omniture

Beike Realsee Jalin Kerjasama dengan Mixgo, Syarikat Teknologi Hartanah di Singapura, Tingkatkan Transformasi Digital Industri Hartanah di Asia Tenggara

Realsee
2022-02-17 20:59 1901

BEIJING, 17 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Pada 14 Februari 2022, Realsee, penyedia penyelesaian pendigitalan ruangan bersepadu yang terkemuka di dunia, memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Mixgo, sebuah syarikat teknologi hartanah di Singapura, untuk meluaskan lagi pelaksanaan dan aplikasi VR serta AI dalam perkhidmatan perumahan di Asia Tenggara dan bagi menggalakkan transformasi digital terhadap perkhidmatan sedemikian.

Mixgo telah berada di Singapura selama lebih daripada sepuluh tahun. Setelah mendapati bahawa pemaju perlu menjual rumah melalui mesyuarat video disebabkan oleh wabak, Mixgo melancarkan sistem jualan dalam talian Ecoprop yang mana pengguna boleh mencari dan melawat rumah serta menandatangani kontrak pembelian bersama pihak pemaju secara dalam talian. Kini, Ecoprop telah digunakan oleh 100% agensi hartanah di Singapura, memandangkan platform ini menyertakan sehingga 99.5% penyenaraian rumah baharu dan menarik 90% pemaju dan 80% broker individu untuk mendaftar.

Sebagai peneraju global dalam pembinaan semula ruangan 3D dan pendigitalan, Realsee telah menjadi rakan kongsi penting Mixgo. Menerusi kekuatan teknikal utama Realsee, kini Ecoprop menyokong penghasilan penyenaraian rumah berasaskan VR dengan rakaman telefon bimbit; selain itu, penyelesaian pendigitalan ruangan yang disediakan oleh Realsee di China, seperti Lawatan Melihat Rumah VR (VR House Viewing) dan Lawatan Langsung VR (VR Live Tour), disepadukan ke dalam Ecoprop, manakala ciri-ciri inovatif seperti Hiasan Satu-Butang (One-Button Decoration) akan disediakan secara dalam talian tidak lama lagi.

Pada tahun 2022, dijangkakan bahawa kedua-dua pihak akan menyiapkan pembinaan semula ruangan 3D 30,000 buah rumah, meliputi kira-kira 30% daripada pasaran pemasaran dan penyewaan hartanah baharu dan terpakai di Singapura.

Guan Wenbing, Pengasas Mixgo, menyatakan bahawa "jalinan kerjasama dengan Realsee merupakan pelaksanaan strategik yang amat kritikal oleh syarikat ini, selain pelaksanaan yang berpandangan jauh untuk mengubah ekosistem perniagaan semasa. Langkah ini selari dengan hasrat asal kami untuk membawakan pengalaman pameran rumah 'maklumat mendalam' dan 'jarak-sifar' kepada pengguna melalui pendigitalan, memperkasa industri hartanah di Asia Tenggara dan mengurangkan kosnya semasa tempoh pasca-wabak."  

Wu Ge, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan di Realsee berkata bahawa "berdasarkan kepada teknologi pembinaan semula ruangan 3D yang utama, kerjasama kami bersama Mixgo dapat menyediakan Pandangan Rumah VR dan Lawatan Langsung VR yang berautonomi dan mudah serta perkhidmatan lain kepada broker hartanah di Singapura. Pada masa akan datang, Realsee akan berganding bahu bersama Mixgo untuk meluaskan lagi pasaran di Asia Tenggara."

Source: Realsee
Keywords: Internet Technology Real Estate Telecommunications Licensing/marketing agreements