QINGDAO, China, 21 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Hisense melancarkan secara rasminya Pemproses Perseptual AI 8K (Hi-View HV8107) pertama yang dibangunkan sendiri, meningkatkan lagi kelebihan daya saing kualiti imej dalam persaingan teknologi paparan global. Ini merupakan satu penemuan yang besar dalam pembangunan dan pengindustrian teknologi 8K dalam industri video Ultra-Definisi-Tinggi (UHD) Hisense.
Yu Zhitao, Naib Presiden Hisense Group dan Presiden Hisense Visual Technology menyatakan secara terbuka bahawa tahun 2022 akan menyaksikan titik lengkok balas dalam persaingan TV global: faktor-faktor kompetitif utama industri ini akan beralih daripada harga dan saiz skrin kepada cip dan kualiti imej.
Cip ialah teknologi dasar teras dalam strategi paparan besar Hisense
Dari tahun 2005, Hisense membangunkan cip pemprosesan video digital yang pertama dengan hak harta intelek bebas dan pengindustrian dengan jayanya. Sehingga tahun 2022, pemproses baharu Hisense yang baru dilancarkan ini sudahpun menjadi cip generasi ke-5. Ia mencapai pembangunan termaju daripada 4K menjadi 8K buat julung kalinya dan membuat penemuan yang hebat dalam teknologi teras algoritma kualiti imej AI.
Cip Hi-View HV8107 bukan sahaja mempunyai fungsi yang menyokong lebih 33 juta piksel, bahkan kawalan pemetakan 26,880 zon dan keupayaan penderiaan AI yang hebat dapar meningkatkan definisi, kontras serta fungsi tiga dimensi gambar TV dengan berkesan, membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman visual yang imersif. Ia juga mengagumkan terutamanya dari segi perincian penangkapan trajektori objek bergerak berkelajuan tinggi, penambahbaikan warna kulit dan pengurangan hingar.
Cip ini telahpun dikeluarkan secara besar-besaran dan akan diaplikasikan pada pelbagai siri produk paparan dalam pelbagai jenama bawahan Hisense, termasuk Toshiba. Selain daripada set TV, cip ini juga dapat menguasakan produk monitor penyiaran 8K profesional. Dilaporkan bahawa Hisense memberi sumbangan yang besar terhadap program penyelidikan dan pembangunan "Sukan Olimpik Musim Sejuk Sains dan Teknologi". Hisense bekerjasama dengan China Media Group untuk membangunkan monitor 8K tahap penyiarannya yang memberi sokongan padu untuk pembangunan masa depan industri UHD 8K pautan penuh.
Menguasai Masa Depan melalui Inovasi dan Teknologi. Tahun 2022 merupakan satu titik perubahan dalam memajukan globalisasi pembangunan paparan. Teknologi teras bagi kualiti imej yang dibawakan oleh pemproses persepsi 8K akan menjadi cara yang penting untuk mengukuhkan daya saing teras. Hisense akan menganggap penyelidikan dan pembangunan cip sebagai keutamaan tertinggi untuk menonjolkannya dalam seluruh industri ini.