omniture

Jenama luncur Australia Piping Hot jalin kerjasama dengan saintis iklim di University of Technology Sydney hasilkan tekstil diperbuat daripada rumpai laut

Piping Hot Australia
2022-02-22 12:00 216

SYDNEY, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Jenama Australia Piping Hot Australia dan University of Technology Sydney (UTS) hari ini mengumumkan perkongsian penyelidikan mereka untuk menghasilkan gentian lestari yang diperbuat daripada rumpai laut. Piping Hot telah melaksanakan kajian biobahan yang inovatif ini sebagai pelaburan yang sangat penting dalam misinya untuk lautan yang bersih.

Bermula pada Februari 2022, para saintis iklim UTS akan membangunkan gentian prototaip yang dihasilkan sebagai respons kepada cita-cita Piping Hot untuk melindungi lautan demi generasi-generasi masa depan. Penyelesaian berasaskan bio ini akan mengasingkan karbon daripada lautan dan mengurangkan kesan alam sekitar daripada gentian sintetik.

Inovasi Australia ini dapat mentransformasikan industri poliester global.

"Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan dapat bekerjasama dengan Profesor Terhormat Peter Ralph dan UTS Climate Change Cluster. Sebagai sebahagian daripada misi Piping Hot untuk melindungi lautan, pelaburan berpandukan tujuan kami dalam bioteknologi marin dan sains bahan adalah sangat penting. Kami bersama-sama berhasrat untuk mencetuskan impak kepada perubahan melalui sains marin dan mengubah pergantungan industri ini terhadap bahan api fosil" - Stan Wan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Piping Hot Australia.

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Piping Hot dalam projek penyelidikan yang menarik ini. UTS Climate Change Cluster dan Piping Hot sama-sama komited terhadap masa depan yang lebih lestari untuk planet kita dan pembangunan bahan-bahan yang diperoleh secara lestari adalah sangat penting untuk mencapat matlamat berkenaan. Membangunkan alternatif yang diperoleh daripada alam semula jadi yang baharu untuk industri fesyen dan tekstil berpotensi untuk merevolusikan produk dan impaknya ke atas lautan." Profesor Terhormat, Peter Ralph, Pengarah, UTS Climate Change Cluster.

Piping Hot berdedikasi kepada keluarga Australia sejak tahun 1975. Piping Hot sinonim dengan gaya hidup pantai Australia, menawarkan rangkaian penuh fesyen, kasut dan aksesori untuk keluarga. Piping Hot mempunyai misi untuk membantu keluarga menjimatkan wang dan melindungi lautan. Memfokuskan kepada ketelusan, keputaran dan bahan kitar semula, produk Piping Hot diperoleh secara lestari. Jenama ini tersedia melalui penjual terpilih dan secara dalam talian di pipinghot.shop.

UTS ialah sebuah universiti teknologi terkemuka yang terletak di tengah-tengah kawasan inovasi Sydney. UTS mempunyai model pembelajaran yang tersendiri, prestasi kajian yang mantap dan reputasi unggul untuk industri dan penglibatan profesional. Dengan penekanan ke atas impak sosial dan komitmen padu terhadap kelestarian, UTS disenaraikan sebagai universiti 'muda' No.1 di Australia.

Hubungan Media:

Amy Low
media@pipinghot.com.au

Source: Piping Hot Australia
Keywords: Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Survey, Polls & Research