-perlumbaan pada tahun ini.

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage UK, berkata:

"Perkongsian bersama McLaren Racing ini merupakan langkah yang besar untuk Vantage. Syarikat ini menghargai kelajuan dan inovasi dengan cara yang sama seperti kami lakukan. Sepanjang perjalanan pelaksanaan penjenamaan semula kami, kami melakukan sedikit pencarian yang mendalam tentang jenis syarikat kami. Sebagai sebahagian daripada strategi kami untuk mempercepatkan pendedahan kami, kami mengambil keputusan untuk meneroka penajaan dalam bidang sukan yang kami rasakan akan meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kami yang dinaik taraf.

"Dengan mengambil kira bahawa kami merupakan broker yang menyediakan teknologi yang tiada tandingan bagi membolehkan pelaksanaan perdagangan yang pantas, munasabah untuk kami melihat sesuatu dari segi perlumbaan, iaitu apabila kami menemui Extreme E dan McLaren. Ia menjadi jelas serta-merta bahawa terdapat beberapa persamaan antara jenama-jenama dan sektor-sektor kami, namun lebih daripada itu, kami mengambil keputusan bahawa kami ingin terlibat dengan lebih aktif dan menyumbang kepada bidang sukan yang dapat meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan menunjukkan sokongan kami dalam menangani isu global ini."

Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Racing, berkata:

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vantage sebelum musim pertama kami untuk bersaing dalam Extreme E. Amat penting untuk kami bekerjasama dengan rakan kongsi yang mencerminkan nilai pasukan kami dan Vantage turut berkongsi komitmen kami terhadap kelestarian, inovasi dan prestasi.

"Berlumba dalam Extreme E merupakan lembaran baharu yang mengujakan untuk McLaren Racing dan perkongsian kami bersama Vantage menyokong kami untuk mengambil langkah yang penting ini bagi meluaskan portfolio perlumbaan kami sekali gus mempercepatkan proses pembelajaran kami mengenai kelestarian."

https://www.vantagemarkets.com/sponsorship/mclaren/

Latar Belakang Vantage
Vantage adalah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun dan beribu pejabat di Sydney, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage merupakan lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai dan platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

Diperkasakan untuk berdagang melalui peluang pasaran apabila anda
berdagang dengan lebih pintar @vantage.

 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Licensing/marketing agreements